Anda di halaman 1dari 29

Falsafah

Pendidikan
Guru
(FPG)
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan
progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan
Individu dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.
Matlamat FPG :
Menghasilkan warga pendidik yang berkualiti dari segi
profesional,peribadi,sosial dan amalan tingkah laku,
menguasai ilmu,kemahiran dan amalan-amalan nilai
keguruan serta berupaya mencapai kecemerlangan
pendidikan.

Menjadi panduan kepada guru-guru untuk


merealisasikan FPK.
MODEL KONSEPTUAL
PENDIDIKAN
GURU
KETUHANAN

ROHANI

PENGETAHUAN NILAI

INTELEK KEMAHIRAN EMOSI

JASMANI

KENDIRI KEMASYARAKATAN
KETUHANAN
Penghayatan,amalan dan peningkatan ilmu
individu dilakukan berteraskan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran
agama.

KEMASYARAKATAN
Menekankan peranan guru sebagai pendidik,
pemimpin dan agen perubahan kepada
masyarakat dan negara.
KENDIRI
Memberi penekanan kepada pembinaan daya
kefahaman dan patriotisme,pemupukan budaya
ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan
berpekerti mulia .
Model Konseptual Pendidikan Guru
merangkumi 3 aspek:

Pengetahuan

Kemahiran

Nilai-nilai murni
Elemen-elemen
dalam FPG
(5)
1.Berpekerti Mulia
Seorang guru haruslah mempunyai perwatakan
yang mulia dan berdisiplin agar dapat
melaksanakan perananya sebagai suri teladan
kepada murid-murid .
Menghargai murid-muridnya yang beraneka
ragam
2.Berpandangan Progresif dan Saintifik

Seorang guru haruslah memiliki kemahiran


profesional dalam menyediakan bahan
pengajaran dan pembelajaran .
Mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang
tinggi.
3.Bersedia Menjunjung Aspirasi Negara

Seorang guru harus mempunyai integriti yang


utuh dalam diri agar cekap,jujur,boleh dipercayai,
amanah,patuh kepada negara dan mempunyai
kualiti untuk melakukan sesuatu tugasan.
4.Menyanjung Warisan Kebudayaan
Negara

Seorang guru bertanggungjawab memupuk


nilai-nilai kebudayaan rakyat Malaysia dan sifat
bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam
kalangan anak murid agar dapat menghayati
kebudayaan yang unik.
5.Menjamin Perkembangan Individu dan
Memelihara Suatu Masyarakat yang
Bersatu-padu
Seseorang guru sebagai ejen perubahan
hendaklah membangunkan disiplin murid-
muridnya agar mereka patuh kepada peraturan
dan menjelaskan kepada mereka tentang
kepentinganya.
Guru juga harus menegaskan anak-anak
muridnya mengenai rasa hormat antara satu
sama lain tanpa mengira latar belakang.
Matlamat
FPG
Untuk melahirkan guru yang profesional,
mempunyai daya juang dan daya tahan yang
tinggi,beretika berfikiran kreatif , mengamalkan
nilai murni,mempunyai kemahiran yang
diperlukan dan berpengetahuan dalam teknologi.

Untuk melahirkan guru yang berkualiti dan


kompeten dari segi peribadi,profesional,sosial,
menguasai ilmu pengetahuan , berkemahiran
serta menghayati nilai-nilai keguruan.
Nilai-nilai
keguruan
Selaras dengan prinsip-prinsip yang digariskan
dalam FPG,guru berkualiti menjadi tuntutan
utama dalam sektor pendidikan negara kini.

Guru-guru perlu mempunyai sifat dan kualiti


peribadi,profesional dan sosial yang baik serta
murni.

6 sifat dan kualiti peribadi yang mendasari nilai-


nilai keguruan di Malaysia,iaitu :
-Baik hati -Bertanggungjawab
-Kecindan atau jenaka -Yakin
-Sabar -Kepimpinan
1.Baik Hati

Seseorang guru yang baik hati sentiasa bertolak


ansur dan bertimbang rasa akan mewujudkan
hubungan atau rappo yang baik antara guru
dengan murid-murid.

Untuk melahirkan guru yang berkualiti dan


kompeten dari segi peribadi,profesional,sosial,
menguasai ilmu pengetahuan , berkemahiran
serta menghayati nilai-nilai keguruan.
2.Kecindan atau jenaka

Dapat mewujudkan suasana riang dalam bilik


darjah dan menggembirakan murid-murid.

Murid-murid juga akan lebih suka mendekati guru


yang pandai berjenaka dan secara tidak langsung
guru akan mudah mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh murid-murid.

Suasana kondusif yang wujud juga membolehkan


isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru
mudah diterima oleh murid-murid.
3.Sabar

agar boleh mengawal emosi dalam sebarang


keadaan kerana menghadapi murid-murid yang
pelbagai ragam sering mencabar kesabaran
seseorang guru.

Emosi yang terkawal oleh sifat sabar akan


mewujudkan hubungan baik antara guru dengan
murid-murid.
4.Bertanggungjawab

Guru perlu memiliki sikap bertanggungjawab yang


akan sentiasa mendorong mereka melakukan
tugas dan amanah sebaik mungkin.

Mereka juga akan berusaha untuk meningkatkan


mutu tugas mereka dari semasa ke semasa.
5.Yakin

Tidak mudah berasa takut menghadapi sebarang


kemungkinan dalam dunia dalam dunia
pendidikan.

Akan membuatkan murid-murid menghormati


guru kerana mereka yakin guru berkenaan tahu
apa yang terbaik untuk murid-murid mereka.
6.Kepimpinan

Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar


dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan
dan juga kualiti kepimpinan.
Ciri-ciri guru
berkesan
Menurut Kim dan Kellough(1995) seorang guru yang berkesan
ialah guru yang mahir dalam membuat keputusan yang tepat
pada sebarang keadaan.

Keputusan yang tepat dapat dibuat sekiranya seseorang guru


memiliki perkara-perkara berikut :

-Akal budi
-Kepintaran
-Ilmu tentang kurikulum dan pedagogi
-Kesanggupan untuk ditegur dan diperbetulkan kelemahanya.
Seseorang guru yang berkesan mestilah memiliki ciri-
ciri seperti :

1.Memiliki ilmu tentang mata pelajaran atau perkara yang


diajar.
2.Menunjukkan contoh teladan yang baik supaya menjadi suri
teladan.
3.Sanggup untuk berubah dan menerima perubahan.
4.Berlaku adil dan saksama terhadap murid-muridnya tanpa
mengira soal perbezaan atar belakang.
5.Mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan.
6.Sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang keselamatan
dan kesihatan murid-muridnya.
7.yakin dengan kebolehan setiap muridnya.
8.Optimis terhadap pembelajaran setiap murid dan
menyediakan persekitaran yang positif serta membina bagi
aktiviti pembelajaran.
9.Mempunyai kemahiran untuk bekerjasama dengan ibu bapa,
rakan setugas,pihak pentadbir dan staf-staf lain di samping
mengamalkan etika profesionalisme perguruan.
10.Menunjukkan minat yang berterusan terhadap
tanggungjawab profesionalisme perguruan.
11.Pandai berjenaka.
12.Seseorang yang boleh dipercayai.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai