Anda di halaman 1dari 22

Kemahiran Perkhemahan

(Kebudayaan)

AIMI ATHIRAH BINTI RUSLAN


DAYANG AZIAH BINTI AG AHMAD
Definisi Kebudayaan
Menurut kamus, kebudayaan dimaksudkan
sebagai satu cara kehidupan. Kamus Dewan
(2005) mendefinisikan budaya sebagai
kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir),
berkelakuan dan sebagainya

Ralph L. Beals dan Harry Hoijer dalam bukunya


An Introduction to Antropology menyatakan
konsep kebudayaan ialah mengenalpasti
kelakuan yang biasa dipraktikkan, diperolehi
melalui pembelajaran oleh sesuatu kumpulan
masyarakat
LAGU

LAGU PBSMM
(Jom menyanyi!)
Contoh lagu
PERMAINAN
Permainan adalah salah satu aktiviti dalam bidang
PBSMM. Aktiviti ini dijalankan bagi tujuan
menerapkan penguasaan kemahiran, semangat
kerjasama, kepekaan dan kepimpinan di samping
memberi elemen keseronokan kepada ahli.

Berikut adalah beberapa contoh permainan dalam


aktiviti PBSMM:
Permainan Dalam / Kelas

1.Lakonan Bisu
Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau
sesuatu gerakerja yang perlu dilakukan oleh ahli
PBSMM)
Satu patrol menghantar seorang wakil dan dia
dikehendaki mencabut satu kertas. Setelah
membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi
di hadapan patrolnya dan mereka cuba meneka
lakonan yang dipamerkan.
2.Permainan Ingat
Deria Lihat
Alatan: pensil, paku, pemadam, duit syiling, pin,
mancis, pen, kertas, batu, pisau dll. (sediakan lebih
kurang 30 jenis).
Sediakan dua set alatan. Letakkan alatan pada set
pertama untuk menjadi set kawalan. Objek tersebut
diletakkan di atas meja dan tutup dengan kain atau
kertas surat khabar. Setiap patrol diberi masa 3 minit
untuk memerhati objek-objek yang diberi
(masa boleh disesuaikan) dan bila sampai masa, setiap
ahli patrol akan mengingat dan menyusun alat-alat yang
terdapat di atas meja set kawalan tersebut menggunakan
alatan set yang kedua.
Deria Sentuh
Alatan: pensil, pen, pemadam, lencana, paku,
skrew, batu kecil, botol, duit syiling, kotal mancis,
penutup botol, getah bulat dll.
Objek-objek tersebut dimasukkan ke dalam karung
/beg/kotak. Tutup mata setiap ahli dan
semua diberi masa 1 minit untuk
menyentuh objek- objek.
Setelah semua ahli dalam patrol tersebut
menyentuhnya, mereka dikehendaki berbincang
dan ketua menulis senarai nama objek-
objek tersebut.
Deria Dengar
Alatan: Pita rakaman (pelbagai bunyi misalnya,
bunyi enjin, air dibuka, kayu patah, membuka
penutup, laci, pintu, mengheret kerusi,
menggoncang dan lain-lain.)
Jika tidak menggunakan pita rakaman, ahli
PBSMM boleh membuat bunyi-bunyian.
Mainkan pita rakaman untuk didengari oleh ahli
PBSMM. Selepas semua bunyi itu
dimainkan, mereka boleh berbincang dan
menyenaraikan bunyi-bunyian yang telah
didengarinya tadi.
Deria Hidu
Alatan: Minyak wangi, minyak angin, halia,
cuka, kopi, bawang, ubat gigi, minyak rambut
dan sebagainya.
Ahli PBSMM dikehendaki menutup matanya
dan menghidu objek-objek itu bergilir-gilir.
Kemudian mereka bolehlah berbincang
dan menulis jawapannya.
Deria Rasa
Alatan: Kunyit, garam, gula, lada, bunga
cengkih, cili dsb.

Ahli PBSMM dikehendaki merasa dengan


lidah bahan-bahan/serbuk yang disediakan itu
bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah
berbincang dan menuliskan jawapannya.
3.Ilmu PBSMM
Sediakan beberapa soalan mengenai Pengetah-
uan Am PBSMM. Misalnya, sejarah PBSMM,
simpulan dan ikatan dll. Kemudian sorokkan
soalan-soalan tadi.
Setiap ahli diminta untuk mencari soalan-soalan
yang disorokkan tadi dan menjawab soalan yang
dijumpai. Kumpulan yang berjaya menjawab
soalan yang paling banyak dikira sebagai
pemenang.
4.Harta Tersembunyi
Ahli PBSMM disuruh keluar mencari
beberapa objek/benda yang telah
ditentukan oleh pemimpin seperti daun, rumpu
t-rampai, buah-buahan dll. Pemimpin akan
memberi ciri-ciri benda yang perlu dicari.
Setiap ahli akan mencari benda yang
tersembunyi itu mengikut ciri-ciri yang
dinyatakan.
Pasukan yang pertama dapat menyerahkan
tugasan kepada pemimpin dianggap pemenang.
5.Ibu Ayam
Seorang ahli PBSMM menjadi helang dan pemimpin
/ketua patrol menjadi `ibu ayam. Ahli PBSMM
dibahagikan kepada beberapa patrol. Setiap patrol
memilih nama seekor burung. Ibu ayam
akan melaungkan nama sesuatu patrol (ikut
nama burung yang telah dipilih) bergilir-gilir.

Apabila anak burung (patrol itu) berlari ke arah `ibu


ayam, `helang akan cuba menangkapnya. `Ibu ayam
hendaklah berdiri di tengah-tengah kawasan yang
ditandakan, patrol-patrol burung ditempatkan pada
jarak yang sama jauh dari `ibu ayam.
6.Lumba Lari Keldai Berganti-ganti
Dua garisan A dan B ditandakan pada jarak 10
meter. Patrol-patrol dibahagikan dua
kumpulan: satu kumpulan berdiri di belakang
garisan A dan B. Bila isyarat`mula diberikan,
peserta pertama merangkak songsang (ke belakang)
kearah peserta kedua pasukannya yang berada di
belakang garisan B. Peserta kedua
mula merangkak songsang apabila sahaja peserta
pertama melintasi garisan B. Begitulah seterusnya
bertukar ganti.
7.Tinju Sebelah Tangan/ Tampar Beruk
Setiap pasangan memegang pergelangan tangan
kiri atau tangan kanan lawan masing-
masing. Tujuannya ialah cuba mencuit
(menyentuh) muka lawannya. Lawannya cuba
seberapa yang boleh mengelakkan dirinya
supaya mukanya tidak disentuh.
8.Gusti Lengan
Tiap-tiap pasangan menggenggam tapak tangan
lawan dengan setiap siku berkedudukan selari
dan sebelah tangan lagi memegang tangan lawan
yang berkedudukan bersilang di bawah tangan
yang akan bergusti.
Pasangan perlulah menumbangkan tangan
lawan sehingga rebah.
Malam kebudayaan
Seloka/
Dikir
Barat
Sketsa
Tanpa
Suara Tarian

Lakonan
Bertemakan Sketsa
Perkhemah Watak
an MALAM
KEBUDAYAAN

Nyanyian Sketsa
Kumpula Pantun
n

Sketsa
Cerita Talent
Rakyat Time
Rujukan
https://www.scribd.com/doc/35449609/Cont
oh-Permainan-Aktiviti-BSMM
http://BSMMkanakkanaknt.blogspot.my/p/bl
og-page_5813.html
https://www.scribd.com/doc/283578788/Tem
a-Malam-Kebudayaan-Perkhemahan
http://pbsm-
mrsmkk.blogspot.my/2012/05/bulan-sabit-
merah-di-malaysia-giat.html