Anda di halaman 1dari 8

Tema: Pasar Raya Besar

Tugasan :
Kelebihan dan keburukan
Dalam negara meniti arus
kemodenan ini, banyak pasar raya yang
telah diwujudkan di pusat bandar dan di
kawasan pekan. Nama pelbagai pasar
raya besar atau hypermarket kini sering
menjadi topik perbualan rakyat Malaysia.
Antara pasar raya besar yang tersohor di
Malaysia termasuklah Giant, MyDin, Tesco
dan Ikea yang berkembang pesat, bagai
cendawan tumbuh selepas hujan.
Dalam pada itu, semua pasar raya ini
bersaiz mega kerana menyediakan
pelbagai keperluan kepada pengguna
waima untuk mendapatkan barangan
ataupun perkhidmatan. Ironinya,
apakah kelebihan dan keburukan
pasar raya kepada orang ramai?
Sesungguhnya, persoalan ini akan
dibincangkan untuk faedah kita
semua.
Menjimatkan masa dan kos
I
mampu memenuhi tuntutan kehidupan
M:
masyarakat dan kos sara hidup tinggi
Membeli dalam satu bangunan, membeli secara
Ba
pukal .
Tidak perlu ke tempat yang berbeza .Tiada
K
pembaziran .Mempunyai pelbagai barangan
yang murah.
Masa itu umpama pedang , jika kamu tidak
U/AT
menggunakannya, ia akan memancung kamu.
Masa yang begitu berharga dapat digunakan.
P
Pada pandangan saya, kelebihan
perdana pasar raya besar ialah pengguna
akan dapat menjimatkan masa dan kos
perbelanjaan mereka. Hal ini dikatakan
demikian kerana pasar raya besar mampu
memenuhi tuntutan kehidupan masyarakat di
bandar yang sibuk bekerja dan kos sara hidup
yang tinggi. Selain itu, masyarakat di bandar
mahupun di luar bandar mempunyai tempat
yang strategik untuk membeli barangan
secara pukal atau borong.
Selain itu, pengguna juga boleh membeli
dalam satu bangunan. Oleh sebab itu, mereka
tidak perlu ke tempat yang berbeza untuk
membeli-belah. Sebagai impaknya, tiada
pembaziran masa berlaku dan mereka juga
dapat membeli pelbagai barangan dengan
harga yang murah. Orang tua-tua ada berkata
bahawa masa itu umpama pedang , jika kamu
tidak menggunakannya, ia akan memancung
kamu. Hakikatnya, pengguna yang bijak
pastinya dapat menggunakan masa yang
berhemat ketika berbelanja di pasar raya
besar.
KELEBIHAN KEKURANGAN
Jimat masa dan kos Harga tetap/ tidak boleh
tawar-menawar

Harga berpatutan Pengangkutan sendiri


bawa barangan pulang

Beraneka barangan Lokasi jauh


Penggunaan Kad kredit Tiada layanan peribadi
Kemudahan tandas Kesesakan lalu lintas
,surau dan parkir.
Kesimpulan
P:Memberikan satu impak yang besar
dalam kehidupan masyarakat .
C:Pengguna haruslah bijaksana dalam
berbelanja di pasar raya.
H:Pasar raya Malaysia tempat yang paling
menyeronokkan untuk membeli-belah
setanding dengan negara maju yang lain.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Anda mungkin juga menyukai