Pendekatan pencegahan
Pendekatan krisis
Pendekatan pemulihan
Pendekatan Pengembangan
Definisi:
Pendekatan pemberian layanan bimbingan dan kaunseling yang
menekankan pada nilai moral, sikap dan pengalaman agar berhasil
dalam akademik, kerjaya dan kehidupan peribadi sosial.
Kaunselor akan merancangkan program bimbingan dan kaunseling
yang sesuai dengan tahap perkembangan klien sehingga dia memiliki
kesempatan yang seluas-luasnya untuk memperoleh pengetahuan,
ketrampilan dan pengalaman yang diperlukan dalam hidupnya.
Contoh :
Bidang Psikososial dan Kesejahteraan Mental
GBK menganjurkan mengadakan taklimat-taklimat atau ceramah-ceramah
yang bertema agama Islam agar murid Islam dapat menerapkan nilai dan
moral yang disampaikan seterusnya mengukuhkan pegangan agama
mereka dalam kehidupan.
Murid melalui aktiviti bimbingan ini akan dapat belajar dengan niat ibadah
dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah sehingga dalam kehidupan
sehari-hari peserta didik senantiasa mensucikan jiwanya dengan akhlak
yang baik.
Dengan inilah murid akan mempunyai jati diri yang lebih kukuh dan
berkembang dengan lebih holistik.
Di sini, perlu diingati guru sebagai role model kepada anak murid.
Pendekatan Pencegahan
Definisi :
Pendekatan pencegahan adalah bimbingan yang diarahkan untuk
menjangka masalah-masalah umum yang bakal dihadapi oleh individu
dan menghalang terjadinya masalah tersebut pada individu.
Teori Al-Ghazali banyak berunsurkan kepada kasih sayang, jadi
kaunselor akan banyak menggunakan pendekatan Al-Quran sebagai
panduan untuk menasihati.
Menurut Teori Al-Ghazali, adalah dibenarkan untuk menasihati
antaranya penyakit psikateri.
Pengetahuan akan disampaikan kepada murid dalam perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling untuk mencegah masalah.
Lima langkah yang biasa digunakan untuk
mencegah kemerosotan akhlak murid
(1) Tazkiyyah al-Nafs atau pembersihan jiwa
(2) Mujahadah atau melawan hawa nafsu
(3) Melazimi amalan kebaikan
(4) Membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk
(5) Muraqabatullah atau pengawasan diri terhadap Allah SWT
(al-Ghazali, 2003:10).
(1) Tazkiyyah al-Nafs atau pembersihan jiwa
Dari segi istilah, tazkiyyah mengandungi makna suatu usaha gigih dan
bersungguh-sungguh untuk membersih dan menyucikan diri
seseorang manusia dari sifat-sifat buruk dan keji (mazmumah) yang
menjadi penghalang kepada penyuburan akhlak mulia (mahmudah)
seseorang insan (Ansari, 1983:11)