Anda di halaman 1dari 43

TAJUK NO: 39

PENULISAN BIBLIOGRAFI /
SENARAI RUJUKAN

Disediakan Oleh:
CHE AZHAR @ACHE
[M 2010200982]

GRU 6014: KAEDAH PENYELIDIKAN


[DR. KADIR ARIFFIN]
APA DIA BIBLIOGRAFI?
Satu senarai bahan seperti buku,majalah
atau bahan cetak lain yang boleh dijadikan
bahan rujukan untuk mendapatkan
maklumat.
Satu senarai bahan dari mana rujukan
telah dibuat untuk menulis berkenaan
dengan sesuatu perkara.
MENGAPA PERLU
BIBLIOGRAFI?
Mengesan sumber dari mana maklumat boleh
diperolehi bagi tujuan merujuk mengenai sesuatu
perkara.
Mengesan sumber dari mana sesuatu maklumat
yang dinyatakan oleh seseorang penulis telah
dijumpai.
Menyemak dan mempastikan kebenaran sesuatu
maklumat yang dinyatakan oleh seseorang penulis.
Membekalkan sumber kepada pembaca yang
bertujuan membuat rujukan lanjutan berkaitan
maklumat yang telah dinyatakan oleh penulis.
Apakah bahan yang boleh
dijadikan komponen
bibliografi?
Segala jenis bentuk bahan [buku,artikel dalam
majalah / jurnal/ akhbar, filem, program
komputer dll.] boleh dijadikan sumber bagi
menulis bibliografi.
CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
MENGGUNAKAN FORMAT APA/ APA Style
(American Psychological Association)

1.Penulisan bibliografi bermula dengan nama


pengarang

Nyatakan nama pengarang seperti yang tercatat pada


bahan. Jika buku nama seperti yang tercatat pada
muka surat judul.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

Nyatakan NAMA Penuh pengarang jika Melayu.


Jika bukan Melayu,nyatakan NAMA KELUARGA
dan diikuti dengan tanda koma dan kemudian
singkatan huruf bagi setiap nama berikut pengarang
berkenaan. Setiap singkatan nama diakhiri dengan
noktah.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

Jika DUA pengarang, nyatakan kedua-


duanya dan gunakan simbol & di antara
kedua-dua nama. Jangan gunakan perkataan
dan.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

Jika LEBIH DARI DUA pengarang nyatakan hanya


nama pengarang yang muncul terdahulu dalam
muka surat judul dan diikuti dengan singkatan
et.al. yang bermaksud dan lain-lain
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

Pangkat pemberian seperti DYMM, Datuk,


Dr.. Haji dan Tuan tidak dinyatakan.
Namun pangkat nama asal seperti Syed,
Tunku, Raja, Nik dan lain-lain perlu di tulis.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

Jika tiada pengarang anda boleh memilh:


Penyunting diikuti dengan (penyunting)
Penerbit diikuti dengan (penerbit)
Penyampai diikuti dengan (penyampai)
Judul buku
Judul artikel/kertas kerja
Judul bahan bukan cetak diikuti dengan [jenis
media]
Mengikut mana yang boleh didapati sebagai ganti
tempat pengarang.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

2.Nyatakan tahun penerbitan dalam


kurungan ( ) atau tanpa kurungan dan
diakhiri dengan noktah.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
3. Nyatakan JUDUL bahan dengan penuh (jika
buku seperti yang tercatat pada muka surat
judul), gariskan dan diakhiri dengan tanda
noktah. Italik boleh digunakan mengantikan
garisan.

JUDUL di sini bermaksud tajuk buku, nama


majalah, jurnal atau surat khabar dan BUKAN
tajuk sesuatu artikel di dalam bahan berkenaan.

Gunakan huruf besar hanya untuk huruf pertama


perkataan pertama judul.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

4. Jika sumber merupakan sebuah artikel/kertas kerja di


dalam sebuah buku/majalah/jurnal (atau lagu dalam
sebuah album) dan terdapat nama pengarang artikel,
judul artikel ditulis tanpa digariskan dan diakhiri
dengan noktah SEBELUM menulis judul judul bahan.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

5.Jika bahan merupakan edisi yang baru,


nyatakan edisi dalam kurungan seperti
(Edisi ke 2) SETELAH menulis judul bahan
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI
6. Nyatakan tempat terbitan dengan ringkas
dan akhiri dengan tanda : (titik bertindih).
Kemudian nyatakan nama penerbit
dengan ringkas.

Akhir dengan koma jika perlu menulis


jilid atau halaman rujukan.

Jika tidak, akhiri dengan noktah.


CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

7. Jika bahan merupakan akhbar, majalah atau jurnal, akhiri


judul bahan tanda koma dan tuliskan butiran jilid yang
diakhiri dengan koma seperti berikut:

a)akhbar tarikh dan bulan - The Star, 29 Mac,


b)majalah bulanan bulan - Wanita, Julai,
c)terbitan berkala jilid (digariskan) - Wawasan, 5 ,
@jilid (bilangan dlm kurungan) - Pendidik, 15 (2)
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

8. Nyatakan muka surat (halaman)


rujukan jika telah merukuk kepada
halaman tertentu dalam bahan selepas
butiran penerbit atau jilid. Tuliskan dalam
bentuk hlm 25 atau hlm 203-206 (boleh
ditulis tanpa singkatan hlm) dan akhiri
dengan noktah. Jangan mulakan dengan
tanda : (contoh :hlm 25) Tanda : hanya
digunakan untuk catatan dalam teks)
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

9. Jarakkan setiap butiran di atas dengan


hanya satu ensotan (space).
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

10. Semua butiran bibliografi perlu ditulis


dalam ayat-ayat yang berterusan dan
aksara pertama baris itu diensotkan 5
ensotan berbanding baris kedua.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

11. Bibliografi disusun mengikut abjad


perkataan pertama penulisan bagi setiap
bahan yang ada di dalam senarai bahan
rujukan.
CARA-CARA MENULIS BIBLIOGRAFI

12. Ringkasan kandungan bahan boleh ditulis dalam


dua atau tiga ayat yang ringkas diakhiri
bibliografi bagi tujuan mengingatkan penulis
atau mengenalkan pembaca tentang jenis serta
kandungan bahan yang menjadi rujukan itu. Ia
dikenali sebagai ANOTASI. Walau
bagaimanapun ANOTASI jarang ditulis dalam
bibliografi.
FORMAT PENULISAN
1. SATU pengarang.

Pengarang (tahun terbitan). Judul bahan.


Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:

Asmah Omar (1986). Bahasa dan alam


pemikiran Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
FORMAT PENULISAN
2. DUA pengarang.
Pengarang & Pengarang Bersama (tahun
terbitan). Judul bahan. Tempat terbitan:
Penerbit, halaman rujukan.
Contoh:
Mok, S. C. & Lee, S. M. (1986). Kurikulum Baru
Sekolah Sendah Tahap 1. Kuala Lumpur:
Heinemann (Malaysia).
FORMAT PENULISAN
3. TIGA pengarang atau lebih.

Pengarang Utama et. al. (tahun terbitan). Judul


bahan (edisi). Tempat terbitan: Penerbit,
halaman rujukan.
Contoh:
Nazaruddin Mohd Jali, et. Al (1989). Aktiviti kajian
penyelidikan dan penilaian di bawah pinjaman Bank Dunia
1986-1990: Pengurusan kemudahan sekolah trmasuk pusat
sumber pendidikan bagi sekolah-sekolah rendah dan
sekolah menengah ringkasan eksekutif. Kuala Lumpur:
Kementerian pendidikan malaysia, hlm 27.
FORMAT PENULISAN
4. Tulisan dalam sebuah bab buku atau artikel dalam
sebuah majalah.
Nama pengarah (tahun terbitan). Tajuk artikel/
bab. Judul bahan (edisi). Tempat terbitan:
Penerbit, Jilid (bilangan), halaman rujukan
pertama, halaman rujukan kedua.
Contoh:
Abdullah Bakri (1990). Pusat kegiatan guru
dalam konteks difusi dan penerapan
teknologi pendidikan. Wawasan. 15 (4), hlm
47-57.
FORMAT PENULISAN
5. Tiada nama pengarang tetapi ada nama
penerbit.

Nama penerbit. (tahun terbitan). Judul


bahan. Tempat terbitan: Penerbit.
Contoh:

Malaysia. (1976). Rancangan Malaysia


ke tiga 1976-1980.
FORMAT PENULISAN
Kementerian Pendidikan Malaysia.(1982) Report of
a study tour to the Netherlands, Great Britain,
India and Sri Lanka. Kuala Lumpur: Malaysia,
Kementerian Pendidikan, Bahagian
Penyelidikan dan Perancangan Pendidikan.
FORMAT PENULISAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (1991a). Laporan status
pusat kegiatan guru (PKG). Kuala Lumpur: Malaysia,
Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi
Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991b). Pusat kegiatan


guru [risalah maklumat]. Kuala Lumpur: Malaysia,
Kementerian pendidikan, Bahagian Teknologi
Pendidikan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1991c). Pusat kegiatan


guru konsep dan pengoperasian. Kertas kerja
mesyuarat jawatankuasa perancangan pendidikan. Kuala
Lumpur: Malaysia, Kementerian pendidikan, Bahagian
Teknologi Pendidikan.
FORMAT PENULISAN
6. Tiada pengarang tetapi ada PENYUNTING.

Nama penyunting (penyunting) (tahun terbitan).


Tajuk artikel/bab. Judul bahan (edisi). Tempat
terbitan: Penerbit, halaman rujukan.

Contoh:
Ankrah-Dove, L. (penyunting) (1977). Teacher
group and centers in developing countries.
London: t.p.
FORMAT PENULISAN
7. Bahan bukan cetak.

Judul bahan [jenis media] (tahun terbitan). Tempat


terbitan: Penerbit.

Contoh:
DOS 6.0 [program komputer] (1993). Amerika
Syarikat: Microsoft technology.
FORMAT PENULISAN
Nama penerbit/pengubah (penerbit/pengubah). Nama
pengarah/penulis lirik (pengarah/penulis lirik)
(tahun terbitan). Tajuk lagu. Judul album [jenis
media]. Tempat terbitan: Penerbit.

Contoh:
Julie Dahlan (penerbit), Aziz M.Osman (pengarah)
(1994). Putera [filem]. Kuala Lumpur: J.D.
Productions.
FORMAT PENULISAN
8. Artikel akhbar dengan nama pengarang.

Nama penulis (tahun terbitan). Judul artikel. Judul


akhbar, tarikh terbitan.

Contoh:
Shahrul Azil Mohd Shukor (1994). Melahirkan
golongan ulama era permodenan. Berita harian.
11 Mac.
FORMAT PENULISAN
9. Artikel akhbar tanpa nama pengarang.

Judul artikel (tahun terbitan). Judul akhbar, tarikh


terbitan.

Contoh:
Kerajaan tambah 150 lagi pusat kegiatan guru
(1992). Berita harian. 22 Oktober.
FORMAT PENULISAN
10. Perkara yang dialami sendiri oleh penulis.

Nyatakan dengan seberapa tepat butiran penyampai,


majlis dan tempat majlis berlangsung.

Contoh:
Othman Jantan (penyampai) (1993). Taklimat
pengoperasian pusat kegiatan guru kepada
pengetua dan guru besar daerah Hulu Selangor di
PKG Sg. Choh Rawang Selangor.
CONTOH-CONTOH
CATATAN DALAM TEKS
1. Berdasarkan NAMA
PENGARANG

a) Asmah (1986) pula menyatakan persepsi adalah


merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental.

b) .. dan pancaindera manusia yang terlibat


dalam menyedari, menyaksi dan mentafsir
kejadian-kejadian yang berlaku dalam alam
sekelilingnya (Asmah Omar, 1986).
1. Berdasarkan NAMA
PENGARANG

c) Dalam konteks ini Abdullah Bakri (1990)


ada menyebut:
PKG jangka .
.
(Abdullah Bakri, 1990:48)
1. Berdasarkan NAMA
PENGARANG
d) The teachers centre relies on practising teachers
defining and initiating their own in-service work
(Husen & Postlethewaite, 1985 : 5045 5046).

e) Dari segi ruang, Nazaruddin et. al., (1989) telah


membuat perakuan berikut:
Diandaikan juga .
.bilik mandi dan bilik rehat
(Nazaruddin et.al., 1989;27)
1. Berdasarkan NAMA
PENGARANG
f) . Seperti yang telah diterjemahkan
oleh Zainal Abidin (1990) dari Johansen
(1975).

g) Kamil (1987) ada menyebut bahawa


Thomas (1984) telah mendapati bahawa
tidak semua yang ada di PKG aitu berguna
untuk guru (Kamil Ahmad, 1987:23).
2. Bahan tanpa nama
pengarang
a) Dari itu timbullah keperluan mengadakan satu
rangkaian Pusat Sumber Pendidikan yang lengkap
dan sistematik di setiap peringkat pendidikan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990:5)
2. Bahan tanpa nama
pengarang
b) Memandangkan kepentingan PKG, kerajaan akan
menambah lagi 150 buah bangunan PKG diseluruh
negara (Berita Harian, 22.10.92)

c) Sesungguhnya PKG amat penting kepada


pembangunan pendidikan di negara Malaysia
(Dewan Masyarakat, Mei 1994).
3. Rujukan daripada beberapa bahan
yang diterbitkan dalam tahun yang sama
oleh orang/badan yang sama.
a) PKG menjurus ke arah satu matlamat
membudayakan teknologi pembelajaran di
kalangan guru-guru (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1991a:7).

b) Setiap bangunan berharga RM200,000


(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991b:1).
TERIMA KASIH
-ache-