Anda di halaman 1dari 30

Pembentukan sistem kerajaan Asia

Tenggara pada zaman tradisional telah


dibentukkan hasil penyerapan pengaruh-
pengaruh luar ke dalam suatu teras yang
bersifat asli.

Pengaruhutama ini termasuk agama Hindu,


Buddha Theravada, Islam dan faham Neo-
Konfusianis.

Pengaruhini banyak terdapat dalam sistem


pentadbiran dan budaya istana.
Terdapatjuga unsur-unsur kedua-dua
agama ini telah digabungkan.

Oleh itu ramai sarjana merujuk kepada


tradisi Hindu-Buddha dalam sistem
kerajaan Asia Tenggara.

Setelah
negara kepulauan memeluk Islam
upacara istana dan amalan dari zaman
Hindu-Buddha tidak hilang sama sekali.
Pengaruh India yang meresapi Asia Tenggara sejak abad ke-5 SM, telah
membentuk landasan sistem politik keseluruhan wilayah ini kecuali
Vietnam dan Filipina.
Pengaruh agama utama yang datang kemudian telah membawa
pengubahsuaian, adaptasi dan asimilasi terhadap sistem sebelumnya
berdasarkan keperluan masing-masing.
Ahli-ahli sejarah telah merujuk negara Asia Tenggara mengikut tradisi
agama yang paling menonjol;

BUDDHA THERAVADA
ISLAM
Burma, Siam,
Indonesia
Kampuchea, Laos

PENGARUH
LUAR

KONFUSIANISME KRISTIAN
Vietnam Filipina
Konsep asas yang menjadi teras sistem politik berbentuk
Hindu-Buddha ialah POLITI GALAKTIK , satu istilah yang
telah dicipta oleh S.J. Tambiah.
Asas Politi Galaktik;

Pegangan kepada angka


Kepercayaan wujud
33 yang mewakili 33
keselarian antara
dewa yang mendiami
makrokosmos dan
syurga di puncak
mikrokosmos
Gunung Meru.

Devaraja / Devine
Mandala
Kingship
Kuasa ini boleh membawa kemakmuran atau
bencana bergantung kepada setakat mana
sesuatu masyarakat, terutamanya raja, berjaya
menjalankan kegiatannya secara berharmoni
dengan dunia semesta.

Kesejahteraan sesuatu negara boleh dicapai


dengan menyusunkannya dalam bentuk yang
sesuai dengan dunia semesta.

Dalam doktrin Hindu (Brahmin) mahupun


Buddha, dunia ini digambarkan dalam bentuk
bulatan sepusat dengan Gunung Meru di
tengah-tengahnya.
Dalam alam duniawi pula, kerajaan (kingdom)
dan ibu kota, sebagai mikrokosmos, juga
dibentukkan sedemikian dengan istana atau
quil sebagai Gunung Merunya.

Istana sebagai Gunung Meru mikrokosmos,


dianggap tempat yang suci dan sesiapa yang
mendekatinya mesti menunjukkan
penghormatan.

Pengesahan kuasa raja juga datang daripada


taraf baginda sebagai penghuni istana.

Sekiranya pemberontak berjaya menduduki


istana, mereka boleh mengisytiharkan bahawa
seluruh empayar itu telah ditakluki.
Lantaran itu, misalnya terdapat dalam kalangan raja
Burma dan Siam enggan meninggalkan istana mereka.

Sikap ini pula membawa kerugian kerana raja tidak


menerima gambaran yang tepat tentang kedudukan
dalam negeri.

Akibatnya semua matlumat disampaikan kepada mereka


melalui saluran yang tidak langsung, dan kadang-kadang
maklumat itu dipalsukan pula.

Oleh sebab itu, keupayaan mereka mempengaruhi


perkembangan di luar istana amat terhad.
Prinsip
kosmologi Hindu-Buddha yang
sering memandu susun atur negara dan
amalan pihak pemerintahan ialah pegangan
kepada angka 33 yang mewakili 33 dewa
yang mendiami syurga di puncak Gunung
Meru.

Justeruitu, kerajaan-kerajaan di Tanah


Besar Asia Tenggara terutamanya, sering
dibahagikan kepada 32 wilayah dan raja
sebagai Indra (menepati jumlah 33 dewa
tersebut).
Begitujuga, kerajaan Mon (Burma)
dibahagikan kepada tiga wilayah dan setiap
wilayah ini mengandungi 32 pekan di
samping ibukota wilayah, dan dengan itu
akur kepada angka 33.

Skema ini juga dibayangkan dalam amalan


diraja seperti raja utama yang diiringi oleh
32 orang putera raja, pengambilan 33
permaisuri daripada 33 keturunan yang
berlainan, pemilikan 33 gajah puteh dan
sebagainya.
Kosmologi
India pula berasaskan gandaan
empat yang mewakili empat arah utama.

Pematuhan kepada prinsip ini dicerminkan


dalam susun atur ibu kota dan juga dalam
hirarki pemerintahan.

Contohnya, raja sering mempunyai empat


permaisuri utama dan empat permaisuri
rendah.

Empat orang menteri utama dilantik untuk


tugas-tugas khas disamping menguasai
empayar berkenaan.
Terdapatempat ketua menteri (wun-gyi)
dalam kerajaan Burma (Ava).

Di
Siam terdapat empat (senabodi)
daripada enam menteri telah dipertugaskan
untuk menjaga wilayah tertentu.

Menteri-menteriini ialah kalahom,


mahattai, phraklang, dan krom muang.
Menurut agama Hindu, raja dianggap
sebagai penjelmaan dewa, kebanyakan
percaya dewa Siva, seperti yang dipercayai
di Jawa dan Kampuchea purba.

Baginegara yang menerima pengaruh


Buddha Theravada yang tidak menerima
konsep penjelmaan itu menganggap raja
telah dianugerahi wahyu berdasarkan
"karma" dan jasa kepada agama mereka
dalam kehidupan sebelumnya.
Sebagaipengantara antara makrokosmos
dan mikrosmos, dan sebagai dhammaraja
tugas utama raja dianggap sebagai
pemelihara dan pemulih ketenteraman
serta pencegahan bencana sosial seperti
wabak, kemarau dan banjir.

Tugasini dilakukan dengan memenuhi


pelbagai upacara serta pengumpulan pahala
(merit) yang dipanggil hpon di Burma dan
bun di Siam.
Antarakewajipan-kewajipan raja ialah
berfungsi sebagai penaung dan
pengembang agama, menjamin pengekalan
adat resam.

Rajayang mempunyai banyak pahala akan


mendatangkan keamanan dan kesuburan
kepada negaranya, manfaat seperti ini yang
dinikmati oleh rakyat jelata akan memberi
pengesahan kepada pemerintahannya.

Walaupunkonsep devaraja telah


mengurniakan kuasa mutlak kepada raja,
baginda masih boleh dicabar.
Hura-hara,bencana alam dan penyakit
dianggap sebagai tanda bahawa raja tidak
mempunyai moral yang tinggi atau
keupayaan memerintah.

Dalam kedudukan ini, pemberontakan oleh


rakyat adalah dibenarkankan. Oleh sebab
itu gerakan "millenarian" sering muncul.

Rajajuga berperanan sebagai cakkavatti


atau raja sejagat yang didakwa sebagai
pemerintah yang terulung di dunia dan
justeru itu semua manusia harus patuh
kepada baginda.
Cakkavatti perlu membuktikan kehandalannya
sebagai penakluk dunia melalui kemenangan
ketenteraan yang berterusan.

Satu lagi unsur Buddha Theravada yang telah


menyederhanakan kemutlakan raja ialah kewujudan
segolongan rahib (sangha) yang dianggap berupaya
mengawal kuasa raja berdasarkan teladan dan ajaran
mereka.

Pengetahuan sangha ini dalam bidang kosmologi juga


merupakan suatu faktor yang memperkuatkan
pengaruh mereka dalam bidang politik.

Pengaruh mereka telah menjadi begitu kuat di Siam


menjelang separuh kedua abad ke-18 sehingga
didapati bahawa raja Siam tidak dapat memerintah
tanpa restu sangha.
Di Siam dan Burma setiap lelaki diwajibkan tinggal di
biara untuk mendalami pengetahuan agama, anak
raja atau golongan bangsawan tidak terkecuali.
Terdapat juga anak raja yang memegang jawatan
tinggi dalam hierarki sangha.

Terdapat juga ketegangan dan persaingan antara


sangha, terutamanya dari segi penguasaan tenaga
manusia dan pengutipan hasil.

Sangha juga tidak lagi menghadkan perhatian mereka


kepada kegiatan dan upacara kraton tetapi telah
meresapi semua aspek kehidupan kaum petani.

Kuil-kuil telah menjudi pusat pendidikan dan kegiatan


sosial di kawasan desa dan rahib ini semakin terlibat
dalam permasalahan di desa dan bertindak sebagai
pemimpin.
Konsepsi bahawa wilayah di bawah penguasaan
seseorang raja merupakan sebuah mandala.

Mandala ini biasanya mengandungi tiga bulatan


sepusat yang mewakili wilayah-wilayah yang
menerima darjah penguasaan yang berlainan.

Di tengah-tengah mandala ialah ibu kota dan


kawasan di bawah penguasaan langsung raja.

Di sekelilingnya ialah wilayah-wilayah yang


diperintah oleh putera-putera dan gabenor-
gabenor yang dilantik oleh raja.
Di sekeliling wilayah-wilayah ini pula ialah
jajahan-jajahan takluk yang terikat kepada
kuasa pusat melalui hubungan penguftian.

Jelas bahawa penguasaan raja terhadap wilayah-


wilayah ini semakin lemah dengan jarak yang
semakin jauh antara wilayah itu dengan ibu
kota.

Konsep mandala ini adalah secocok dengan


konsep bahawa kuasa diraja berpancar dari
sesuatu pusat, iaitu istana atau ibu kota.

Oleh sebab itulah kerajaan-kerajaan zaman


tradisional dinamakan mengikut ibu kotanya.
Susunan mandat ini kelihatan dalam kerajaan Ayuthya
seperti digambarkan oleh Abu Talib seperti di bawah:

"Di pusat bulatan-bulatan ini terdapat ibu kota dan di


tengahnya istana raja. Kawasan ibu kota ini dikelilingi
oleh wilayah diraja yang dikuasai secara terus oleh raja
dari istananya. Di bulatan yang kedua pula yakni di empat
sudut utama (timur, barat, selatan dan utara) terdapat
muang atau provinsi yang diperintah oleli anak-anak raja
ataupun keturunan mereka. Wilayah yang diperintah oleh
anak-anak raja boleh disifatkan sebagai negeri-negeri yang
hampir bebas tetapi dianggap juga sebagai mempunyai
taraf anak-anak kepada provinsi ibu kota. Wilayah ini
merupakan pemberian daripada raja yang memerintah dan
berikutnya ditadbirkan dengan cara yang sama seperti
yang dilakukan di wilayah diraja (ibu kota). Di samping
itu anak-anak raja juga perlu memberikan kejasama
kepada ayah mereka dari segi pertahanan bersama dan
penaklukan.
Di luar daripada kedua-dua bulatan ini terdapat pula
bulatan ketiga yang mengandungi negeri-negeri yang
bebas tetapi apabila negeri-negeri ini ditakluk,
negeri-negeri itu dikehendaki membayar ufti.

Ringkasnya, di bulatan ketiga ini tidak terdapat


penguasaan politik dari pusat secara terus tetapi
sebaliknya huhungan di mana wilayah mengakui
ketuanan pusat.

Contohnya di Siam, kerajaan Patani dan Isan adalah


termasuk dalam hubungan seperti ini.

Susunan ini telah dirombak pada awal zaman


Bangkok, dengan jumlah muang ditingkatkan dan
muang ini pula dikelaskan mengikut kepentingan
mereka kepada istana.
Sehubungan dengan konsep mandala ini didapati bahawa
kerajaan-kerajaan ini tidak menpunyai birokrasi yang
kukuh, terutamanya untuk menguruskan hal-hal wilayah.

Walaupun wujud susunan kementerian mengikut tugas,


pembahagian tugas itu tidak begitu jelas atau ketat.

Aspek yang lebih menonjol ialah penguasaan wilayah-


wilayah tertentu oleh putera-putera raja atau pembesar-
pembesar.

Umpamanya, di negara Siam walaupun mengikut


pembahagian tugas, Kalahom bertanggungjawab untuk hal-
hal tentera sementara Mahatthai bertanggungjawab untuk
hal-hal awam, mereka lebih dikenali sebagai ketua wilayah
untuk bahagian selatan dan bahagian utara masing-masing.
Penguasaanwilayah oleh putera-putera raja
dan pembesar sering bertelagah dalam
hubungan antara pusat dan wilayah.

Contohnyaapabila putera-putera raja atau


pembesar-pembesar ini menggunakan asas
kekuatan mereka di wilayah untuk mencabar
kuasa pusat.

Kesimpulannya, pemerintahan dalam politi-


politi ini adalah lebih berlandaskan
perhubungan pengufitan daripada kawalan
kewangan dan kehakiman.
Dari
segi teorinya raja memiliki semua tanah,
mempunyai hak memungut cukai dan
memegang kuasa pengadilan terulung.

Tetapi dari segi amalan, corak penentuan


kuasa, pengerahan tenaga manusia,
pungutan cukai dan ganjaran tersebar di
kalangan pembesar.

Inibermakna bahawa sistem sebenar yang


wujud itu tidak bersifat terpusat atau
birokratik.
Dinamika-dinamika organisasi politik
ditentukan oleh:

perikatan yang pasang-surut


penguasaan wilayah yang berubah
perebutan takhta
pemberontakan yang kerap.

Ibu
kota dan istana yang berubah itu
bukanlah merupakan pusat yang mempunyai
sempadan yang tetap (atau jelas) tetapi
sebaliknya merupakan kawasan yang
berkembang atau mengecil penguasaannya.
Walaupun retorik dan ideologi menegaskan
raja berkuasa mutlak, tetapi hakikatnya ialah
kewujudan pusat kekuasaan menyebabkan
mereka saling bertandingan.

Keupayaan raja mengawal sumber ekonomi


dan mengumpul kekayaan serta pengagihan
semula kepada para pembesar dan pengikut
merupakan elemen utama untuk
mengekalkan ketaatan mereka dan
selanjutnya menjamin perpaduan negara.

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai