Anda di halaman 1dari 16

KUMPULAN 3 :

1) SAKINA NURUL ATIKA


2) HALIMATUS SAADIAH
1.1 KONSEP WACANA
HARIMURTI Satu satuan yang lengkap, tidak terbatas pada ayat semata-
KRIDALAKSANA
(1978) mata, meliputi satuan yang lebih besar.
Contoh : Dialog, perenggan, bab & sebagainya.

ASMAH HJ OMAR Unit atau satu satuan bahasa yang boleh terdiri daripada
(1980)
ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, siri, atau sebagainya.

Satu satuan bahasa yang lengkap, unit ujuran yang terbina


KONSEP WACANA daripada unit bahasa yang melebihi batas ayat.
Ia diujarkan dalam suatu konteks perlakuan bahasa yang
sebenar.
1.2 CIRI WACANA
KOHESI
a) Tautan atau hubungan yang gramatis antara unsur yang
membina sesebuah teks atau wacana.
b) Keserasian hubungan tersebut lazimnya dikenal pasti melalui
hubungan kata, frasa atau ayat.
c) Ciri kohesi bermaksud tautan atau hubungan aspek-aspek
leksikal dan ketatabahasaan yang serasi atau sesuai antara
bahagian atau unsur yang membina sesebuah wacana.
Contoh :
Pak Abu dan anaknya, Karim menanam sawi, dan
kangkung. Mereka menanam sayur-sayuran itu di kebun
mereka. Kebun mereka itu terletak tidak jauh dari rumah
mereka.

Wacana di atas dapat dilihat melalui dua aspek , iaitu aspek nahu (tatabahasa)
dan aspek leksikal (perkataan yang digunakan).
a) Aspek leksikal pula dapat dilihat pada penggunaan :
i. Penggunaan superordinat sayur-sayuran yang menggantikan nama sayur,
iaitu sawi dan kangkung.
ii. Pengulangan kata kebun , iaitu kebun yang sama , kebun Pak Abu dan
anaknya.
b) Hubungan dari aspek tatabahasa dapat dilihat pada
penggunaan :
Kata ganti nama diri orang ketiga (iaitu nya (dia) dalam
anaknya yang merujuk pada Pak Abu.
Kata ganti nama diri orang ketiga , mereka dalam Mereka
menanam di kebun mereka, dan rumah mereka.
Pada ketiga-tiga tempat itu , KGND mereka merujuk kepada Pak
Abu dan anaknya.
Kata ganti nama tunjuk digunakan pada dua tempat , iaitu
sayur-sayuran itu (itu merujuk kepada nama sayur ), dan
mereka itu, itu merujuk kepada kebun mereka .
1.2 ciri wacana
KOHERAN
a) Kesinambungan idea antara unit bahasa yang membentuk sesuatu
wacana.
Contoh :
Azim seorang guru Sejarah di sekolah itu. Dia mengajarkan subjek itu
sejak sembilan tahun yang lalu. Beliau merupakan guru Sejarah yang
berwibawa. Sejak dia mengajar di sekolah itu, prestasi subjek Sejarah
pelajar di sekolah itu meningkat.

Petikan di atas adalah jelas. Kandungan seluruh teks itu berfokus kepada
satu perkara sahaja, iaitu Azim sebagai guru Sejarah yang berwibawa.
Tidak ada ayat lain yang menyentuh hal lain.
1.2 ciri wacana
KOHESI & KOHERAN
a) Kohesi dan koheran dalam sesebuah wacana itu berkait rapat.
b) Sesebuah wacana yang penyampaiannya mempunyai kohesi, ia juga
akan memperlihatkan ciri koheran, iaitu idea atau kandungannya
berfokus kepada satu perkara.
Contoh :
Zulkarnain dan Ziana berasa gembira. Mereka telah bersepakat untuk
mendirikan rumah tangga. Kesepakatan mereka akan dimaklumkan
kepada ibu bapa mereka di kampung. Mereka berharap agar orang tua
mereka menyetujui hasrat mereka untuk berkahwin.
Petikan di atas menunjukkan ciri kohesi & koheran.

CIRI KOHESINYA
a) Adanya penggunaan aspek kenahuan seperti penggunaan kata ganti
nama diri mereka pada beberapa tempat.
b) Penggantian atau pengulangan leksikal atau kosa kata tertentu yang
berkaitan dan sesuai, seperti bersepakat-bersepakat, mendirikan rumah
tangga berkahwin, dan ibu bapa (mereka) : orang tua (mereka).

KOHERAN
a) Seluruh petikan membicarakan soal Zulkarnain dan Ziana yang mahu
berkahwin.
1.2 jenis penanda wacana

a) Penggunaan penanda wacana penting dalam pengucupan


dan penulisan.

b) Penggunaan penanda wacana yang betul & tepat mengikut


konteks amat penting dalam pembinaan sesebuah wacana
yang utuh.
Penanda penghubung
JENIS FUNGSI PENGHUBUNG CONTOH CONTOH AYAT
PENGHUBUNG
TAMBAHAN Menambah maklumat tambahan Tambahan pula Untuk menambah pendapatan, setiap
sesuatu perkara yang Selain itu hari Halim bekerja lebih masa. Selain
diperkatakan sebelumnya. Sehubungan dengan itu itu , dia melakukan pekerjaan lain.
TENTANGAN Pertentangan maklumat sesuatu Sebaliknya Sudah dua minggu dia tidak sihat.
perkara yang telah diperkatakan Akan tetapi Namun begitu, dia tetap pergi
sebelumnya. Namun begitu bekerja.
MUSABAB Penanda penghubung sebab Oleh yang demikian Keadaan ekonomi di negara kita tidak
berlakunya sesuatu. Oleh sebab itu menentu. Oleh itu, kita perlu
Oleh itu berbelanja secara rasional.
TEMPOH Masa atau siri berlakunya Kemudian Dia memberhentikan kereta di tepi
sesuatu. Selepas itu jalan itu. Kemudian , dia membuka
Pada awalnya pintu kereta, lantas berlari keluar.
KESIMPULAN Frasa yang digunakan untuk Pendek kata Ramai PATI di negara ini terlibat
merumuskan sesuatu yang telah Jelas sekali dengan kegiatan jenayah. Pendek
dinyatakan sebelumnya. Sebagai rumusan kata, masalah itu tidak mudah untuk
diselesaikan.
PENANDA RUJUKAN
a) Kata yang digunakan untuk merujuk sesuatu iaitu benda, perkara, tempat, atau
orang yang disebutkan dalam sesuatu wacana.
b) Terdiri daripada kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti
nama tunjuk tempat.
c) Contohnya : Kami, kita, mereka, dia, -nya, itu, ini, tersebut, di situ dan di sini.
Contoh :
Ali, Alif dan saya menaiki kereta ke Ipoh. Kami ke sana untuk menziarahi guru kami.
Beliau sekarang kurang sihat.
a) Kami merujuk Ali, Alif dan saya.
b) Ke sana merujuk Ipoh.
c) Beliau merujuk guru kami.
penanda penggantian
Frasa yang menggantikan kata, frasa atau klausa yang disebutkan
sebelumnya.

Contoh :

Suka berbohong dilarang oleh agama. Sifat itu boleh memakan


diri sendiri.

( Kata sifat menggantikan frasa suka berbohong )


Penanda leksikal
JENIS LEKSIKAL CONTOH

Pengulangan kata Itulah harapannya. Harapannya sejak kecil ; harapan yang


yang sama tidak pernah pudar.

Pengulangan kata Saya menonton cerita itu hingga tamat. Saya mengikutinya
bersinomin sampai akhir.

Pengulangan kata Dia ke kedai membeli pensel dan pembaris. Harga alat tulis itu
berhiponim berjumlah RM 3.
( pensel dan pembaris ialah hiponim, alat tulis (superordinat)
Kata berkolokasi Setiap hari ibu ke pasar. Ibu membeli sayur dan ikan.
penanda elipsis /pengguran
a) Penghilangan kata atau frasa atau klausa yang disebukan sebelumnya.
b) Penghilangan pendengar masih dapat memahami maksud seluruh wacana itu.

Contoh :

Kami sama-sama menuntut di Universiti Malaya. Tahun 1980


1083, di Fakulti yang sama. Dalam jurusan yang sama.

( Berlaku pengguguran frasa Kami sama-sama menuntut).


1.4 KESINAMBUNGAN IDEA DALAM WACANA

SEBAB & AKIBAT Dia menyiapkan kerjanya itu sehari suntuk. Dia terlalu
penat lalu tertidur.

SEBAB & HASIL Dia rajin bertanya dan membaca tentang bahasa.
Ilmunya tentang bahasa amat banyak.

LATAR & KESIMPULAN Rumah di atas bukit itu cukup cantik. Apa tidaknya,
rumah seorang arkitek ternama.

SEBAB & TUJUAN Karim ke Mekah dalam masa sebulan lagi. Dia mahu
menunaikan ibadah umrah.
SYARAT & HASIL Kita perlu berdedikasi dalam kerjaya kita. Insya-Allah
kita akan mendapat keberkatan.

PERBANDINGAN Lawak Ali memang kelakar. Lawak Alif lagi kelakar.

Sungguh kejam orang itu. Dipukulnya pembantunya


MEMPERKUAT ISI itu dibunuh.
Ayat kedua memperkuat maksud kejam.

ADITIF ( MAKLUMAT Kakinya luka kerana terpijak paku. Paku itu pendek
TAMBAHAN) dan berkarat.
Maklumat tambahan pada perkataan paku.

Anda mungkin juga menyukai