Anda di halaman 1dari 5

ASEAN

KONSEP ZOPFAN
Menurut Ranjit Singh Malhi, tujuan utama konsep ZOPFAN ialah
bagi menjamin keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara
dengan mengelakkan campur tangan politik dan ketenteraan kuasa-
kuasa besar seperti Soviet Union, China dan Amerika Syarikat
dalam hal ehwal rantau tersebut
Bukti :
- Semasa di China, Perdana Menteri iaitu Tun Hussein Onn telah
membuat perfaedah dengan bincangan yang berterus-terang dan
berfaedah dengan pemimpin-pemimpin China. menghasilkan
perhubungan dua hala dan perjanjian perdagangan yang lebih baik.
Republik China telah juga menyatakan harapannya untuk
mengadakan pertalian persahabatan dengan ASEAN dan bekerjasama
bagi usahanya untuk mewujudkan ZOPFAN di Asia Tenggara.
- Tun Hussein Onn membuat suatu rayuan langsung
kepada Soviet Union sebagai suatu kuasa besar untuk
menggunakan pengaruh dan bantuannya dalam mencari
penyelesaian yang aman terhadap persengketaan di
IndoChina(perang kemboja-vietnam). Soviet Union
menghormati dasar berkecuali dan tidak berpihak dan
kemahuan rakyat Malaysia untuk memperkukuhkan
kebebasan politik mereka.

- kerjasama kerantauan menjanjikan horizon dan harapan


baru dan menyeru kepada Amerika Syarikat untuk
mengepalai dan menyatakan makna yang sebenarnya
mengenai saling bergantungan.
DASAR BERKECUALI
Malaysia sentiasa melaungkan sikap dan Dasar Berkecuali dalam konteks
hubungan antarabangsa dan sentiasa cuba mengadakan hubungan yang
baik dengan semua negara yang mengamalkan dasar aman dan
persahabatan tanpa mengira ideologi mereka bagi mewujudkan
keharmonian negara.

Terdapat beberapa isu politik yang utama di rantau ini yang menjadi
cabaran utama khususnya, di Indo-China. Pertama, perselisihan di antara
negara China dan Vietnam yang semakin tegang akibat daripada beberapa
isu seperti isu sempadan, masalah orang cina di Vietnam dan pendirian
kedua-dua negara terhadap Kampuchia. Buktinya, Vietnam telah
menandatangani suatu perjanjian dengan Soviet Union dan ini
menyebabkan kerajaan Pol Pot di Kampuchea digulingkan oleh kumpulan
Heng Samrin dengan bantuan dari Tentera Vietnam

berlakunya konflik antara negara China dan Vietnam. Buktinya, Vietnam


telah menghantar angkatan tenteranya ke perbatasan Thai Kampuchea
dengan alasan untuk memburu tentera kerajaan buangan Kampuchea
PERTUBUHAN ASEAN
ASEAN (Persatuan Negara-negara Asia Tenggara) sekarang ini dikenali
sebagai segolongan negeri-negeri di bahagian dunia sebelah sini yang
mana adalah pragmatik, berpadu dan penuh dengan janji. Potensinya untuk
membuat kebaikan adalah tersangat besar.
Bukti:

- Tun Hussein Onn menekankan bahawa Malaysia dan Thailand mesti terus
memperkukuhkan perhubungan rapat mereka yang ada sekarang untuk
menghadapi situasi yang berubah pesat di Asia Tenggara

- Berkenaan situasi sempadan Thailand-Malaysia dan usaha-usaha bersama


mereka untuk mengawal aktivti-aktiviti pengganas Komunis di sana serta
membincangkan penglibatan kuasa-kuasa atasan di bahagian dunia
sebelah sini, kemungkinan reaksi terbaik ASEAN jika perselisihan Vietnam-
Kampuchea melimpah ke Thailand dan masalah pelarian-pelarian Vietnam

- Negara Malaysia, bersama dengan lain-lain nagara-negara ASEAN, akan


terus mendesak negeri-negeri maju untuk menyediakan rancangan-rancangan
penempatan semula bagi pelarian-pelarian Vietnam.

Anda mungkin juga menyukai