Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN JEDA

Pengenalan
Latihan Jeda adalah satu kaedah latihan untuk
mencapai kecergasan fizikal dalam dalam larian
berpagar terutamanya sebagai persediaan semasa
pra musim. Ia merupakan satu sistem latihan yang
diselang-selikan dengan kerja dan masa rehat.
Peningkatan daya tahan kardiovaskular boleh
dicapai melalui latihan Jeda. Ini dibuktikan oleh
Annarino (1976), semasa musim persediaan atlit lari
berpagar akan cuba membina asas yang kukuh
dalam usaha meninggikan dan meningkatkan
kecergasan sehingga ke musim pertandingan.
Objektif Latihan Jeda

a. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular


b. Meningkatkan tahap ambang anaerobik
c. Meningkatkan daya tahan otot
d. Meningkatkan kemahiran atlit
e. Meningkatkan ketangkasan,
kelembutan,kekuatan dan koordinasi.
f. Meningkatkan keupayaan anaerobik
Prinsip Latihan Jeda

Program latihan khas untuk aktiviti tertentu melibatkan


kemahiran tertentu serta bekalan sistem tenaga yang berkaitan
dengan jenis latihan
Pembinaan umum seperti memperkayakan sistem bekalan
tenaga melalui program latihan
Jeda kerja intensiti tinggi dalam jarak/masa yang ditentukan
Set ulangan jeda kerja dan jeda rehat
Masa latihan masa yang ditentukan dalam jeda kerja
Jarak latihan jarak yang ditentukan dalam jeda kerja
Frekuensi kekerapan/bilangan latihan dalam seminggu
Kaedah perlaksanaan Latihan Jeda
Nisbah jeda kerja dan jeda rehat antara 1 : hingga 1:1 bergantung kepada
jarak larian atau masa diambil untuk tamatkan sesuatu larian

Contoh latihan jeda ;


Masa larian = 10 minit
masa rehat = 5 minit
Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 :
Masa larian = 3 minit
masa rehat = 3 minit
Nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 : 1
Ulangan dicadangkan antara 2 hingga 3 ulangan bagi jarak yang lebih jauh dan 3 hingga 4
ulangan bagi jarak kurang 800 meter bagi satu larian

Jumlah set dicadangkan = jumlah ulangan

Rehat antara set ditentukan oleh kadar denyutan nadi iaitu apabila kadar turun kepada 120
denyut seminit,kemudian set kedua dimulakan

Preskripsi latihan jeda perlu mengambil kira perkara berikut :


/

Ulangan aktiviti
Set
Nisbah kerja : rehat
Aktiviti jeda rehat

Anda mungkin juga menyukai