Anda di halaman 1dari 7

ADHD

ADHD merupakan singkatan dari Attention Deficit Hyperactivity


Disoder, iaitu sebuah gangguan pada perkembangan otak yang
menyebabkan penderitanya menjadi hiperaktif, impulsif, serta
susah memusatkan perhatian. Kondisi ini dulunya dikenali
sebagai ADD atau Attention Deficit Disorder.
CIRI-CIRI ADHD
Sukar untuk memberikan tumpuan yang lama

Sukar untuk menyiapkan tugasan yang diberi

Memerlukan bimbingan daripada orang yang lebih mahir

Sering menganggu perbualan orang lain

Menyatakan sesuatu tanpa berfikir

Pergerakan fizikal yang keterlaluan

Tidak dapat mengikuti peraturan sedia ada

Ingin meyiapkan tugasan dengan cepat

Selalu cakap berlebih-lebihan tanpa berfikir


Implikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran
1. Peneguhan positif
Memberikan peneguhan positif seperti pujian dan ganjaran
yang sesuai untuk kanak-kanak apabila mereka menunjukkan
tingkahlaku yang dikehendaki seperti boleh mengawal emosi
marahnya dalam sesuati situasi.
2. Meminimakan gangguan

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas


,kanak-kanak ADHD perlu ditempatkan di sudut yang senyap
dan kurang aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian mereka
seeloknya berhampiran dengan tempat duduk guru
3. Perhatian yang khusus
Membolehkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
yang dianjurkan oleh sekolah.-mereka seharusnya tidak
disisihkan-dibimbing dalam mengawal emosi dan kemahiran
mengurus diri

Anda mungkin juga menyukai