Anda di halaman 1dari 13

BAB 6

TEK ANAN
UDARA
Penghasilan tekanan udara

1. Kewujudan tekanan udara boleh diterangkan dengan


menggunakan Teori Kinetik Jirim.
2. Teori ini menyatakan bahawa zarah-zarah di dalam
sesuatu jirim sentiasa bergerak dan berlanggaran
antara satu dengan yang lain.

Rajah Perlanggaran zarah-zarah gas pada dinding


bekas menghasilkan tekanan gas.
3. Udara merupakan jirim yang terdiri daripada zarah-
zarah yang bergerak secara rawak ke semua arah.
4. Zarah-zarah yang sentiasa bergerak ini berlanggar
semua objek yang berada di ruang udara dan
menghasilkan tekanan ke atas objek-objek itu.
5. Apabila udara terkandung di dalam sesuatu objek,
zarah-zarah ini memberi tekanan ke atas permukaan
dalam bekas itu.
6. Tekanan yang dihasilkan oleh perlanggaran zarah-
zarah udara ke atas permukaan luar dan permukaan
dalam sesuatu objek ini dikenali sebagai tekanan
udara.
7. Tekanan udara bertindak ke semua arah.
8. Tekanan udara berkurangan mengikut ketinggian dari
permukaan bumi.
9. Tekanan udara di puncak gunung lebih rendah daripada
tekanan udara di kaki gunung.

Tekanan Tekanan
udara udara
rendah tinggi

10. Keadaan ini berlaku kerana bilangan zarah udara


berkurangan di tempat yang tinggi.
11. Tekanan udara pada atas laut adalah tinggi kerana
setiap lapisan udara di atasnya menekan ke bawah.
12. Kejadian ini boleh dianalogikan dengan keadaan
selimut di bahagian paling bawah yang terasa sangat
berat Hal ini disebabkan lapisan-lapisan selimut di atas
menekan ke bawah.
Faktor Yang Mempengaruhi
Tekanan Udara

Isi padu Suhu

Isi padu
Tekanan udara Suhu gas
bekas Tekanan udara
dalam bekas

Isi padu bekas Tekanan udara


6.2
APLIKASI
TEKANAN
UDARA
MENJANA IDEA

1. Membersihkan sinki tersumbat

2. Menuang susu pekat daripada tin

3. Mengeluarkan air daripada akuarium

4. Memberi bayi ubat menggunakan picagari


Aplikasi Prinsip Tekanan Udara dalam Kehidupan Harian

(a) Picagari
1. Apabila omboh ditarik ke atas, kawasan tekanan
rendah terbentuk di dalam picagari.
2. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air
masuk ke dalam picagari.

Tekanan
udara Tekanan
tinggi udara
rendah
(b) Sifon
1. Apabila air mengalir keluar dari hujung bawah salur,
kawasan tekanan rendah terbentuk di dalam salur.
2. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air
masuk ke dalam sifon.
Tekanan
udara
tinggi

Tekanan
udara
rendah
(c) Penyedut minuman
1. Apabila udara disedut, kawasan tekanan rendah
terbentuk di dalam penyedut minuman.
2. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air
masuk ke dalam penyedut minuman.

Tekanan udara tinggi

Tekanan udara rendah


(d) Pam penyembur
1. Apabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara
dipancut keluar dengan laju.
2. Satu kawasan tekanan rendah terbentuk di sekeliling
muncung silinder.
3. Keadaan ini menyebabkan tekanan udara yang lebih
tinggi di dalam tin memaksa racun serangga masuk ke
dalam tiub logam.
4. Kemudian, racun serangga dipecahkan kepada titisan-
titisan kecil oleh udara yang di pancut keluar dengan
laju dari silinder.
Tekanan udara
tinggi

Tekanan udara
rendah

Anda mungkin juga menyukai