Anda di halaman 1dari 14

DASAR KEWANGAN

a)

Dasar kewangan ialah langkah-langkah bank pusat untuk mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui kawalannya terhadap bekalan wang dan kadar bunga. Boleh dibahagikan kepada:
Dasar kewangan kuantitatif iaitu langkah-langkah bank pusat mempengaruhi bekalan wang dan kadar bunga Dasar kewangan kualitatif, iaitu langkah-langkah bank pusat mempengaruhi bentuk pinjaman dan pelaburan bank-bank perdagangan.
rosse/PPISMP sem 3

b)

8/17/2010

DASAR KEWANGAN

Pada masa inflasi, perbelanjaan agregat melebihi penawaran agregat. Pelaksanaan dasar kewangan menguncup yang menyebabkan pengurangan bekalan wang dan kenaikan kadar bunga dapat mengurangkan pelaburan dan perbelanjaan agregat sehingga mencapai keseimbangan dengan penawaran agregat untuk menutup lompang inflasi. Pada masa deflasi, perbelanjaan agregat kurang daripada penawaran agregat. Pelaksanaan dasar kewangan mengembang yang menyebabkan pertambahan bekalan wang dan kejatuhan kadar bunga dapat menambahkan pelaburan dan perbelanjaan agregat sehingga mencapai keseimbangan dengan penawaran agregat untuk menutup lompang deflasi.
rosse/PPISMP sem 3

8/17/2010

DASAR KEWANGAN KUANTITATIF


A.

Mengubah Kadar Bank

- Kadar bank ialah kadar faedah pinjaman yang dikenakan oleh bank pusat terhadap bank-bank perdagangan. - pada masa inflasi, bank pusat akan menaikkan kadar bank.Ini akan meninggikan kos pinjaman yang ditanggung oleh bank-bank perdagangan. - kadar faedah akan mengurangkan kemampuan pelabur untuk meminjam. Kesannya pelaburan akan berkurangan. - seterusnya tingkat guna tenaga akan jatuh dan permintaan aggregat berkurangan. - keadaan ini menurunkan tingkat harga umum. Akhirnya 8/17/2010 inflasi dapat diatasi. rosse/PPISMP sem 3

DASAR KEWANGAN KUANTITATIF


A.

Mengubah Kadar Bank


- pada masa deflasi, bank pusat akan menurunkan
kadar bank. Ini akan merendahkan kos pinjaman yang ditanggung oleh bank-bank perdagangan. - bank perdagangan akan menurunkan kadar faedah pinjaman yang dikenakan terhadap peminjam. - penurunan kadar faedah akan menambah kemampuan para pelabur untuk meminjam dan menggalakkan pelaburan. - seterusnya tingkat guna tenaga meningkat dan permintaan agregat bertambah. Akhirnya deflasi dapat diatasi.

8/17/2010

rosse/PPISMP sem 3

DASAR KEWANGAN KUANTITATIF

B. Operasi Dalam Pasaran Terbuka


- tindakan bank pusat menjual beli bil perbendaharaan dan
bon kerajaan di pasaran modal dikenali sebagai operasi dalam pasaran terbuka. - pada masa inflasi, bekalan wang dalam ekonomi harus dikurangkan. Bank pusat akan menjual bil perbendaharaan/ bon kerajaan kepada institusi kewangan (termasuk bank perdagangan) dan orang ramai. - tindakan ini akan mengurangkan dana boleh pinjam bankbank perdagangan dan jumlah wang yang boleh dibelanjakan oleh orang ramai. Kesannya bekalan wang dalam ekonomi dan jumlah pelaburan serta permintaan agregat dikurangkan. - akhirnya tekanan inflasi dikurangkan. 8/17/2010 rosse/PPISMP sem 3

DASAR KEWANGAN KUANTITATIF

B. Operasi Dalam Pasaran Terbuka


- pada masa deflasi, bekalan wang dalam ekonomi harus ditambahkan. Bank pusat akan membeli bil perbendaharaan/ bon kerajaan daripada institusi kewangan dan orang ramai. - tindakan ini akan menambahkan dana boleh pinjam bank-bank perdagangan dan jumlah wang yang boleh dibelanjakan oleh orang ramai. - kesannya, bekalan wang dalam ekonomi dan jumlah pelaburan serta permintaan agregat turut bertambah. Akhirnya masalah deflasi diatasi.
8/17/2010 rosse/PPISMP sem 3

DASAR KEWANGAN KUANTITATIF


C. Mengubah Nisbah Rizab dan Mengubah Nisbah Harta Cair
- kejayaan dasar kewangan kuantitatif melalui perubahan kadar bank dan operasi dlm pasaran terbuka adalah ditentukan oleh keadaan lebihan rizab bank-bank perdagangan. - pada masa inflasi,bank-bank perdagangan boleh membeli bil perbendaharaan dgn lebihan rizab dan tidak perlu mengurangkan jumlah deposit semasa yang dicipta. - oleh itu bekalan wang dalam ekonomi tidak dikurangkan. Akhirnya dasar kenaikan kadar bank dan operasi menjual bil perbendaharaan/ bon kerajaan di pasaran terbuka gagal.
8/17/2010 rosse/PPISMP sem 3

DASAR KEWANGAN KUANTITATIF


C. Mengubah Nisbah Rizab dan Mengubah Nisbah Harta Cair
- apabila terdapat banyak lebihan rizab dalam bank-bank perdagangan, langkah bank pusat yang paling berkesan untuk mengatasi inflasi ialah menaikkan nisbah rizab berkanun dan nisbah harta cair. - pada masa deflasi, nisbah rizab berkanun dan nisbah harta cair perlu diturunkan oleh bank pusat untuk meningkatkan keupayaan bank-bank perdagangan memberi kredit dan seterusnya menambahkan pelaburan dalam negara. Akibatnya bekalan wang dalam ekonomi bertambah dan deflasi di atasi.

8/17/2010

rosse/PPISMP sem 3

DASAR KEWANGAN KUANTITATIF

D. Funding
- merupakan langkah bank pusat mengurangkan pengeluaran sekuriti kerajaan jangka pendek dan menambah pengeluaran sekuriti kerajaan jangka panjang bagi tujuan melawan inflasi. - funding melambatkan penjualan sekuriti kerajaan oleh bank-bank perdagangan dan orang ramai kerana tindakan ini memanjangkan tempoh matang sekuriti kerajaan. Akibatnya, bekalan wang dalam ekonomi dikurangkan dan inflasi di atasi.

8/17/2010

rosse/PPISMP sem 3

DASAR KEWANGAN KUALITATIF

A. Kredit Terpilih
- bank pusat memainkan peranan penting dalam menentukan jenis-jenis pinjaman yang patut dikurangkan pada masa inflasi atau ditambahkan pada masa deflasi melalui kawalannya terhadap kredit ansuran, gadai janji dan keperluan margin.

8/17/2010

rosse/PPISMP sem 3

DASAR KEWANGAN KUALITATIF: Kredit Terpilih


a) Kawalan Kredit Ansuran
- pada masa inflasi, bank pusat akan menghalang orang ramai daripada membeli kereta secara kredit ansuran dengan meninggikan kadar pinjaman pendahuluan minimum, mengurangkan jumlah pinjaman dan memendekkan tempoh bayaran balik kredit ansuran. - langkah bank pusat tersebut akan mengurangkan kemampuan orang ramai untuk membeli kereta secara kredit ansuran. - keadaan adalah sebaliknya pada masa deflasi.

8/17/2010

rosse/PPISMP sem 3

DASAR KEWANGAN KUALITATIF: Kredit Terpilih

b) Kawalan Gadai Janji


- pada masa inflasi, bank pusat akan menyekat orang ramai daripada membeli harta tetap secara gadai janji, misalnya rumah dan tanah. - bank pusat akan mengetatkan syarat-syarat gadai janji untuk mengurangkan keupayaan orang ramai membeli harta tetap tersebut. - keadaan sebaliknya pada masa deflasi.

8/17/2010

rosse/PPISMP sem 3

DASAR KEWANGAN KUALITATIF: Kredit Terpilih

c) Kawalan Keperluan Margin


- pada masa inflasi, bank pusat akan menghalang orang ramai daripada membeli saham untuk tujuan spekulasi. - bank pusat akan meninggikan keperluan margin supaya mengurangkan jumlah pinjaman yang dibenarkan kepada spekulator. - keadaan sebaliknya pada masa deflasi

8/17/2010

rosse/PPISMP sem 3

DASAR KEWANGAN KUALITATIF


B. Pembujukan Moral
- bank pusat melakukan pembujukan moral dengan memberi nasihat kepada bank-bank perdagangan agar menjayakan langkah-langkah kewangan yang sedang dilaksanakan oleh bank pusat bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu. - pada masa inflasi, bank pusat akan memujuk bank-bank perdagangan supaya mengurangkan jumlah pinjaman untuk tujuan spekulasi - pada masa deflasi, bank pusat akan memujuk bank-bank perdagangan supaya menambahkan pinjaman kepada sektor-sektor ekonomi tertentu yang dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. - kejayaan pembujukan modal bergantung kepada kerjasama daripada bank-bank 3perdagangan. rosse/PPISMP sem

8/17/2010