Anda di halaman 1dari 6

Hadith Tentang Niat

Disediakan oleh :
Nur Hafizah binti Mohd Yazid
Nur Siti Aishah binti Mohd Shah
Marhaini binti Mohd Zamri
HADIS BERKAITAN NIAT



:
. :





.
Dari Amirul Muminin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata,
"Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya
setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan
dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin
mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada
(keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan
[


]
Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah
Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-
Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie
al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara
kitab yang paling sahih.
Hadis ini merupakan salah satu dari hadis-hadis yang menjadi inti ajaran Islam.
Imam Ahmad dan Imam Syafie berkata: Dalam hadis tentang niat ini merangkumi
sepertiga ilmu. Hal ini kerana perbuatan hamba terdiri dari perbuatan hati, lisan dan
anggota badan, sedangkan niat merupakan salah satu bahagian dari ketiga-tiga
unsur tersebut. Diriwayatkan dari Imam Syafie bahawa dia berkata," Hadis ini
merangkumi tujuh puluh bab dalam fiqh. Sejumlah ulama bahkan ada yang
berkata," Hadis ini merupakan sepertiga Islam.
Sebab Wurud Hadis
Ada seseorang yang hijrah dari Mekkah ke Madinah dengan tujuan
untuk dapat menikahi seorang wanita yang bernama Ummu
Qais, bukan berhijrah untuk meraih pahala berhijrah. Maka orang itu
kemudian dikenal dengan sebutan Muhajir Ummi Qais (Orang yang
hijrah kerana Ummu Qais)