Anda di halaman 1dari 12

PERANAN WAKAF DALAM

PEMBANGUNAN INSTITUSI PENGAJIAN


TINGGI DI MALAYSIA

AHLI KUMPULAN

ANISAH BINTI OMAR 127126


HADILAH BINTI HARIDI 123720
NURULJANNAH BINTI MOHD 114424
KHALID
PENGENALAN
Wakaf ialah suatu bentuk penyerahan atau dedikasi harta, sama ada
secara terang (sarih) atau sindiran (kinayah) yang mana harta berkenaan
ditahan dan boleh digunakan tanpa susut fizikalnya (Mustafa, 2005) dan
hanya manfaatnya sahaja yang diaplikasikan kepada tujuan-tujuan
kebajikan sama ada berbentuk umum mahupun khusus (Ibn Qudamah,
1972).

Wakaf merupakan 1 amalan sunat dan menjadi kewajipan melaksanakan


apabila dibuat dengan wasiat.
Menurut Monzer Kahf, di dalam Islam, tujuan wakaf boleh
dikategorikan kepada tiga iaitu;

i. wakaf bagi tujuan keagamaan (religious waqf)


ii. wakaf kekeluargaan (family waqf)
iii. wakaf kebajikan (philantrophic waqf)

Wakaf pendidikan yang dibincangkan adalah termasuk dalam


kategori yang ketiga.

Wakaf pendidikan merupakan sesuatu harta, barangan, aset, atau


tunai yang diberikan kepada sektor pendidikan atau institusi
pendidikan.
PERKEMBANGAN WAKAF
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Bermula dari institusi pendidikan tradisional berorientasikan agama.
Contoh: Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri (SAN), madrasah &
pondok
Cara Wakaf: penyerahan tanah untuk membina sekolah agama, dan penyerahan harta
untuk membina tempat tinggal para guru. (Lebih berbentuk tradisi)

Wujud permintaan wakaf bagi tujuan pendidikan untuk memenuhi keperluan sekolah
agama bersepadu di Johor bagi mengurangkan masalah keciciran & ketinggalan anak-
anak bangsa yang tidak dapat meneruskan pengajian atas sebab kemiskinan. (Mohd
Jelani 1998)

Perkembangan wakaf pendidikan semakin rancak apabila ia turut melibatkan institusi


pengajian tinggi awam dan swasta.

Penubuhan tabung wakaf pendidikan yang bertujuan menerima aset,wang tunai, saham,
dan aset kewangan dalam dan luar negara yang digunakan untuk membiayai biasiswa,
pinjaman dan urusan pengembangan dana seperti aktiviti pelaburan.
CONTOH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG
MENGAMALKAN SISTEM WAKAF
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang menubuhkan
IIUM Endowment Fund pada tahun 1999 (Laman Web IIUM, 2014)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Dana Waqaf dan


Endowmen UKM pada tahun 2010 (Laman Web UKM, 2014)

Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Dana Wakaf Ilmu UPM


pada tahun 2012 (Laman Web UPM, 2014)

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada tahun 2013 dengan


nama Dana Wakaf Al-Abrar (Laman Web USIM, 2014)

Universiti Antarabangsa AlBukhari (AiU) di Kedah - institusi


pengajian tinggi swasta di Malaysia yang dibiayai oleh dana wakaf
sepenuhnya
CARA WAKAF MEMBANTU INSTITUSI
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Wakaf yang diberikan dapat membentuk dana berterusan tanpa terlalu
bergantung kepada dana yang diberikan oleh kerajaan.

Wakaf tunai - Dapat membantu institusi pendidikan yang mempunyai


masalah kewangan.

Dapat digunakan untuk pembinaan bangunan dan digunakan untuk


manfaat yang lain.
Contohnya wakaf kaki
( Persetujuan pewakaf untuk membeli ruang atau keluasan sesuatu
bangunan atau hartanah yang akan dibangunkan).
SARANAN/CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
WAKAF PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Memperbaiki dan meningkatkan mutu urus tadbir oleh pemegang amanah
harta wakaf.

Menubuhkan institusi khas untuk menguruskan wakaf di setiap institusi


pengajian tinggi

Berusaha untuk memiliki aset atau tanah yang diwakafkan dgn cara
rundingan

Membina jaringan dengan individu atau syarikat korperat ternama

Skop kutipan harta wakaf diperluas

Sokongan & bimbingan dari pihak berkaitan


SAMBUNGAN..
Berkerjasama dengan yayasan wakaf luar negara untuk mendapatkan dana.
menjadikan uni. Al-azhar,mesir dan pasentren/uni. di Indonesia dan lain-lain
sebagai model.

contoh yang mana di Turki, sebanyak 62 daripada 166 universiti di


sana dibina dengan menggunakan harta wakaf.
contoh lain: Universiti Cordova di Andalus, Madrasah Nizamiyyah di
Baghdad, al-Qurawiyyin di Fez, Maghribi, Al-Jamiah al-Islamiyyah di
Madinah, Pondok Pesantren Darunnajah di Indonesia dan Madrasah
Al-Juneid di Singapura.

Memberi penerangan tentang pentingnya amalan wakaf.


KESIMPULAN

Wakaf dilihat memainkan peranan penting dalam membantu


membangunkan institusi pendidikan tinggi. (di Malaysia
khususnya.)

Oleh itu, kecekapan tadbir urus wakaf dalam pendidikan perlu


ditingkatkan serta diutamakan bagi memudahkan proses
pembangunan & perkembangan institusi pengajian tinggi di
Malaysia.
RUJUKAN
Ibn Qudamah, Muwaffiq al-Din Abu Muhammad (1972). Al-Mughni, Vol. 6. Beirut: Dar al-Kitab al-
Arabi.
Mustafa al-Khin (et.al) (2005). al-Fiqh al-Manhaji, Vol. 5, terjemahan Pustaka Salam, Kuala
Lumpur: Pustaka Salam.
Monzer Kahf (t.t.), Waqf: A Quick Overview,
hlm.6.http://monzer.kahf.com/papers/english/WAQF_A_QUICK_OVERVIEW.pdf.
Mohd Jelani b. Ramly (1998). Kajian Ke Atas Wakaf Bagi Tujuan Pendidikan Untuk Memenuhi
Permintaan Sekolah Agama Bersepadu di Johor Bharu. Kertas Projek (Sarjana Muda) tidak
diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.
Laman Web Dana Wakaf Ilmu, Universiti Putra
Malaysia.http://www.fund4knowledge.upm.edu.my/
Laman Web Dana Wakaf Universiti Kebangsaan Malaysia. http://www.waqaf.ukm.my/.Laman
Web Universiti Sains Islam Malaysia. http://news.usim.edu.my/ms/berita-kampus/item/354-
mengurus-universiti-melalui-pembiayaanwakaf
Laman Web International Islamic University Malaysia (IIUM) Endowment Fund.
http://www.iium.edu.my/ief

Anda mungkin juga menyukai