Anda di halaman 1dari 26

Panduan Merekod Pemerhatian

Panduan Semasa Merekod Pemerhatian


PENGENALAN
Dalam pendidikan prasekolah, penilaian dan merekod perkembangan kanak-kanak untuk
mengesan dan mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam
perkembangan mereka.

Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan,


kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Maklumat dalam rekod perlu
dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid.

Kaedah merekod perkembangan murid salah satunya adalah menggunakan rekod


berterusan iaitu menyimpan rekod tersebut sebagai maklumat untuk sesi perbincangan
antara guru dan ibubapa untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh murid.
DEFINISI MEREKOD

Merekod adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat berkaitan secara sistematik.

Maklumat yg direkod adalah tahap penguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan
nilai-nilai yg murid pamerkan.

Untuk membuat penilaian tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran dan nilai, Standard
Prestasi boleh dirujuk untuk memastikan keselarasan dan keadilan.

Berdasarkan Standard Prestasi yg ditetapkan mengikut konstruk, guru mengenal pasti tahap
penguasaan murid.

Pemerhatian & perekodan yang teliti dan lengkap akan memudahkan guru memberi maklum balas
dan menghasilkan pelaporan murid kemudian.
STANDARD PRESTASI
SENARAI
SEMAK

Kaedah
Mengumpul
& Merekod
Maklumat
REKOD
BERTERUSAN REKOD
(RUNNING
ANEKDOT
RECORD)
REKOD SENARAI SEMAK

Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti
perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.
Senarai item yg disediakan adalah untuk menentukan sama ada :

Sesuatu tingkah laku dapat diperhatikan.


Kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku.
Sesuatu tingkah laku yang dikendaki telah berlaku.

Senarai semak boleh dibina dalam bentuk dinyatakan sesuatu tingkahlaku telah
berlaku atau tidak, iaitu dengan skor ya atau tidak. Senarai Semak juga boleh
dilengkapkan dengan skala kadar. Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan
darjah kemajuan dan pencapaian dalam penguasaan pengetahuan, kemahiran, sikap
dan nilai murid. Penilaian terhadap hasil kerja atau evidens direkod berdasarkan
skala. Skala penskoran dibina bagi pentaksiran setiap konstruk dlm setiap tunjang.
Guru perlu menentukan perkara-perkara berikut dalam merancang
senarai semak:

Konstruk yang hendak dinilai.


Standard Prestasi dan kriteria ditulis dengan jelas.
Instrumen dan aktiviti yang digunakan.
Skor digunakan: angka atau simbol.
PENYEDIAAN SENARAI SEMAK

Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.

Tingkah laku yg ingin diperhatikan dinyatakan dengan jelas dan ringkas.

Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.

Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.

Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku
yang diperhati.

Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada satu atau dua pemerhatian.

Boleh ditanda semasa atau selepas membuat pemerhatian.


Tunjang : Sains dan Teknologi
Standard Kandungan : Membanding dan Mengelaskan Objek
Standard Pembelajaran: Membanding dan Mengumpulkan Objek Mengikut Satu Siri

Bil Nama Murid Item


Mengelas mengikut ciri berikut:
Warna Saiz: Saiz: Bentuk Tekstur: Berat: Bau
Besar/kecil Tinggi/rendah Licin/Kasar Berat/ringan
1 Salmah TM TM SM SM TM TM SM

2 Marina SM TM SM TM TM TM TM

3 Jenny SM TM TM TM SM TM SM

4 Suraya TM TM TM TM SM TM TM

5 Siva TM BM SM TM SM TM SM

Nota : Skor TM : Telah Menguasai


SM: Sedang Maju
BM: Belum Maju
Kompenan : Perkembangan Fizikal
Tajuk : Membentuk Objek dari Doh
Kandungan : Menguasai kemahiran motor halus
Menguasai kemahiran kordinasi mata-tangan
Bil Nama Item
Murid Mengelas mengikut ciri berikut:
Mengguli Membentuk dengan Kreativiti dalam Kekemasan Berkerjasama
dengan betul kemas menghasilkan objek Tempat dlm kumpulan
1 Dina

2 Tina

3 Adilah

4 Mansor

5 Rohana

Keterangan bagi setiap skala:


: Boleh melakukan aktiviti melalui keupayaan sendiri dgn tepat, cekap dan konsisten. Semasa
mnjalankan aktiviti tidak memerlukan bantuan.
KEBAIKAN:
Banyak maklumat boleh direkod.
Tidak perlu dilengkapkan dalam sehari.
Boleh digunakan oleh sesiapa.

KEBURUKAN:
Item senarai semak terhad, perlu ditafsir berhati-hati.
Kurang maklumat tentang kekerapan, jangka masa dan keterangan tingkah laku.
REKOD ANEKDOT

Satu catatan ringkas tentang satu


peristiwa atau tingkah laku murid Anekdot ditulis secara objektif,
yang dianggap penting, unik dan menerangkan apa yang berlaku, bila dan di
signifikan untuk direkodkan. mana berlaku.
Catatan ringkas ini akan membantu guru
memahami murid berkenaan.
Rekod anekdot tidak memerlukan setting,
borang atau masa tertentu.
LANGKAH PENYEDIAAN REKOD ANEKDOT

1. Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.

2. Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid.

3. Menulis selepas peristiwa itu.

4. Menulis apa yang dilihat secara objektif.

5. Perkara-perkara yang direkod dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang
perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah
dan kejayaan-kejayaan.
PANDUAN MEREKOD SECARA ANEKDOT

1. Buat catatan bagi memastikan insiden yang direkod tidak tercicir.

2. Pastikan nama, tarikh, masa dan suasana dicatat dalam buku nota

3. Rekod hasil permerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian.

4. Catatkan tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid.

5. Masukkan respons orang lain sekiranya berkaitan.

6. Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.


Nama Murid: Zarina
Umur: 6 Tahun
Tarikh: 20 Julai 2017
Masa: 8:30 pagi
Nama Guru: Puan Hon
Item: Kemahiran Sosial

Catatan Ulasan

Zarina bermain pasir bersama-sama kawan- Zarina pendiam, biasanya dia tidak melawan
kawan yang lain di tempat bermain pasir. Aiman walaupun diganggu oleh kawannya. Zarina
merampas penyedok pasir yang sedang cuma menangis bersendiri sekiranya barangnya
digunakan oleh Zarina. Zarina berkata dengan diambil oleh rakannya. Ini merupakan kali
suara yang kuat, ini saya punya! Zarina terus pertama dia memperjuangkan hak dirinya.
mengambil balik penyedok pasir daripada Peristiwa ini merupakan satu permulaan yang
Aiman. Aiman Nampak terkejut tapi baik, dia telah mula bertindak untuk melindungi
membiarkan sahaja. hak dirinya.
REKOD BERTERUSAN

Rekod berterusan merupakan catatan yang dibuat ke atas individu atau


kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa.

Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatatkan
sepanjang tempoh pemerhatian.

Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3-5


minit.
TUJUAN MENGGUNAKAN REKOD
BERTERUSAN

Guru boleh menggunakan rekod berterusan sebagai salah satu penilaian diagnostik
untuk menilai keberkesanan penggunaan ataupun bacaan teks misalnya penguasaan
suku kata, perbendaharaan kata dan kosa kata.

Hasil merekod ini juga dapat mengkategorikan murid dalam kumpulan.

Dapat mengesan pelbagai aspek perkembanga pencapaian kanak-kanak dan mengesan


permasalahan yang dihadapi oleh setiap kanak-kanak.
PANDUAN MENYEDIAKAN REKOD BERTERUSAN
Fokus kepada murid yg ingin diperhatikan.

Rekod hendaklah tepat dan padat.

Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Rekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku.

Gunakan bahasa yang mudah difahami.

Boleh gunakan singkatan semasa mencatat.

Tulis secara terperinci tentang apa yang dilakukan murid semasa peristiwa berlaku dan
tingkah laku yg ingin diperhatikan.

Perlu tulus, ikhlas dan tidak terlalu judgmental.

Pastikan buku nota/kertas catatan tidak didedahkan dan diletakkan di tempat yg selamat.
Nama Murid: Ainon Bakar
Umur: 6 Tahun
Tarikh: 18 Julai 2017
Masa: 8:30 pagi
Nama Guru: Puan Sofia
Item: Kepimpinan

Catatan Ulasan
Ana sedang bermain pasir dengan beberapa orang Ada ciri kepimpinan.
rakannya. Dia bangun & mengatakan penatlah main
pasir, jom main jongkang jongkit. Ana memanggil
rakan-rakannya. Beberapa orang murid berebut-rebut
menaiki jongkang-jongkit itu.
Ana: Jangan berebut.
Liza: saya pun nak naik. Mula memahami konsep (berat/ringan)
Ana: bergilir-gilirlah. Ok. Minah, Rozi duduk hujung Mula memahami konsep keseimbangan
sana. Noni, Milah, duduk hujung sini,ya!
Rozi: ..aaa la, nanti tak sama. Menunjukkan sifat toleransi dan kerjasama
Ana: Ok, Som pun kurus, duduk depan Noni. Hah,
baru sama berat.
Memberi gambaran sebenar dan terperinci berkenaan situasi sebenar dalam tempoh
yang ditetapkan.

Memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan dalam satu rekod. Contohnya dengan


hanya satu rekod, guru dapat mengesan pelbagai aspek perkembangan iaitu
perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Tidak memerlukan seseorang guru itu mahir dalam kemahiran pemerhatian yang
khusus.

Memudahkan guru merekodkan dengan hanya menggunakan pensel dan kertas.


Memerlukan guru untuk memerhatikan setiap tingkah laku kanak-
kanak yang dikaji dan ini memerlukan masa yang banyak bagi
mengenal pasti masalah yang dihadapi dengan lebih tepat.

Memenatkan guru kerana memberi lebih tumpuan pada proses


merekodkan.

Lebih sesuai digunakan bagi pemerhatian secara individu kerana


sukar bagi guru untuk merekod pemerhatian jika secara
kumpulan.
REKOD SKALA
KADAR

Menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid.


Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang
digunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.

Digunakan untuk merekodkan tingkahlaku murid-murid yang diperhatikan serta


tahap pencapaian mereka.

Penilaian terhadap kemahiran atau amalan dibuat berdasarkan skala yang


digunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.
SKOR KRITERIA
(Tahap Penguasaan)
A Amat Baik

B Baik

C Sederhana

D Perlu Bimbingan
Merekod hanya fakta (apa yang diperhatikan) dan mengikut objektif yang dirancangkan.

Merekod secara terperinci tanpa memilih fakta.

Elak membuat tafsiran semasa merekod.

Catat hanya apa yang diperhatikan sahaja.

Gunakan perkataan yang menerangkan secara eksplisit dan bukan perkataan andaian.

Catatkan pemerhatian tingkahlaku mengikut urutan insiden dan atau masa.

Anda mungkin juga menyukai