Anda di halaman 1dari 19

QURBAN DAN

AQIKAH
Kedua-dua ibadah ini adalah antara amalan mulia
dan penting dalam Islam karena amat besar
fadhilahnya, tetapi malangnya masih ramai orang
yang samar-samar atau kabur kefahaman
menerka mengenainya, sehingga ada yang
memandang ringan walaupun mempunyai
kemampuan tetapi tidak mau melakukan
penyembelihan qorban dan aqiqah ini.
A. Pengertian Qurban
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban
yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat
'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13
Zulhijjah karena beribadah kepada Allah s.w.t. ,
yaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah
Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud:
"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu
sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu
memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya,
maka sebutlah nama Allah ketika kamu
menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan
telah diikat). Kemudian apabila telah roboh
(mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri
makanlah orang yang rela dengan apa yang ada
padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang
yang meminta. Demikianlah Kami telah
menundukkan unta-unta itu kepada kamu,
mudah-mudahan kamu bersyukur." (surah al-
Haj:36)
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan
berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah
bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan
yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya
Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada
menyembelih hewan qurban. Sesungguhnya
hewan qurban itu pada hari kiamat kelak akan
datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-
bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya
sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia
(pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka
beruntunglah kamu semua dengan (pahala)
qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah
dan al-Hakim)
HUKUM BERQURBAN
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang
dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-
syarat seperti berikut:
Islam
Merdeka (Bukan hamba)
Baligh lagi berakal
Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau."
(Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak
wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia
boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan.
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: Siapa
yang bernazar untuk melakukan taat kepada
Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila
Rujuk: Fiqh al-Sunnah)
PERLAKSANAAN QURBAN
Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta,
lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur
dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu
tahun atau telah gugur giginya sesudah enam
bulan meskipun belum cukup satu tahun.
Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta
sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak
pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong
lidahnya, tidak mengandung atau baru
melahirkan anak, tidak berpenyakit atau
berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu
mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari
pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id
dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah
ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Haji
sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-
hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
Daging qurban sunnat, orang yang berkorban
disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya.
Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga
cara yang utamanya adalah mengikut urutan
sepererti berikut:
Lebih utama orang yang berqurban mengambil
hati binatang qurbannya dan baki seluruh
dagingnya disedekahkan
Orang yang berqurban itu mengambil satu
pertiga daripada jumlah daging qurban, dua
pertiga lagi disedekahkannya.
Orang yang berqurban mengambil satu pertiga
daripada jumlah daging, satu pertiga lagi
disedekahkan kepada fakir miskin dan satu
pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang
mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah
oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."
HIKMAH DAN FADHILAH
Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan
diri kepada Allah s.w.t.
Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat
murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah
s.w.t.
Menghapuskan dosa dan mengharap
keredhaan Allah s.w.t.
Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama
manusia terutama antara golongan berada
dengan golongan yang kurang bernasib baik.
Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan
ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim
diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.
yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu
kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian
pada hari kiamat."
B. Akikah
Akar kata aqqa artinya membelah dan memotong.

Menurut SyarI adalah binatang yang disemblih sebagai


kurban atas anak yang baru lahir.
Hukum Akikah

Hukum akhikah adalah sunnah muakad yakni amalan


sunnah yang dituntut untuk melakukannya (bagi yang
berkemampuan)
Sabda Nabi SAW
Barang siapa suka akan mengakikahi anaknya maka
kerjakanlah(HR.Ahmad dan Abu Daud)
1. Pendapat Jumhur ulama
seperti Imam Malik, ulama madinah, imam SyafiI
berpendapat bahwa hukum akikah sunah
2. Para Fukaha Imam syafiI berpendapat bahwa akikah
tidak wajib dan tidak pula sunah, melainkan termasuk
ibadah tatawwu(sukarela).
Waktu Akikah
Hadis Nabi SAW
1. akikah itu diselenggarakan pada hari
ketujuh.HR.Turmizi
2. akikah itu disemblih pada hari ketujuh, keempat
belas atau keduapuluh satu.HR.Baihaqi.
Syarat sah kambing akikah
Sama dengan syarat sah kambing kurban baik macam
dan tidak pula bercatat.
Cara menyemblihnya
1. Memotong bahagian kerongkongan dan urat
leher(al-wadaj)
2. Alat yang dipakai hendaklah yang tajam.
3. Penyemblihan hendaklah dilakukan karena Allah
dengan menyebut nama Allah.
Hikmah dari Akikah
1. merupakan kurban yang mendekatkan anak
kepada Allah SWT sejak masa awal
menghirup udara kehidupan
2. Merupakan tebusan bagi anak untuk
memberikan syafaat pada hari akhir kepada
orang tuanya.
3.Mengokohkan tali persaudaraan dan kecintaan
diantara warga masyarakat dengan berkumpul di
satu tempat dalam menyambut kehadiran anak
yang baru lahir.