Anda di halaman 1dari 20

Punca

Kemalangan di
Jalan Raya
Memang tidak dinafikan kemalangan jalan
raya saban tahun semakin meningkat dari
hari ke hari.Setiap hari sama ada di kaca-
kaca televisyen,di dada-dada akhbar
mahupun di corong-corong radio pasti ada
sahaja dipaparkan kemalangan jalan raya
yang meragut nyawa manusia.murah
sangatkah nyawa manusia sehingga
banyak jiwa yang terkorban di jalan raya?
Jika hal ini dibiarkan berterusan,sudah
tentu merugikan sesebuah negara.
Kecuaian Pemandu

Pemandu memandu dalam keadaan mabuk


dan mengantuk atau tidak sedarkan diri.
Mereka tidak menghiraukan keselamatan
orang lain ketika memandu kerana
menganggap mereka cekap mengawal
stering kenderaan.
Keadaan Jalan Raya Yang
Tidak Baik
Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya
ketika waktu hujan turun kerana air hujan
akan menyebabkan jalan raya menjadi
lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika
pemandunya tidak berhati-berhati.
Keadaan jalan raya yang tidak lurus dan
turun naik yang menyukarkan pemandu
untuk memberi tumpuan lalu mudah
berlakunya peristiwa yang ngerinya ini.
Keadaan Kenderaan

Terdapat pemilik kenderaaan yang masih


menggunakan tayar yang haus dan tidak
menggantikan dengan tayar yang baru.
Sesetengah pemandu tidak menservis
kenderaan sendiri lalu kemalangan boleh
berlaku kerana masalah brek,tayar dan
sebagainya.Terdapat juga pemandu yang
kedekut untuk mengeluarkan duit untuk
menservis kenderaan sendiri.
Penguatkuasaan undang-
undang yang tidak tegas
Pemandu akan berani mencabar peraturan
peraturan jalan raya.
Terdapat pegawai polis dan pihak
berkuasa yang tidak bertanggungjawab
menyebabkan segelintir pengguna jalan
raya berani melanggar peraturan jalan
raya.
Selain itu,Ops Sikap dan sekatan jalan
raya hanya giat dijalankan ketika musim
perayaan

Anda mungkin juga menyukai