Anda di halaman 1dari 30

KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

Di gubal untuk memenuhi keperluan dan


perkembangan individu bagi membentuk
masyarakat yang cergas, sejahtera dan
produktif
MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI
Bertujuan membantu pelajar menjadi cergas dan
berdisiplin melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan
amalan kecergasan
OBJEKTIF
Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
Menguasai kemahiran asas pergerakan dan
permainan mengikut kemampuan diri.
Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai
rutin harian.
Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan
keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan
fizikal.
Membentuk sahsiah dan disiplin diri
Membuat keputusan bijak dalam kehidupan
ORGANISASI KURIKULUM

Kecergasan sesuai dengan ciri dan keperluan


murid.
Pendekatan melalui aktiviti.
Murid berpeluang mempelajari pengetahuan ,
kemahiran dan nilai dengan melakukan
aktiviti, eksperimen dan amalan rutin.
Penyertaan aktif SETIAP murid.
Berpeluang meluahkan emosi,
memperkembangkan proses mental,
membentuk perhubungan yang sihat dan
melakukan kegiatan fizikal dalam suasana
yang membina dan selamat.
ASPEK PENTING PENGAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI
Penglibatan murid secara aktif dan selamat
Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat
dan rakan.
Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai
bukti bahawa pembelajaran telah berlaku.
KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI

3 Tunjang utama
Kecergasan
Kemahiran
Kesukanan
KECERGASAN

Berasaskan kesihatan.
Daya tahan kardiovaskular

Daya tahan otot

Kekuatan

Kelenturan

Komposisi badan
KECERGASAN
Berasaskan perlakuan.
Koordinasi

Imbangan

Ketangkasan

Kuasa

Masa tindak balas

Kepantasan
KEMAHIRAN
Pergerakan asas
Permainan
Olahraga
Gimnastik
Pergerakan kreatif
Rekreasi
Kesenggangan
KESUKANAN
Keselamatan.
Pengurusan
Kerjaya
Isu pendidikan jasmani dan
sukan
Etika
KAEDAH PENGAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI

Dalam proses pengajaran P. Jasmani, guru


merancang apa yang hendak diajar dan
bagaimana hendak diajar.
Kaedah yang berkesan dapat membantu
pelajar mencapai kemahiran, perubahan
sikap yang positif, mendalami serta
meluaskan kefahaman tentang diri sendiri
dan orang lain, serta dapat mempraktikkan
dalam kehidupan sebenar.
KAEDAH PENGAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah Tradisi

Kaedah Selesai Masalah


Kaedah Gabungan
KAEDAH TRADISI
Guru menentukan dahulu kemahiran.
Guru memberi penerangan dan tunjuk cara
kemahiran (boleh minta pelajar yang mahir
membuat tunjuk cara).
Murid akan melakukan kemahiran .
(Secara kelas, kumpulan atau individu) .
Guru menunjukkan semula gerak kerja
sekiranya ada kesalahan yang dilakukan.
Murid melakukan berulang-ulang sehingga
menguasainya.
KAEDAH SELESAI MASALAH
Guru mendedahkan satu masalah.
Murid meneliti dan mencara cara mengatasi.
Murid diberi peluang menunjukkan
bagaimana mereka mengatasi masalah.
Latihan dan latih tubi dilakukan untuk
memperbaiki cara mengatasi kesalahan.
Panduan diberikan disamping
mengemukakan soalan untuk diatasi sendiri oleh
murid.
KAEDAH GABUNGAN

Gabungan kaedah tradisi dan


penyelesaianmasalah.
Menyatukan kebaikan dari kedua kaedah
tersebut.
Memberi kelonggaran kepada guru
memilih kaedah yang sesuai dengan situasi
tertentu.
Memberi peluang kepada pelajar
menggunakan bakat dan kebolehan sendiri.
KAEDAH GABUNGAN
Menggalakkan murid berfikir
danmenggunakan proses pemikiran secara
lojik dalam menyelesaikan masalah.
Sekiranya murid bingung untuk
menyelesaikan masalah, kaedah terus atau
tradisi diteruskan
Bimbingan Secara
Tunjuk Cara Individu

TEKNIK
PENGAJARAN

Mengesan Arahan
( diagnosis )
TEKNIK TUNJUK CARA
Pembelajaran melalui pemerhatian dan
pendengaran.
Pelajar cuba membuat dan meniru pergerakan
yang dilihat walaupun berlaku kesilapan.
Guru perlu melakukan tunjuk cara seberapa baik
yang mungkin untuk dicontohi oleh pelajar.
Gantikan dengan pelajar yang berkebolehan
sebagai ganti.
Gunakan gambar, slaid, filem dan lain-laian
sebagai membantu penerangan.
TEKNIK MENGESAN
Ada pelajar yang mengalami masalah dalam
mencapai kemahiran. Disebabkan oleh tekanan
emosi, masalah koordinasi, bentuk badan dan
fizikal. Guru hendaklah tahu mengesan masalah
tersebut.
Kemahiran ini dapat dikuasai jika guru:
Boleh melakukan kemahiran dengan betul.
Mengetahui tiap-tiap bahagian corak pergerakan.
Mengetahui tentang cara mengesan kesilapan.
TEKNIK ARAHAN
Kemahiran yang boleh dipelbagai.
Guru menimbulkan suasana yang sesuai dan
murid tidak ragu untuk mencuba.
Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami.
Bagi memgalakkan murid mencuba secara
sendiri dan lebih kreatif.
Bandingkan dengan pergerakan kemahiran
tertentu (permainan atau acara tertentu).
TEKNIK BIMBINGAN INDIVIDU
Perhatikan setiap murid untuk mengetahui
masalah pembelajaran.
Gunakan beberapa pendekatan untuk membantu
murid mencapai matlamatnya dan matlamat guru.
Gunakan banyak gerak kerja yang berbentuk
penyelidikan dan selesaikan masalah yang timbul
dalam program yang dirancang.
Beri peluang untuk melakukan pergerakan dari
yang mudah kepada susah dan kompleks.
Kenalpasti secara cepat bagi menentukan pelajar
yang mampu menguasai kemahiran dalam masa
singkat dan memerlukan masa yang lebih lama.
PERKARA YANG PATUT DIELAKKAN
Secara syarahan.
Elakkan daripada mengajar secara syarahan.
Kurang persediaan.
Peralatan mestilah lengkap supaya semua
murid terlibat secara aktif.
Arahan yang meleret.
Arahan guru hendaklah tepat, ringkas dan tegas.
Pakaian yang tidak kemas dan tidak sesuai.
Pakaian hendaklah sentiasa kemas dan sesuai
untuk gerak kerja Pendidikan Jasmani.
PERKARA YANG PATUT DIELAKKAN

Rancangan pelajaran yang tidak lengkap.


Rancangan pelajaran mestilah lengkap dan
cukup masa yang diperuntukkan.
Penglibatan murid yang cergas sahaja.
Semua murid hendaklah diberi peluang yang
sama melibatkan diri dalam pergerakan Pendidikan
Jasmani selain daripada mereka yang cergas dan
berbakat. Guru hendaklah memberi perhatian,
dorongan dan bantuan yang lebih kepada murid
yang kurang aktif dan yang mempunyai masalah.
PENGELOLAAN DAN KAWALAN
KELAS
Pembahagian murid kepada kumpulan kecil
adalah penting.sebolehnya maksima 3
orang satu kumpulan.
Perkembangan seorang individu hendaklah
diambil kira.
Murid hendaklah bergerak secara teratur
semasa keluar dan masuk kelas.
Pergerakan murid semasa pengajaran perlu
diperhati dengan teliti.
Penerangan dan arahan guru hendaklah jelas,
terang dan pendek.
PENGELOLAAN DAN KAWALAN KELAS
Guru hendaklah berdiri di tempat yang boleh
dilihat oleh murid dan pelajar hendaklah tidak
menghadap matahari.
Pembahagian tugas hendaklah diberi kepada
semua murid secara bergilr.
Pastikan disiplin pelajar sentiasa dalam
keadaan baik dan terkawal.
KAWASAN DAN TEMPAT

Keselamatan hendaklah dipentingkan


semasa memilih tempat untuk pengajaran
Pendidikan Jasmani.
Kawasan untuk kegiatan Pendidikan Jasmani
hendaklah diberi tanda dengan alatan yang
selamat.
Keseluruhan tempat yang dipilih mestilah
membolehkan guru mengawasi semua kegiatan
yang dilakukan oleh murid.
KESELAMATAN

Guru hendaklah memberhentikan pengajaran


apabila keadaan murid terancam.
( tolak menolak, memukul, tendang menendang )
guru hendaklah mengetahui unsur yang
membahayakan seperti lantai licin, pokok yang
rapuh, serangga berbahaya, padang yang
berlubang serta berbatu dan lain-lain.
Pastikan alatan dalam keadaan selamat dan
tidak membahayakan.
Guru hendaklah sentiasa tenang jika berlaku
kecemasan dan kemalangan.
KESELAMATAN

Elakkan pelajar berebut-rebut terutama semasa


mengambil alatan.
Segera laporkan kepada guru yang bertugas atau
guru besar jika berlaku sebarang kemalangan.
Berikan tumpuan yang lebih dan peraturan yang
ketat untuk aktiviti yang membahayakan.
PENGELOLAAN ALATAN
Alatan hendaklah cukup untuk membolehkan
murid menjalankan kegiatan dengan sepenuhnya.
Jika perlu berkongsi pastikan setiap kumpulan
tidak melebihi 3 orang.
Sebolehnya alatan hendaklah sama bagi semua
pelajar.
Alatan diletakkan di tempat yang mudah diambil
oleh pelajar.
PENGELOLAAN ALATAN

Pastikan seorang murid bertanggungjawab


terhadap alatan itu dalam gerak kerja
kumpulan.
Alatan hendaklah dikembalikan ke tempat
asalnya selepas tamat gerak kerja
dilakukan.
Tentukan alatan yang digunakan sesuai untuk
pelajar.

Anda mungkin juga menyukai