Anda di halaman 1dari 9

MTES3063

FAKTOR PEMBENTUKAN KURIKULUM


MATEMATIK DI MALAYSIA
ASPIRASI DAN KEPERLUAN
NEGARA

asmaha aizee farah nina


Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang
besar terhadap pembentukan kurikulum.
KSSR adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam
Falsafah Pendidikan Negara.
Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan
negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang
dinamik dan seimbang.
Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam KSSR
ialah:

Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan
keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan ( penyatuan
kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan ( penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan.
Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya
diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah.
Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan.
Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional.
Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum.
Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan.
Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan.
Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang
ilmu pengetahuan.
Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris.
Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri
dan bersikap berdikari.
Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk
mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan
cita-cita dan kehendak negara ( Kamaruddin Haji Hussin, 1994 )
melatih lebih banyak tenaga mahir dalam bidang vokasional untuk
perkembangan perindustrian dan ekonomi negara, perkembangan
sains dan teknologi
mendorong negara untuk mereformasikan kurikulum mereka
dengan memberi tumpuan dalam pelajaran sains dan matematik dan
perkembangan falsafah, psikologi dan teori pendidikan.
Kehendak Masyarakat
Masyarakat menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak
dengan kehendak mereka.
Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi
terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut.
Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza.
Masyarakat mengkehendaki murid-murid mempelajari kemahiran-
kemahiran asas seperti:
membaca, menulis dan mengira;
konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi;
teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti
mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam
suatu sistem demokratik.
Oleh itu..
KBSR telah digubal dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid :

menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan.


menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, membaca
dan menulis.
menguasai kemahiran mengira
menguasai Bahasa Inggeris
membina dan memupuk akhlak yang mulia
meningkatkan ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam
dapat bergaul dalam masyarakat
mengembangkan bakat dan daya kepimpinan
Pembangunan negara &
perkembangan negara
Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai
kurikulum yang statik.
Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains
dan teknologi.
Menurut Hida Taba (1962) :
"Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the
institutions of our society, but man itself "

Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran


sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir
diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng,
1995)
Perubahan Sosial
Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah
juga merupakan agen sosial.
Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan.
Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan murid-murid
semakin meningkat.
Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai
murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990;
Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

Anda mungkin juga menyukai