Anda di halaman 1dari 11

Kerajaan Bani Abbasiyah

Nama ahli kumpulan:


Ahmad Najmi
Risyana Natasha
Syazwani
Shafiq Safwan
Saiful
Kerajaan Bani Abbasiyah empayar kedua Islam selepas
penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah.
Merampas kuasa pada tahun 750M selepas berjaya mengalahkan
tentera Kerajaan Bani Umaiyah.
Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-
lahan mengalami zaman kejatuhan
Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258M selepas Halagu
Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol mengahancurkan Kota
Baghdad
Peringkat akhir pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah: golongan Mawali
(orang bukan berketurunan Arab seperti Parsi dan Barbar) merasa
didiskriminasikan tidak mendapat jawatan yang layak dan dikenakan
cukai yang lebih tinggi).
Golongan Mawali mula menyokong dan menyertai gerakan Abbasiyah
untuk menentang pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah.
Khalifah yang mentadbir mula mengabaikan tanggungjawab mereka
terhadap rakyat dan ajaran Islam.
Sistem warisan Kerajaan Bani Umaiyah untuk memilih khalifah juga telah
ditentang oleh orang Islam Syiah dan Khawarij.
Golongan ini kemudiannya menyumbang kepada kejatuhan Bani Umaiyah
Pada tahun 750M, Kerajaan Bani Abbasiyah dibentuk selepas gerakan Revolusi Abbasiyah
berjaya menumbangkan Kerajaan Bani Umaiyah.
Dimulakan oleh Ali bin Abdullah secara sulit dan menjadi terbuka setelah bermulanya zaman
Khalifah Umar Abdul Aziz.
Diteruskan atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad SAW) agar mendapat sokongan.
Pusat operasi Khurasan,Kufah dan Humaimah.
Tokoh penting dalam gerakan Abbasiyah ini ialah:
a)Abu Muslim al-Khurasani mengetuai gerakan di Khurasan.
b)Abu Salamah al-Khallal mengetuai gerakan di Kufah.
Nama kerajaan diambil sempena nama al-Abbas (sempena nama bapa saudara Nabi Muhammad
SAW).
Kerajaan ini mengamalkan sistem warisan atau sistem monarki (pemerintahan keterunan
raja).
Ketika pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, pusat pemerintahan berpindah dari
Damsyik di Syria ke Baghdad di Iraq.
Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun, kota
Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu.
Melalui penulisan dan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab,
perkembangan ilmu telah berlaku.
Baitulhikmah (institusi keilmuan) dibina oleh Khalifah Harun al-Rasyid.
Aktiviti penterjemahan dijalankan di Baitulhikmah kerja penterjemahan
dilakukan oleh sekumpulan penterjemah di bawah pengawasan seorang
penyelaras.
Karya asing falsafah dan sains Yunani, karya lain dalam bahasa Sanskrit dan
Suriani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab .
Pada tahun 761 M, ramai golongan ulama melibatkan diri dalam penulisan
bidang fikah,sejarah dan sebagainya.
Antara ulama yang terkenal ialah:
a) Imam Malik (Menyusun buku al-Muwatta)
b) Ibn Ishaq (Menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad SAW)
c) Imam Abu Hanifah (Menyusun fikah dan pendapat ijtihad)
d) Imam As-Syafie
e) Imam Ahmad bin Hanbal
Pertama, mencatat segala idea atau percakapan.
Kedua,mengumpulkan idea yang serupa atau mengumpulkan hadis Nabi
Muhammad SAW ke dalam buku.
Ketiga, mengarang.
Usaha terakhir lebih teliti kerana segala yang dicatatkan diatur ke dalam
bab tertentu serta berbeza antara satu dengan yang lain
Pemisahan ilmu tafsir,sirah (sejarah hidup Nabi Muhammad SAW) dan hadis telah
berlaku.
Orang Islam menterjemah dan mencipta serta membuat pembaharuan , menghurai,
menambahbaik karya asing Sanskrit, Suriani dan Yunani ke bahasa Arab.
Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu pengetahuan.
Melalui usaha penterjemahan, orang Islam telah berbakti kepada kebudayaan dunia.
Islam memelihara warisan ilmu itu ketika Eropah dilanda Zaman Gelap dan ketika itu
Tamadun Islam mencapai kemuncaknya.
Penyelidikan sarjana Islam di kota Baghdad dan Cordova kemudiannya diterjemah pula
ke bahasa asing (Eropah) dan membuka mata para ilmuwannya.
Ilmu inilah yang membawa kepada kebangkitan Eropah pada zaman pemulihan budaya
yang dipanggil Zaman Renaissance.