Anda di halaman 1dari 16

DI SEDIAKAN OLEH : V.

UVARAJAH
GLOBALISASI ????

Globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi
perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang ICT atau revolusi ICT.

Trend globalisasi telah mencetuskan pelbagai cabaran dalam pelaksanaan pendidikan di Malaysia
sebagai tindak balas kepada keterbukaan idea mengenai keperluan pendidikan dalam
meningkatkan kualiti hidup.
Pemikiran ke arah melakukan rombakan dalam cara-cara membangunkan potensi
sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal.

Pendekatan ini mencadangkan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan


bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan
mengembangkan potensi sumber manusia.

Hal ini memberi golongan guru satu peluang untuk meningkatkan kemahirannya dengan
setaraf negara-negara yang maju dalam bidangnya.
Sebahagian guru didapati akan meningkatkan tahap kemahiran dan
kerjaya mereka untuk memberi sumbangan lebih bermakna kepada
pembangunan negara dan juga perkembangan diri mereka.

Selain itu, akibat tuntutan masyarakat yang agak tinggi terhadap


pendidikan berterusan ini, terdapat kecenderungan orang ramai di
Malaysia yang menyambung pelajaran mereka pada peringkat lebih tinggi
dan juga untuk mempelajari pelbagai kemahiran.

Hal ini menyebabkan sesetengah guru tidak dapat menangani cabaran


globalisasi ini dan gagal meningkatkan kemahiran mereka dengan setaraf
antarabangsa.
CABARAN : INOVASI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM

Globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang ketara yang


menyebabkan perubahan terhadap kurikulum pendidikan Malaysia.

Kurikulum perlu mempunyai budaya menguasai kemahiran teknologi untuk


keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian.

Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantaraan.

Penggunaan komputer sebagai media prima dalam sistem pendidkan di


malaysia.
CABARAN : INOVASI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks


pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima
dan melaksanakannya dengan penuh kesungguhan.

Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah


sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa
kepunyaan, lebih-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu
perubahan itu adalah daripada pihak luar.

Sebagai seorang pendidik, guru perlu menangani perubahan yang


dilakukan dalam kurikulum pendidikan untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran.
CABARAN : INOVASI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM

Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia


ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang diyakini benar-
benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid.

Perkara tersebut menyebabkan seseorang guru akan menghilangkan keyakinan


mereka terhadap kemahiran dan pengetahuannya dan murid-murid mereka.

Guru sebagai pemudah cara perlu menerima sesuatu inovasi dalam sistem
pendidikan sebagai pendidik dan penyampai ilmu.
CABARAN : INOVASI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM

Guru-guru yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang


rendah terhadap sesuatu inovasi akan kurang memberikan kerjasama
berbanding mereka yang lebih berpegetahuan dan berkemahiran.

Misalnya guru yang lebih berkemahiran dalam komputer tentu akan


bertindak secara proaktif dalam proses pengajaran berbantu komputer
berbanding guru yang kurang berkemahiran.
CABARAN : INOVASI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM

Guru berperanan sebagai pemudahcara dan penyelesai masalah kepada penggunaan computer yang menjadi sebagai
media prima dalam memperoleh dan menyebarkan ilmu, kemahiran dan cara-cara menjalankan penilaian.

Pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer dengan kemudahan penggunaan ICT akan menjadikan pengajaran
lebih bermakna kerana orientasi pengajaran adalah berpusatkan pelajar.

Contohnya, perisian komputer berupaya memandu pelajar untuk berfikiran kritis dan menghasilkan pembelajaran
bermakna yang bukan hanya sekadar mempersembahkan maklumat daripada buku teks atau sumber lain dalam
bentuk media.
CABARAN : PENGURUSAN PENDIDIKAN

Pengurusan mendidikan mengalami transformasi yang radikal dari segi


pengunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran.

Contohnya, perisisan baru diapalikassikan iaitu School Management


Information System.

Sebagai seorang guru, kita perlu bersedia dan menerima perubahan dari
segi pegurusan yang dapat membantu dan mempermudahkan pengurusan
sekolah.
CABARAN : PEMBENTUKAN JATI DIRI

Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup
terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu
terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat.

Cabaran yang perlu dilaksanakan secara kolektif dalam pembentukan jatidiri pelajar
adalah dari segi strategi untuk menerapkan nilai kerohanian melalui pengisian roh,
pengisian akan dan jasmani.
Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika
proses pengajaran dan pembelajaran.

Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun,


penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia
berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat
menjadi contohan pelajar.

Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan
agama.
CABARAN : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU

Guru merupakan aset utama bagi memastikan


perkembangan pendidikan dapat dilaksanakan
dengan berkesan di sekolah.
Guru perlu memiliki kualiti yang bersifat
kontemporari dan relevan dengan zamannya.
Perkara tersebut menjadi satu cabaran globalisasi
kerana setiap bidang pekerjaan mempunyai
peningkatan masing-masing.
Cabaran guru dalam peningkatan profesionalisme
banyak berkait dengan tumpuan guru itu sendiri
terhadap pelaksanaan tugas terutama berkaitan
sesuatu inovasi.
Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan
profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama
ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti
professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi
sekolah dan masyarakat.

Ia juga meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan


interaksi global.
Selain itu, perkara tersebut membolehkan guru meluaskan konsep
pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah,
meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam
latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf
profesionalisme dan sebagainya.
SEKIAN
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai