Anda di halaman 1dari 22

SISTEM

PEREDARAN
DARAH
Sistem Peredaran Darah:
Adalah salah satu sistem yang penting di dalam
tubuh. Sistem ini mengedarkan darah dari
jantung ke seluruh tubuh dan masuk ke jantung
lagi. Sistem peredaran darah manusia termasuk
sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir
di dalam salur darah yang tertutup
Fungsi peredaran darah ialah mengedarkan zat-
za makanan dan oksigen kepada sel-sel di
dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida
dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel.
Sistem darah manusia mempunyai dua jenis
iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.
Peredaran darah kecil; peredaran
darah pulmonari
Peredaran ini membawa darah dari jantung
melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik
ke jantung melalui vena pulmonari
Peredaran Sistemik;peredaran
darah besar
Peredaran ini membawa darah dari jantung
melalui aorta ke ke seluruh tubuh dan lembali
ke jantung
Struktur anatomi sistem ini terdiri daripada
Jantung
pembuluh darah
Darah
Jantung:
Jantung terletak di dalam rongga toraks di
belakang tulang sternum, di di depan tulang
belakang.
Organ ini dibagi menjadi 2 bagian yaitu kiri dan
kanan. dipisahkan oleh sekat yang disebut
septum.
Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan
iaitu:
Pericardium (luar)
Myocardium (tengah)
Endocardium (dalam)
Jantung mempunyai 4 ruang iaitu:
2 ruangan atas dikenali sebagai atrium
2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel
Antara atrium dan ventrikel terdapat klep/katub
jantung yang mengatur pengaliran darah di
dalam jantung
Aliran darah di dalam jantung
1. Venakava membawa darah yang
mengandungi karbon dioksida ke atrium
kanan.
2. Apabila atrium kanan mengembang, darah
masuk ke ventrikel kanan melalui katub
trikuspid
3. kemudian ventrikel kanan
menguncup......memompa darah melalui katub
pulmonalis ke dalam arteri pulmonalis dan
seterusnya ke paru-paru.
4. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida terjadi
di paru-paru.
5. Seterusnya darah mengalir melalui vena
pulmonalis ke atrium kiri.
6. Apabila atrium kiri mengembang, darah akan
melalui katub mitral (bikuspid) masuk ke
ventrikal kiri.
7kemudian ventrikel kiri menguncup..... Dari
ventrikel kiri darah mengalir melalui katub aorta
ke aorta untuk diedarkan ke seluruh tubuh.
Denyutan jantung
Jantung berdenyut 60 80 kali/menit secara
automatik dan denyutan ini bisa meningkat
tergantung situasi/kondisi. Misal:berolahraga
Sistem Sirkulasi
Sistem Sirkulasi
Struktur dan Fungsi peredaran
Darah
Terdapat 3 jenis pembuluh darah yang utama:
1. Arteri
2. Vena
3. Kapiler
Arteri
Arteri ialah pembuluh darah yang membawa
darah keluar dari jantung ke seluruh tubuh
Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya
tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan
oleh denyutan jantung
Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol
Semua arteri membawa darah beroksigen
kecuali arteri pulmonalis.
Arteri Vena
Vena
Vena ialah pembuluh darah yang membawa
darah ke jantung dari deluruh tubuh.
Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran
yang lebih besar jika dibandingkan dengan
arteri.
Darah yang berada dalam vena mengalir pada
tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang
tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar
memberikan kurang rintangan terhadap
pengaliran darah.
Vena dilengkapi dengan katub katub yang
menentukan darah mengalir hanya dalam satu
arah sahaja, yaitu arah ke jantung. Katub katub
ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang
dalam alirannya.
Vena yang terkencil sekali dinamakan venul
Semua vena membawa darah CO2 kecuali
vena pulmonalis.
Kapiler darah
Kapiler darah ialah pembuluh darah yang
terkecil sekali.
Kapileri darah menghubungkan arteriol kepada
venul.
Dinding kapiler darah hanya setebal satu sel.
Dinding-dindingnya yang tipis memudahkan
resapan bahan-bahan si dalam darah
berlangsung dengan cepat.

Anda mungkin juga menyukai