Anda di halaman 1dari 10

SISTEM

EKONOMI
Jelaskan ciri-ciri ekonomi komersial dalam masyarakat
Melayu tradisional pada abad ke-19
KONSEP
EKONOMI
KOMERSIAL
Ekonomi komersial merujuk kepada aktiviti
ekonomi yang menjurus kepada lebihan
pengeluaran. Hasil yang dikeluarkan itu akan
dieksport dan dijual kepada pedagang bagi
mendapatkan keuntungan.
Kegiatan menternak, memburu binatang,
mengumpul hasil hutan, dan menanam padi
yang dianggap sara diri sebenarnya menjurus
ke arah ekonomi komersial. Kegiatan ekonomi
komersial lebih tertumpu kepada kegiatan
perdagangan dan perlombongan. Kegiatan
ekonomi komersial dimonopoli oleh golongan
pemerintah iaitu raja dan pembesar.
CIRI-CIRI
EKONOMI
KOMERSIAL
Penggunaan wang dalam kegiatan ekonomi
Pada zaman dahulu, antara barang berharga yang diterima
sebagai wang dalam urusan jual beli ialah logam berharga
daripada emas, perak, tembaga atau timah yang berbentuk ketul,
keping atau dibentuk seperti binatang.
Misalnya tampang buaya (berbentuk buaya kecil), bapa ayam
(bentuk ayam jantan), jongkong tampang (bentuk empat segi)
dan syiling yang mempunyai nama pemerintah.

Urusan jual beli dijalankan di tempat yang tertentu


Mereka yang terlibat dalam kegiatan ekonomi bercorak komersial
biasanya berniaga di pasar atau luar dari pelabuhan dengan
menggunkan perahu atau kapal kecil.
Tempat-tempat seperti kuala sungai sering menjadi tumpuan para
pedagang kerana mempunyai pelabuhan yang dapat menjadi
persinggahan kapal perdagangan daripada dunia luar.
Melibatkan semua lapisan dalan masyarakat
Kegiatan ekonomi bercorak komersial dijalankan oleh semua lapisan
dalam masyarakat. Kegiatan ekonomi komersial bagi rakyat biasa
dikenali sebagai berjaja dan mereka biasanya berniaga di pasar.
Golongan pembesar juga terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial
secara tidak langsung. Mereka hanya menjadi pemodal dengan
melantik wakil-wakil tertentu untuk menjalankan dan menguruskan
perniagaan mereka. Wakil-wakil ini yang dikenali sebagai kiwi terdiri
daripada orang yang mahir dalam mengendalikan urusan perniagaan.

Wujudnya aktiviti perdagangan dengan dunia luar


Kegiatan ekonomi komersial telah mewujudkan aktiviti perdagangan
dengan dunia luar yang giat dijalankan di muara sungai yang menjadi
pelabuhan persinggahan. Di tanah Melayu, terdapat empat buah
pelabuhan utama yang menjadi pelabuhan persinggahan, iaitu Kedah,
Melaka, Kelang, dan Johor Lama.
Pelabuhan ini sering menjadi pelabuhan persinggahan utama bagi
saudagar-saudagar dari Asia Tenggara, India, Arab dan China.
Kemasukan pelabuhan Asing untuk tujuan eksport
Selepas kemasukan penjajah British, ekonomi Tanah Melayu
secara berunsur-unsur telah berubah daripada kegiatan
pertanian tradisional kepada kegiatan ekonomi bercorak
komersial. Selain adanya modal tempatan yang dilaburkan
oleh golongan pemerintah yang terlibat secara tidak
langsung dalam kegiatan ekonomi, pihak British juga
membawa masuk pelaburan asing untuk dilaburkan ke
dalam beberapa sektor penting seperti perlombongan dan
perladangan bagi tujuan eksport.
Ini membawa kepada pembukaan lebih banyak lombong
bijih timah dan ladang getah yang diusahakan para
pemodal asing.
KESIMPULAN
Ekonomi komersial lebih mementingkan keuntungan
dan pengumpulan harta melalui proses penukaran
barangan atau jual beli serta melibatkan
pembayaran. Walaupun kegiatan ekonomi
komersial telah wujud, tetapi bilangan penduduk
tempatan yang melibatkan diri dalam kegiatan
tersebut amat sedikit dan lebih tertumpu kepada
golongan pembesar.
Pada peringkat awal, kegiatan ekonomi bercorak
komersial diusahakan melalui tanaman ladang
untuk tujuan dagangan. Kegiatan ini mula diberi
perhatian secara besar-besaran setelah
perlombongan bijih timah dan perusahaan getah
mendapat tempat dan berkembang pesat
menjelang pertengahan abad ke-19.
SEKIAN
&
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai