Anda di halaman 1dari 50

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KANAK-KANAK
( EDU 3073 )

Oleh;
ROSLI BIN MOHAMAD
Pensyarah
Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG KTHO BP.
NAMA KURSUS : BIMBINGAN &
KAUNSELING
KANAK-KANAK.
KOD KURSUS : EDU 3073
JAM KREDIT : 3 (3+0)
JAM KONTAK : 45 JAM (BERSEMUKA)
72.5 JAM (TIDAK
BERSEMUKA)
SINOPSIS:
Kursus ini merangkumi konsep asas,
matlamat, keperluan dan jenis-jenis
perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling; peranan guru biasa sebagai
pembimbing, aplikasi teori-teori dan
kemahiran kaunseling dalam
pengendalian kaunseling individu dan
kelompok; penggunaan pelbagai terapi
dalam kaunseling kanak-kanak.
HASIL PEMBELAJARAN:

1. Menjelaskan konsep, matlamat, keperluan dan


jenis-jenis perkhidmatan B&K sekolah rendah.
2. Mempraktikkan kemahiran bimbingan &
kaunseling di sekolah rendah.
3. Mengintegrasi teori dan kemahiran kaunseling
dalam proses kaunseling individu dan kelompok.
4. Mengaplikasi pelbagai terapi dalam proses
kaunseling kanak-kank.
5. Mengamalkan sikap empati terhadap kanak-
kanak yang memerlukan bimbingan dan
kaunseling.
PENILAIAN:

Kerja kursus : 50%

Peperiksaan Akhir : 50%


TAJUK KANDUNGAN
1 Pengenalan Bimbingan dan Kaunseling:
1.1 Konsep asas Bimbingan, Kaunseling &
Psikoterapi
1.2 Matlamat B&K
1.3 Prinsip dan Falsafah B&K
1.4 Kepentingan B&K

2 Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling:


2.1 Jenis perkhidmatan bimbingan
2.1 Jenis kaunseling
2.3 Etika Kaunselor
TAJUK KANDUNGAN
3 Peranan Guru Biasa Sebagai Guru
Pembimbing:
3.1 Pengumpulan maklumat murid
3.2 Mengenal pasti masalah kanak-kanak
3.3 Peranan sebagai guru pembimbing

4 Teori-teori Kaunseling:
4.1 Teori Behavioris
4.2 Teori Pemusatan Perseorangan (Klien)
Humanistik
4.3 Terapi Rasional Emotif
4.4. Pendekatan Kognitif
TAJUK KANDUNGAN
5 Kemahiran Asas Kaunseling:
5.1 Tahap-tahap dalam kaunseling
5.2 Kemahiran melayan dan mendengar
5.3 Kemahiran menginterpretasi t/laku
bukan lisan
5.4 Kemahiran memberi tindak balas
5.5 Kemahiran mengenal pasti masalah
5.6 Kemahiran melaksanakan intervensi
6 Intervensi Kaunseling Kanak-Kanak:
6.1 Terapi bermain 6.2 Terapi bercerita
6.3 Terapi Seni 6.4 Terapi muzik
6.5 Terapi aroma 6.6 Terapi Urut
6.7 Terapi biblio
6.8 Sokongan Transisi untuk murid
berkeperluan khas
TAJUK KANDUNGAN
7 Kaunseling kelompok:
7.1 Asas kelompok
7.2 Pemilihan ahli kelompok
7.3 Jenis-jenis kelompok
7.4 Proses kaunseling kelompok
7.5 Peranan kaunselor sebagai pemudahcara
7.6 Dinamika dalam kelompok

8 Asas Kerjaya dan Memahami Diri Pelajar:


8.1 Konsep membina gaya hidup
8.2 Penerokaan minat kerjaya dan nilai
kerjaya
8.3 Penilaian individu dengan aplikasi
inventori psikologi
KONSEP ASAS:
BIMBINGAN,
KAUNSELING,
PSIKOTERAPI
- BIMBINGAN
- KAUNSELING
- PSIKOTERAPI

APA PERBEZAANNYA ?
KONSEP ASAS BIMBINGAN
Definisi konsep:

- Guidance bermakna memberi panduan atau


nasihat.

- Crow dan Crow (1976) : bantuan atau


pertolongan yang diberikan secara betul kepada
seseorang.
- Bimbingan diberi terhadap masalah akademik
dan bukan akademik (Konteks persekolahan)
Definisi konsep:
.. sambungan

Shertzer dan Stone (1974) menyatakan bahawa


bimbingan adalah satu proses membantu individu
memahami diri mereka dan dunia mereka kekuatan
atau kelemahan bagi mengembangkan potensi mereka.

George, et.al (1995) menyatakan bimbingan ialah


aktiviti memberi maklumat seperti pendidikan, sosial
atau kerjaya yang bertujuan untuk proses mencegah
bukan rawatan.
Kesimpulannya:

Kesimpulannya, bimbingan adalah


salah satu perkhidmatan yang
diberikan kepada murid untuk
membantu mereka mengembangkan
diri secara maksimum sejajar dengan
kebolehan dan minat mereka.
KONSEP ASAS KAUNSELING
Definisi konsep :

- Proses interaksi yang membolehkan individu


memahami diri dan situasinya. Hal ini akan
membantunya membentuk matlamat dan nilai yang
akan menjadi asas kepada tingkahlakunya pada masa
hadapan.

- Shertzer dan Stone (1974)


Definisi konsep:
.. sambungan

Kaunseling :

Proses di mana seorang kaunselor membantu seorang


individu (klien) mentafsir fakta-fakta yang berkaitan
dengan suatu pilihan, perancangan ataupun
penyesuaian yang perlu dibuat.

- Smith, G.E. (1980)


Definisi konsep:
.. sambungan

Satu proses perhubungan menolong di antara


seorang kaunselor terlatih dengan seorang atau
beberapa orang klien yang mengalami gangguan
kognitif, emosi dan tingkahlaku. Proses
kaunseling ini membantu klien menganalisis,
membentuk diagnosis serta merawat masalah
mereka dengan sendiri.

- Lily Mastura Harun (2000)


Definisi konsep:
.. sambungan

Satu aktiviti yang mana seseorang yang bermasalah


menjemput dan membenarkan seorang individu lain
membina hubungan istimewa dengannya. Ini bertujuan
untuk membolehkannya meluahkan masalah,
meneroka, mempelajari serta mencari penyelesaian dan
menikmati kehidupan yangbermakna.

- Mc Leod, J. (2007)
Akta Kaunselor (1998) :
Suatu proses sistematik untuk membantu
perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip
psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor
berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk
mencapai suatu perubahan, kemajuan,
penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela
pada diri klien supaya perubahan, kemajuan
dan penyesuaian itu akan berterusan
sepanjang hayat klien.
Kesimpulannya;

Kaunseling ialah satu proses perhubungan


menolong yang melibatkan kaunselor dan klien
atau klien-kliennya dalam usaha untuk
membantu klien memahami dunia dirinya dan
seterusnya dapat menjalani kehidupan
sehariannya bersesuaian dengan tuntutan
agama, masyarakat dan negaranya.
KONSEP ASAS PSIKOTERAPI
Psikoterapi secara etimologi terdiri daripada
dua perkataan iaitu psyche yang diartikan
sebagai jiwa dan theraphy dari bahasa
Yunani yang bererti rawatan.

Psikoterapi didefinisikan sebagai perawatan


yang menggunakan intervensi psiktris dengan
pendekatan psikologi terhadap pesakit yang
mengalami gangguan psikologi atau kecelaruan
peribadi (Syarifah Fadlina 2007).
Satu proses yang difokuskan untuk menyembuhkan
pesakit dan konstruktif belajar yang lebih banyak
tentang bagaimana cara untuk menangani masalah
atau isu-isu dalam kehidupan pesakit itu sendiri.
( Corsini, 1992 )

Membawa individu untuk menyemak serta


mengatur semula persepsinya tentang diri dan
dunianya, kemudian sedia menerima realiti
kehidupan yang mungkin dicorakkan dengan
pengalaman-pengalaman lalu yang pahit.
( Corey, 1977)
Kesimpulannya;

Psikoterapi ialah satu bentuk intervensi yang


menggunakan kaedah pengubatan, yang
bertujuan untuk menghilangkan, mengubah
atau menghapuskan pemikiran dan
tingkahlaku yang tidak serasi dan mengubah
paradigme sedia ada agar pesakit dapat
menyesuaikan diri dengan persekitarannya.
RUMUSAN
PERBANDINGAN ANTARA
BIMBINGAN,
KAUNSELING DAN
PSIOTERAPI
PERBANDINGAN
ASPEK BIMBINGAN KAUNSELING PSIKOTERAPI
Setting Sekolah, kolej, IPT Hospital, klinik

Jenis Peribadi, akademik, kerjaya, keluarga, Neurosis,psikosis


Masalah sosial yang ringan
Tempoh Singkat, 1 5 sesi bergantung kepada Panjang (melebihi
rawatan tahap masalah setahun)

Profesional Guru biasa, Guru Kaunselor, pakar Pakar psikologi


Terlibat Bimbingan dan psikologi kaunseling,
Kaunseling kaunseling Pakar psikologi
klinikal, psikiatri,
pakar psikoanalisis

Sasaran Individu yang mengalami masalah Individu yang


seharian yang mengganggu urusan mengalami masalah
hidupnya. psikologi yang serius
PERBANDINGAN
ASPEK BIMBINGAN KAUNSELING PSIKOTERAPI
Konsep Perkhidmatan membimbing Proses menolong klien Proses untuk
individu yang memerlukan secara profesional untuk mengubati
ke arah pemahaman, klien memahami dirinya masalah patologi.
pengetahuan dan dan alam sekitarnya.
kemahiran.

Matlamat Memberi nasihat, panduan, Mengatasi dan Mengatasi


pengajaran dan menangani kebuntuan masalah penyakit
pertolongan kepada murid dan kekusutan fikiran dan psikologi.
yang memerlukan. perasaan klien.

Kaedah Kaedah kelas, kumpulan. Gunakan pendekatan dan Penggunaan ubat-


Hubungan sehala, 2-hala. strategi kaunseling. ubatan serta
Di mana-mana dan sesiapa Dilakukan oleh kaunselor kaedah rawatan
sahaja yang ingin yang ada kemahiran dan perubatan pesakit.
menolong. kelayakan.
RUMUSAN PERBANDINGAN

B&K untuk individu normal; manakala psikoterapi


untuk individu yang mengalami neurosis dan psikosis
ringan spt. Kemurungan

B&K berdasarkan model bukan perubatan

Tempoh untuk B&K lebih singkat

Psikoterapi memerlukan kepakaran khas


MATLAMAT
BIMBINGAN & KAUNSELING
Lima Matlamat Kaunseling.

Perubahan Tingkah Laku


Perhubungan Yang Positif
Pengurusan Diri
Proses Membuat Keputusan Efektif
Pencapaian Potensi
MATLAMAT KAUNSELING
1. Perubahan Tingkah Laku.

Ia akan membantu dan mengalak klien


membuat perubahan tingkah laku untuk
kehidupan yang lebih produktif dan
memuaskan.
Diharapkan seseorang klien yang menghadapi
kerunsingan setelah berjumpa dengan
kaunselor dapat merubah tingkah laku untuk
berinteraksi dengan orang yang menimbulkan
masalah dengan klien.
MATLAMAT KAUNSELING
Perubahan Tingkah Laku.
Sebagai contoh seorang guru memberikan
kata-kata atau respon yang negatif kepada
pelajarnya.Ini akan menimbulkan masalah
kepada pelajar kurang berminat untuk
mengikut pengajaran guru berkenaan.
Dengan adanya sesi kaunseling pada guru
berkenaan akan dapat merubah tingkah laku
guru menyedari kesilapannya semasa
menyampaikan sesi pengajaran dan
pembelajaran di kelas.
MATLAMAT KAUNSELING
2. Perhubungan yang Positif.

Matlamat kaunseling juga akan membantu


meningkatkan keupayaan klien memulakan
dan meneruskan perhubungan yang positif
dengan orang lain.
Kehidupan kita sebahagian besarnya adalah
berinteraksi dengan orang lain.
MATLAMAT KAUNSELING
Perhubungan yang Positif.

Ada juga di kalangan klien yang tidak pandai


untuk berkomunikasi atau klien mempunyai
kemahiran berkomunikasi, atau mempunyai
imej kendiri yang negatif.
Dengan ini matlamat kaunseling ialah untuk
meningkatkan kualiti cara klien berhubung
iaitu berkomunikasi dengan orang lain.
MATLAMAT KAUNSELING
3. Pengurusan diri.

Matlamat kaunseling juga dapat membantu


keberkesanan klien menguruskan diri.
Setiap orang akan mengalami kesulitan dalam
hidup apabila ia membesar.Ekspektasi ibu
bapa terhadap anaknya seringkali memberi
kesan yang tidak dijangkakan.
MATLAMAT KAUNSELING
Pengurusan diri.

- Tingkah laku yang dipelajari semasa kecil


tidak dapat membantu hidupnya. Dalam
keadaan demikian kaunselor akan melatih
klien menguruskan diri dengan lebih berkesan
terutama dalam situasi baru dan tuntutan
baru.
4. Proses Membuat Keputusan Efektif.

Kaunseling juga bermatlamat untuk


membantu klien dalam proses membuat
keputusan dengan rasional.
Sesetengah orang amat sukar membuat
sesuatu keputusan yang penting. Selain takut
kepada tanggungjawab yang akan dipikul
sebagai kesan daripada keputusan yang salah,
seseorang itu selalu membuat keputusan
tanpa memikirkan beberapa alternatif yang
wujud.
Matlamat kaunseling ini adalah untuk
membantu klien membuat keputusan yang
penting dalam hidupnya.
5. Pencapaian potensi

Matlamat kaunseling juga adalah untuk


membantu klien berkembang secara positif
dan mencapai potensi yang ada pada diri
klien.
Ia bermaksud untuk memberi peluang kepada
klien mempelajari cara-cara menggunakan
kebolehan dan minatnya ke tahap
maksimum.
Kaunselor menolong seseorang itu
mempelajari cara-cara berhenti merokok iaitu
dengan mengambil berat tentang kesihatan
badan, dan mengatasi masalah malu atau
perasaan segan yang tidak produktif
PRINSIP
BIMBINGAN & KAUNSELING
PRINSIP B & K
1. Proses pendidikan yang terancang dan berterusan
2. Untuk semua murid tanpa mengira latar belakang.

3. Semua murid mempunyai hak untuk mendapat


pertolongan.
4. Melayan keperluan dan perkembangan potensi murid

5. Menolong murid memahami diri dan orang lain.

6. Berorientasikan masa kini dan masa depan

7. Menolong individu menyedari kelemahan diri dan beri


fokus kepada kekuatan diri sendiri.
PRINSIP B & K .SAMBUNGAN

8. Tanggungjawab semua pihak pentadbir, guru,


guru B&K, ibu bapa dan murid.
9. Memerlukan pemahaman yang mendalam tentang

pelajar.
10. Berdasarkan prinsip bahawa setiap individu

adalah berbeza.
11. Intervensi bagi mengurangkan perbezaan antara

murid.
12. Membawa kesepaduan psikofizikal murid

(psikomotor, kognitif dan afektif)


PRINSIP B & K .SAMBUNGAN

13. Dilaksanakan berdasarkan kod etika


kaunseling
- Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia
- Kod Etika Guru Kaunseling SM
- Kod Etika Guru Kaunseling SK
- Peraturan-peraturan kaunselor (Kelakuan
dan Tatatertib)1999
- Kod Etika PERKAMA (Persatuan
Kaunseling Malaysia)
FALSAFAH
BIMBINGAN & KAUNSELING
FALSAFAH B & K
Bidang kemanusiaan

- Setiap individu berhak mendapat layanan dan


bantuan yang adil

- Perlu dihormati dan diterima

- Manusia ingin kebebasan mengurus diri


SAMBUNGAN

Sosiologi

- Persekitaran sosial tersendiri dan berbeza

- Kemahiran interpersonal dapat membina hidup


yang lebih sejahtera
SAMBUNGAN

Psikologi

- Setiap individu unik dan berbeza

- Pendekatan B&K juga berbeza-beza

- Setiap individu bertanggungjawab terhadap


pilihan tindakannya
PENEKANAN KHUSUS FALSAFAH BIMBINGAN
DAN KAUNSELING DI SEKOLAH ADALAH
UNTUK MEMBERI KEBAHAGIAAN HIDUP
UNTUK SEMUA MANUSIA.
KEPENTINGAN
BIMBINGAN & KAUNSELING
KEPENTINGAN B & K

Membantu pelajar berkembang dalam semua bidang


Membantu pelajar membuat pilihan dalam peringkat
persekolahan mereka
Membantu pelajar membuat pilihan kerjaya dan
membuat persediaan dalam bidang sesutu pekerjaan
Membantu pelajar membuat penyesuaian di sekolah

Mengenalpasti dan memotivasikan pelajar

Mengenalpasti jenis pertolongan yang diperlukan


pelajar.
RUMUSAN
- Individu bermasalah perlukan seseorang yang
terlatih dalam bidang B&K untuk berkongsi
serta berbincang.

- Individu berkenaan boleh menentukan cara


penyelesaiannya dengan bantuan pakar
Mesti tekun dan sabar kerana tidak ada kerja
yang serta merta boleh mendatangkan hasil
ataupun menjadi sempurna.

Anda mungkin juga menyukai