Anda di halaman 1dari 11

PENGURUSAN BILIK DARJAH

DAN TINGKAH LAKU

- AUTISME-

HANIS MUNIRAH ZULKIFLI


NURAIN ABD KHADIR
AUTISME
Autisme merupakan ganguan psikologi
terhadap perkembangan komunikasi, gerakan
tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan
sentuhan.
Autisme merupakan kecacatan perkembangan
yang melibatkan fungsi otak.
Biasanya autisme kelihatan pada usia awal tiga
tahun.
AUSTISME
PERINGKAT AUTISME
Autisme ringan
Pada peringkat ini, kanak-kanak yang mengalami autisme
masih menunjukkan adanya kontak mata dengan orang lain
walaupun tidak berlangsung lama.
Kanak-kanak autisme ini dapat memberikan sedikit respon
ketika dipanggil namanya, menunjukkan ekspresi-ekspresi
muka, dan dalam berkomunikasi pun masih biasa dilakukan
secara dua arah meskipun terjadinya hanya sesekali.
Tindakan-tindakan yang dilakukan, seperti memukulkan
kepalanya sendiri, mengigit kuku, gerakan tangan yang
sterotipik dan sebagainya, ia masih boleh dikendalikan dan
dikawal dengan mudah.
Autisme sedang
Pada tahap ini, kanak-kanak autisme masih
menunjukkan sedikit kontak mata, namun ia
tidak memberikan respon ketika namanya
dipanggil.
Terdapat tindakan yang agresif atau
hiperaktif, mencederakan diri sendiri, acuh,
dan gangguan motorik yang stereotipik
cenderung, ia agak sulit untuk dikendalikan
tetapi masih boleh dikendalikan.
Autisme berat
Pada tahap ini, kanak-kanak autisme menunjukkan
tindakan-tindakan yang sangat tidak terkendali.
Biasanya kanak-kanak autisme memukul-
mukulkan kepalanya ke tembok secara berulang-
ulang dan terus-menerus tanpa henti.
Ketika orang tua berusaha untuk mencegah,
namun kanak-kanak autisme tidak memberikan
respon dan tetap melakukannya, bahkan dalam
Keadaan berada dipelukan orang tuanya, kanak-
kanak autisme tetap memukul-mukulkan
kepalanya. Ia berhenti setelah merasa keletihan
dan kemudian langsung tertidur.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME

Tidak boleh
Tidak mampu
bertutur dan
bersosial
berkomunikasi

Mempunyai
masalah dalam Masalah tingkah
pemikiran dan laku
perlakuan.
PENGURUSAN KANAK-KANAK
AUTISME
Terapi bermain
bermain dapat menggalakkan kanak-kanak untuk
berkawan, berinteraksi dan saling mendapat serta
memberi sokongan sesama mereka. Terapi
bermain membantu kanak-kanak mengadaptasi
dengan persekitaran baru dengan cepat. Ia juga
memberi kanak-kanak kepuasan dan keyakinan
diri apabila bermain dapat dilaksanakan dengan
baik.
Pendekatan Interaktif
Kita haruslah mengelakkan mengajuk cakap seperti
keanak-anakkan.
kita haruslah menggunakan gaya yang sesuai dengan
ekspresi muka.
Kita harus menerima usaha kanak-kanak yang ingin
berkomunikasi.
Di samping itu, kita perlu cuba mentafsir maksud
komunikasi anak dan cuba galakkan anak terus
berusaha untuk berkomunikasi.Kita perlu sentiasa
menceritakan apa yang berlaku dan menamakan
benda-benda dengan menggunakan ayat yang ringkas,
pendek dan jelas.
Kita harus mendengar permintaan anak-anak dengan
sabar.
Kita juga boleh membaca buku untuk mereka dengar.
Mempelbagaikan aktiviti
Kita harus mengadakan pelbagai aktiviti kepada
pelbagai yang dapat menarik budak Autisme
supaya dia dapat bergaul dan dapat berbahasa
dengan kawankawan yang lain.
Apabila berkata-kata dengan mereka, Kita
haruslah menggunakan bahasa yang jelas. K
ita boleh menggunakan Alat Bantu Mengajar
untuk mengajar mereka.
Kita juga boleh menggunakan permainan bahasa
supaya mereka lebih minat berbahasa.
Sekian..
terima kasih

Anda mungkin juga menyukai