Anda di halaman 1dari 31

ASAS PERTOLONGAN

CEMAS
1. Merawat luka dan gigitan
2. Melecur, pitam dan patah
LUKA
Kecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama
ada ianya mengeluarkan darah atau tidak yang
boleh menyebabkan berlakunya jangkitan
kuman.
Luka terhiris
(incised
wound)

Luka Luka
tembakan terkoyak
(gun shot (lacerated
wound) JENIS- wound)
JENIS
LUKA

Luka
tembus Luka lebam
(punctured (contusion)
wound)
JENIS-JENIS LUKA
1. Luka terhiris (incised wound)
Luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata
tajam.
Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan.
Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu
buluh, pisau cukur dan sebagainya.
2. Luka terkoyak (lacerated wound)
Luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh
senjata atau alat-alat yang tidak tajam. Contohnya kemalangan jalan
raya, cakaran atau gigitan binatang atau sebagainya
3. Luka lebam (contusion)
Luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang
keluar berkumpul dalam tisu.
Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang
tidak bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kena
tumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang berat.
4. Luka tembus (punctured wound)
Luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata
yang hujungnya tajam.
Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam
dan mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukan
pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya.
5. Luka tembakan (gun shot wound)
Luka yang disebabkan oleh senjata api.
Luka di bahagian kena tembakan adalah lebih kecil
berbanding luka di mana peluru itu keluar.
Contohnya kena tembakan senapang atau pistol
TANDA DAN GEJALA LUKA
Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera.
Pucat.
Pening kepala.
Meloya dan kemungkinan muntah.
Gelisah dan berpeluh dengan banyak.
Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya.
Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek.
Kulit badan berpeluh dan sejuk.
Hilang kekuatan atau keupayaan.
Berlaku renjatan dan pengsan.
RAWATAN AM LUKA
1. Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat
dan edaran udara yang sempurna.
2. Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar.
3. Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar
atau sebaliknya. Pastikan saluran pernafasan mangsa
berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR
jika diperlukan.
4. Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian
leher dan pinggang.
5. Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang
mengeluarkan darah yang banyak.
GIGITAN
Digigit Hama rumput
Hama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar.
Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat.
Cara Merawat:
1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun
2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik
3. Jangan menggaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan
bengkak.
4. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang
tidakterlalu keras atau minyak anti-histamine.
Digigit lintah dan Pacat
Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari
sengatnya akan tertinggal pada kulit.
Gigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak
dan berterusan kerana lintah memuntahkan sejenis enzim yang menyebabkan
pembekuan darah lambat.
Cara Merawat :
1. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk
melonggarkan gigitan dan menggugurkannya.
2. Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit.
3. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalu
keras ataupun dengan minyak anti-histamine.
4. Tutup dan balut dengan pembalut kering.
Dipatuk Ular
Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat
yang digigit dan bisa.
Cara merawat :
1. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akan
bahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah ke jantung. Janganikan
sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasa
nadi pada pergelangan tangan atau kaki.
2. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untuk
menawarkan racun yang ada pada luka.
3. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memotongke
dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih
dahulu.
4. Longgarkan ikatan tourniquet selama minit dan tiap-tiap jam.
5. Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup.
6. Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas.
7. Jika ia tidak bernafas, bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan.
8. Hantar ke rumah sakit yang terdekat
9. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan
oleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikkan.
Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular.
Ini dapat diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X
diatas gigitan itu.
Buatlah beberapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm
dalamnya supaya darah mengalir dengan leluasa. Tidak ada
bahayanya jikalau tidak ada luka pada mulut anda. Bisa itu tidak
beracun meskipun tertelan.
MELECUR

Kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang


yang lembab atau basah. Contohnya wap, stim, air
panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain.
TANDA-TANDA DAN GEJALA MELECUR

a) Sakit yang kuat.


b) Kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas.
c) Terjadi gelembung air pada kulit.
d) Tisu yang terdedah berwarna merah dan berair.
RAWATAN AM MELECUR
a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat dan berudara
b) Tenangkan mangsa.
c) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa
terlebih dahulu.
d) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan
jangkitan.
e) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.
f) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.
g) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi
menggantikan kehilangan cecair yang hilang.
h) Dapatkan rawatan perubatan segera.
PITAM

Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke


bahagian otak yang menyebabkan terganggu fungsi tubuh
badan sementara waktu. Ini menyebabkan mangsa tidak
sedarkan diri buat sementara.
TANDA-TANDA DAN GEJALA PITAM
a) Mangsa mengadu pening
b) Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah
c) Muka dan tangan jadi pucat
d) Berpeluh dengan banyak
e) Meloya dan kadang-kadang disertai muntah
f) Mangsa seperti mengantuk dan menguap-nguap
g) Hilang kesedaran.
RAWATAN AM PITAM
a) Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara.

b) Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan


tundukkan kepala mangsa ke bawah

c) Longgarkan pakaian mangsa.

d) Tenangkan mangsa.

e) Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika


sekiranyan mangsa telah pengsan.
f) Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman.

g) Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan.

h) Dapatkan rawatan perubatan jika perlu.


PATAH

Merupakan kecederaan yang melibatkan


mana-mana bahagian tulang, sama ada
ianya retak, putus, pecah, remok,
serpihan atau sebagainya
PUNCA-PUNCA PATAH
A. Secara Langsung
Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena
tembakan, pukulan, tendangan atau kemalangan.

B. Secara Tidak Langsung


Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami
kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot atau
pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan
tulang patah.
Patah
tebu/tertutu
p (simple
fracture)
Pecah
Remok Patah riok
(Depressed (Compound
fracture)
fracture)

Jenis-
Patah
jenis Patah
Rebung
(Green Stick
patah melarat
(Complicate
fracture) d fracture)

Patah Patah
Terenyok Remok
(Impacted (Comminute
fracture) d fracture)
a) Patah tebu/tertutup (simple fracture)
Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.
b) Patah riok (Compound fracture)
Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang
patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit.
c) Patah melarat (Complicated fracture)
Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat
kecederaan
d) Patah Remok (Comminuted fracture)
Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian
e) Patah Terenyok (Impacted fracture)
Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya
terbenam ke dalam tulang yang patah itu.
f) Patah Rebung (Green Stick fracture)
Patah secara menyungkap dan tidak terus putus.
Biasanya terjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.
g) Pecah Remok (Depressed fracture)
Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit
organ lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenam
menghimpit otak.
TANDA-TANDA DAN GEJALA PATAH
a) Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran.
b) Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera.
c) Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian
tercedera.
d) Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun
anggota menjadi lebih pendek.
e) Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah.
f) Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.
RAWATAN AM PATAH
1. Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan
di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.
2. Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
3. Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan
CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih,
rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara
kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.
4. Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh
mengikut keadaan dan tempat yang patah.
5. Dapatkan bantuan perubatan segera.
PATAH-PATAH TERTENTU
Pecah Tengkorak Kepala
Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.
b) Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa.
c) Keluarkan bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa.
d) Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan dan
nadi tidak berfungsi.
e) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
f) Dapatkan bantuan perubatan segera.
PATAH TULANG RAHANG
Rawatan
a) Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada di dalam
keadaan baik.
b) Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan balutan
dagu.
c) Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.
d) Dapatkan bantuan perubatan.
PATAH TULANG BELAKANG
Rawatan
a) Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian.
b) Tenangkan mangsa.
c) Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan
pergerakan pesakit.
d) Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.
e) Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang.
f) Dapatkan rawatan perubatan.
PATAH TULANG RUSUK
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan mangsa dan beri
bantuan pernafasan jika perlu.
c) Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh.
d) Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain yang lembut dan
bersih.
e) Dapatkan rawatan perubatan.
PATAH TULANG PAHA
Rawatan
a) Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.
b) Tenagkan mangsa.
c) Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera.
d) Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang.
e) Dapatkan rawatan perubatan.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai