Anda di halaman 1dari 33

PENGENALAN

Batu bata adalah bahan utama untuk membentuk tembok atau


dinding bangunan. Pemisah ruangan satu dengan ruangan yang
lain dilakukan dengan pemasangan tembok atau dinding
bangunan. Susunan batu bata adalah berbeza mengikut jenis-
jenis ikatan bata yang dibina mengikut kesesuaian binaan.
PRINSIP-PRINSIP IKATAN
BATA

Mengadakan lekap atau bata


Mengikut jenis ikatan
untuk mengelakkan sambungan
yang ditetapkan oleh ahli
tegak yang terus menerus
rekabentuk.
didalam tembok.
Bata pengikat
Bata penutup setengah
digunakan bagi
mencegah sambungan
mematuhi kepada
yang terus menerus
prinsip pengikatan.
pada tembok

Tebal tembok
LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN

Personal Etika
Protective Arahan
Equipment Keselamatan
(PPE) untuk
Penggunaan
Peralatan
BAHAN-BAHAN KERJA
IKATAN BATA

Simen Pasir Kapur Bata


PERALATAN KERJA IKATAN
BATA

Sudip Bata Alat Aras Sesiku


Bangunan
Tukul Paku &
Bata & Skop
Benang
Bantalan
Cangkul
JENIS-JENIS IKATAN BATA
TEMBOK DINDING

Ikatan Ikatan
Flemish Silver Lock
Ikatan
Perangkap
Tikus
Ikatan Ikatan
Kepala Bata Raking
IKATAN FLEMISH
Ikatan Flemish biasanya dibina pada pembinaan dinding luar
bangunan. Dari segi kekuatan ia lebih lemah dari ikatan English,ini
disebabkan terdapatnya sambungan terus disebelah dalam dinding
iaitu pada sebelah menyebelah batu-bata header atau dihujung tiap-
tiap stretcher, sepanjang bata (53.75 mm). Ia juga terdapat banyak
batu-bata setengah (half bats) pada dinding satu setengah bata (328
mm). Terdapat dua jenis ikatan bata Flemish iaitu:
Ikatan double Flemish
Ikatan double Flemish biasanya dikenali hanya dengan ikatan Flemish
sahaja sebab ciri-ciri penyusunannya sama.Permukaan hadapan dan
belakangnya menunjukkan permukaan Flemish.Tebal dinding yang
dibina dalam ikatan ini sekurang-kurang satu bata tebal (215 mm).

Ikatan Single Flemish


Single Flemish bond terdiri dari dua ikatan iaitu ikatan English dengan
ikatan Flemish. Permukaan hadapannya menunjukkan permukaan
Flemish dan dibelakang menunjukkan muka English.ini hanya boleh
dibuat pada dinding yang tebalnya 1 bata tebal (328 mm).
ProsesPembinaan:
1. Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang
seli dalam satu lapisan yang sama.
2. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala
bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu
bata (53.75mm).
3. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam tembok tetapi
tidak kelihatan pada permukaan tembok.
4. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah muka tembok yang
lebih rata dan ikatan ini sesuai untuk membina tembok yang tidak
akan dilepa.
Contoh ikatan Bata Flemish
IKATAN KEPALA BATA
Ikatan kepala bata merupakan jenis ikatan yang sering
digunakan dalam industri pembinaan. Setiap lapisan
mengandungi kepala bata sahaja serta tidak menggunakan
bahagian sisi bata. Sambungan mortarnya merupakan
sambungan berbentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai
digunakan pada binaan tembok yang berbentuk bulat atau
melengkung dan akan menyebabkan kerugian serta dinding
menjadi tebal kerana digunakan pada bahagian kepala sahaja.
Proses Pembinaan:

1. Pilih bata yang mempunyai permukaan yang baik. Rendam


bata dengan air agar bata kedap air sehingga tidak menyerap
air pada adunan/mortar.
2. Satu garisan lurus dibuat untuk mendapatkan kelurusan
tembok bata.
3. Sediakan bancuhan mortar serta Hamparkan untuk menerap
lapisan bata pertama.
4. Kerja susunan bata :-
i. Tiap-tiap lapisan mengandungi sisi bata sahaja.
ii. Bata- bata akan disusun dengan menyambungkan setiap
kepala bata.
iii.Pada lapisan pertama, pembinaan ikatan ini
menggunakan bata yang disusun secara menegak.
Seterusnya diikuti dengan susunan kepala bata.
iv.Manakala bagi lapisan kedua pula, bata disusun secara
mendatar diatas bata pada lapisan pertama. Seterusnya,
diikuti dengan susunan kepala bata seperti lapisan pertama.
IKATAN PERANGKAP TIKUS
Ikatan bata perangkap tikus digunakan untuk pembinaan
tembok. Bagi ikatan bata perangkap tikus, cara susunan batu
bata adalah sama dengan ikatan bata Flemish tetapi ia disusun
secara mengiring. Di antara dua sisi bata ikatan bata jenis
perangkap tikus ini terdapat satu yang dikosongkan tetapi
dipenuhkan sehingga padat di bahagian penjuru ikatan bata
serta ianya sesuai sebagai dinding berongga untuk menerima
beban.
Proses Pembinaan:
1. Batu bata disusun dalam keadaan menegak, supaya
permukaan hadapan bersaiz 110 mm kelihatan dari pandangan
depan, daripada permukaan 75 mm (saiz piawai 230mm x
110mm x 75 mm).
2. Apabila kelebaran dinding kekal pada saiz 230mm, satu
rongga dalaman telah dicipta. Ini ialah kerana dimana kira-kira
30% bahan-bahan yang digunakan (bata dan mortar)
diselamatkan daripada pembaziran sekaligus mengurangkan
kos pembinaan.
3. Rongga memberikan kesan kalis bunyi yang sangat
baik. Ini menyebabkan tenaga yang digunakan di dalam
kerja-kerja ikatan perangkap tikus berada pada kadar
minima.
IKATAN SILVER LOCK
Ikatan ini adalah variasi dari ikatan Inggeris. Ia mengandungi
lapisan kepala bata dan lapisan sisi bata berselang-seli di mana
bata-bata pada lapisan sisi bata ini mengiring dan
meninggalkan lubang di antaranya. Lapisan kepala bata
bermula dengan bata . Lapisan sisi bata pula bermula dengan
3 bata mengiring pada kedua-dua hujung tembok.
Proses Pembinaan
1. Merancang tanda kerja tapak berdasarkan gambar rajah
projek yang disediakan.
2. Terapkan bata bagi lapisan pertama dengan menggunakan
benang. Uji kepersegian, pugak, aras, dan kelurusan diuji
dengan menggunakan alat aras spirit, tolok dan sesiku
pemidang.
3. Bina hujung tembok bagi lapisan pertama secara lentang
bata (sudut Belanda) dan kemudian secara baris.
4. Bina lapisan kedua pada hujung tembok secara lentang 3
bata kemudiannya tinggalkan kosong hanya pada bahagian
tengah sahaja dan penghujung dengan bata (Sudut Inggeris)
secara menegak.
5. Mencari ketegakan permukaan bata dengan menggunakan
spirit level atau menggunakan plum bob.
6. Mencari kerataan dinding menggunakan rod tolok dengan
cara meletakkan tolok pada permukaan bata, atau dengan cara
menggunakan benang.
7. Mengulangi kerja seperti di atas dengan berselang seli
antara lapisan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
8. Kerja-kerja pengakhiran membuat kerja-kerja kemasan
jointer dan pembersihan kawasan projek tersebut.
IKATAN RAKING
Ikatan raking digunakan pada pembinaan tembok tebal, panel, lantai
dan sebagainya. Ianya dibina dengan susunan yang berturut-turut pada
sisi bata iaitu dua belah tepi tembok dan mengisikan dalamnya dengan
bata yang bercorak tulang belut, penjuru, anyaman bakul ataupun
sesiku dalam kedudukan condong kearah dinding serta kecondongan
bertentangan dengan arah pada dinding. Manakala, susunan ikatan bata
jenis raking ini juga disusun di antara empat hingga lapan baris
mengikut ketinggian dinding yang dikehendaki serta ikatan ini
terbahagi kepada tiga bentuk iaitu :-
Ikatan Hearing bone
Sesuai untuk dinding yang tebal iaitu tidak kurang daripada
tebal 4 bata. Manakala, bata diletakkan pada 45 darjah dalam
dua arah dari pusat dan biasanya digunakan untuk pemasangan
bata jenis paving.
Ikatan Penjuru
Susunan batu bata lebih condong dalam satu arah sahaja dan
sudut kecondongan tersebut dipilih daripada hasil
pemotongan minimum batu bata yang paling sesuai untuk
dinding tebal 2 hingga 4 bata.
Ikatan Zig-Zag
Jenis ikatan yang sama dengan ikatan Hearing bone dan
susunan batu bata diletakkan dalam bentuk atau turutan zig-
zag serta biasanya ia diterima pakai di lantai bata yang
berturap.
Proses Pembinaan

1. Susunan batu bata diletakkan dimana-mana bahagian sisi yang


bersudut di antara 0 ataupun 90 darjah dalam turutan yang sama.
2. Susunan bata tersebut dapat membantu meningkatkan kestabilan
kecondongan atau membujur pada dinding tebal.
3. Kemudian, batu bata disusun dalam turutan yang condong pada
kecondongan 45 darjah mengikut jenis ikatan yang dikehendaki
seperti ikatan Hearringbone, ikatan Zig-zag dan ikatan Diagnol
( penjuru ).
KESIMPULAN
Kesimpulannya pelajar dapat mempelajari perbezaan susunan
ikatan bata mengikut jenis-jenis ikatan bata yang dibina
mengikut kesesuaian binaan. Dengan ini, pelajar juga dapat
memahami prinsip-prinsip ikatan bata, jenis-jenis ikatan bata,
bahan serta peralatan yang digunakan dan juga proses kerja-
kerja ikatan bata yang betul agar binaan akan menjadi lebih
kukuh.
SEKIAN, TERIMA KASIH