Anda di halaman 1dari 10

Liberalisme

Hold the basic, equality of all human being-manusia


mempunyai kesempatan yang sama, di dalam segala bidang
kehidupan baik politik, sosial, ekonomi dan kebudayaan.
Sejarah Pendekatan atau teori liberalisme telah mula
berkembang semenjak zaman peradaban Greek dan latin lagi.

Berasal daripada istilah Libertas, yang bermaksud kebebasan.

Liberalisme merangkumi pemikiran dan falsafah tentang hal


yang berkait kebebasan maksimum individu daripada sebarang
kawalan kerajaan.
Liberalisme dalam Hubungan Antarabangsa
Liberalisme dihuraikan dalam hasil penulisan tentang hubungan
Antarabangsa sebagai satu tradisi pemikiran yang sarat dengan
optimisme.
Pendekatan liberalisme yang berteraskan kepercayaan bahawa
manusia pada hakikatnya adalah baik.
Manusia yang berlimu beradap dan diberi persekitaran yang sesuai
boleh hidup dengan aman dan dapat bekerjasama dalam sebuah
masyarakat yang berpegang kepada undang-undang dan peraturan
yang dipersetujui oleh masyarakat.
Bagi pendukung teori ini isu moral perlu diberi perhatian.
Selain itu perkara-perkara yang ditekankan ialah undang-
undang antarabangsa , organisasi antarabangsa selain
pengunaan kuasa semata-mata.
Pemikiran liberalis ini ketara sekali kehadiranya pada era
diantara dua perang dunia pada tahun 1920 hingga 1930an,
satu eksperimen yang diharapkan boleh membawa keamanan
sejagat ialah penubuhan liga Bangsa-Bangsa.
Antara tokoh liberalisme ialah Immanuel Kant, Mo Ti dan Woodrow
Wilson.
Para sarjana liberal dan pemimpin negara liberal telah membahaskan
bahawa kerjasama antarabangsa dan mengelakkan keganasan adalah
paling baik untuk negara sendiri dan lebih rasional untuk dicari.
Pandangan aktor adalah tidak bersifat unitari.
Kelebihan
1. Menumbuhkan inisiatif dan kreativiti masyarakat dalam mengatur kegiatan ekonomi.
Masyarakat tidak perlu menunggu arahan dari pemerintah.
2. Setiap individu bebas untuk memiliki sumber-sumber ekonomi. Hal ini mendorong
penglibatan masyarakat dalam bidang ekonomi.
3. Timbul persaingan untuk maju kerana kegiatan ekonomi sepenuhnya diserahkan kepada
masyarakat.
4. Menghasilkan barang-barang bermutu tinggi, kerana barang yang kurang bermutu tidak akan
laku di pasar.
5. Efisiensi dan kesan yang tinggi kerana setiap tindakan ekonomi didasarkan atas motivasi
mencari keuntungan.
6. Pengawalan masyarakat secara bebas. Berita-berita ataupun ulasan yang dibuat dalam media
massa dapat mengandung kritik-kritik tajam, baik ditujukan kepada perseorangan lembaga
atau pemerintah
7. Masyarakat dapat memilih parti politik tanpa ada gangguan dari siapapun.
Kelemahan
1. Oleh kerana persaingan bersifat bebas, pendapatan jatuh kepada pemilik
modal atau majikan. Sedangkan golongan pekerja hanya menerima
sebahagian kecil dari pendapatan. (sehingga yang kaya makin kaya, yang
miskin makin miskin.)

2. Sering muncul monopoli yang merugikan masyarakat.

3. Oleh sebab penyelenggaran dilakukan oleh pihak swasta, pemerintah


susah untuk mengadakan dan memberikan kawalan. Sehingga media
komunikasi dan media massa sangat efektif menciptakan imej di
masyarakat sesuai dengan kepentingan swasta.
Konstruktivisme
Merupakan teori Alternatif kepada liberalisme dan
realisme.
Mengekalkan kritikal skeptisisme Pascamoden
terhadap asumsi atau andaian realis dan liberalis.
Mengfokuskan kepada pembanggunan teori di mana
kepentingan negara identitinya berasal.
Mengandaikan bahawa budaya yang kompleks
membentuk kelakuan atau perwatakan sesebuah
negara berdasarkan keselamatan antarabangsa dan
kekuatan ketenteraan
Konstruktivis cuba untuk mengantikan realism dengan
oversimplified tanggapan tentang kepentingan negara
dengan menekankan unsur budaya kompleks dan model
linguistic (bahasa).

Mempercayai bahawa sifat semulajadi manusia adalah


baik (tabula rasa), tetapi boleh dipengaruhi oleh
persekitaran sosial.

Michael Barnett menggambarkan hubungan antarabangsa


teori konstruktivis sebagai idea-idea tentang bagaimana
menentukan struktur antarabangsa, bagaimana struktur
ini mendefinisikan kepentingan dan identiti negara-negara
dan bagaimana negara-negara dan aktor bukan-negara
menghasilkan (reproduce) semula struktur ini
Prinsip utama dari Konstruktivisme adalah keyakinan
bahawa "politik Antarabangsa dibentuk oleh idea-idea
persuasif, nilai-nilai kolektif, budaya, dan sosial identiti
". Konstruktivisme berpendapat bahawa realiti
antarabangsa secara sosial dikonstruksi oleh struktur
kognitif yang memberi makna terhadap dunia material.

Contoh : hiburan misalnya Hollywood secara persuasif


cuba membentuk nilai-nilai masyarakat amerika dan dunia
melalui filem-filem yang ditayangkan dengan menekankan
unsur budaya dan sosial Amerika Syarikat untuk
mempengaruhi masyarakat dan pembuat dasar.

Jurnal :
http://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA81/j
ademik-81-04-lock.pdf