Anda di halaman 1dari 9

MODEL PENGURUSAN BILIK

DARJAH THOMAS GORDON


KONSEP

Pengurusan disiplin yang berkesan tidak boleh dicapai melalui


paksaan, ganjaran dan hukuman.
Pengurusan disiplin yang berkesan melalui pembentukan kemampuan
mengawal diri sendiri yang berlaku secara intrinsik dan dalaman.
Fokus utama: Membantu murid memupuk kawalan diri.
Gordon berpendapat bahawa pembentukan mekanisme kawalan diri
murid ini boleh dibuat dengan bantuan guru agar murid berpeluang
mengawal perlakuan mereka sendiri dan mampu berdikari, guru
harus mengurangkan kawalan terhadap murid mereka.
Menurut Gordon, semakin bertambahnya kuasa digunakan untuk
mengawal orang lain, semakin kurang pengaruh kita terhadap
perlakuan orang tersebut.
APLIKASI MODEL PENGURUSAN BILIK DARJAH
THOMAS GORDON
Tetingkap tingkah laku
i-Mesej
Penyelesaian konflik tanpa kalah
Pendengaran aktif
Tetingkap Tingkah Laku
Dikenalkan pada awal 1960-an.
Rangka kerja awal membahagikan pandangan ibu bapa terhadap
tingkah laku kanak-kanak secara keseluruhan yang menunjukkan
penerimaan dan penolakan tingkah laku kanak-kanak.
Kemudian, model dimasukkan dengan peringkat penerimaan dan
penolakan tetapi matlamatnya adalah untuk menentukan pandangan
ibu bapa terhadap sebuah situasi yang mempengaruhi penerimaan
tingkah laku dan bagaimana penerimaan bleh berubah.
Di dalam kelas, tetingkah tingkah laku direka untuk membantu guru
mengenali masalah yang mengganggu P&P dalam bilik darjah dan
menentukan di mana datangnya masalah tersebut.
Pendengaran Aktif
Menggunakan pendengaran secara aktif sebagai strategi untuk komunikasi
antara pelajar dan guru.
Strategi pendengaran aktif digunakan apabila masalah itu datang dari
pelajar.
Memberikan peluang kepada pelajar untuk meluahkan perasaan.
Sebagai contoh, jika pelajar tidak menyiapkan tugasan secara rutin, guru
akan bertanya kepada secara peribadi dan mendengar luahan hati pelajar.
i-Mesej
Apabila masalah datang daripada guru, strategi i-Mesej digunakan.
(kerana gangguan daripada pelajar)
Dalam strategi ini, guru akan menyampaikan kepada pelajar tanpa
menyalahkan dengan cara yang adil bagaimana pelajar itu
menyebabkan masalah kepada guru.
Prinsip di sebalik strategi ini akan membangkitkan perasaan hormat
kepada guru.
Sebagai contoh: I am very disappointed with you guys. Ive made by
plans on how to teach you today but you didnt show me any
commitments of studying.
Penyelesaian Konflik Tanpa Kalah
Apabila strategi pendengaran aktif dan i-Mesej tidak berjaya, Gordon
mengenalkan strategi penyelesaian konflik tanpa kalah.
Mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pelajar dan guru.
Strategi ini perlu dilakukan dengan bahasa bilik darjah dan sebelum apa-apa
masalah lain berlaku.
Pelajar perlu tahu bahawa kesalahan itu tidak datang dari mereka, keperluan
mereka akan didengar dan akan dipertimbangkan oleh guru.
Langkah-Langkah Penyelesaian Konflik Tanpa Kalah
Menentukan keperluan guru dan pelajar
Sumbangsaran penyelesaian
Menilai penyelesaian
Pilih penyelesaian
Melaksanakan penyelesaian
Menyemak keputusan