Anda di halaman 1dari 5

Proses Penyusunan

Semula
Proses Penyusunan Semula

Ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat
gramatis yang baharu.
Proses ini biasanya mengakibatkan berlakunya perubahan atau pengguguran
kata-kata tertentu dan penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat
yang diterbbitkan.
Tidak membawa perubahan pada makna ayat.
Terbahagi kepada tiga;
i. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.
ii. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek.
iii. Penyusunan semula melalui ayat songsang.
Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Subjek

Berlaku melalui transformasi pasif.


contoh;:
a. Ali menendang bola itu.
bola itu ditendang oleh Ali.

b. Anjing menggigit orang tua itu.


Orang tua itu digigit oleh ajing.

c. Saya menendang bola itu sekuat-kuat hati.


Bola itu saya tending sekuat-kuat hati.
Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Objek
Terjadi pada ayat-ayat yang mengandungi dua jenis objek, iaitu objek tepat dan
objek sipi.
a. Ilham menghadiahi Syafiq sebuah buku
Ilham menghadiahkan sebuah buku kepada Syafiq.

b. Abang memberi ayah wang.


Abang memberikan wang kepada ayah.

c. Allah mengurniai kita rahmat.


Allah mengurniakan rahmat kepada kita.
Penyusunan Semula Melalui Ayat Songsang
Ayat yang mengandungi keterangan tempat, keterangan masa, keterangan
syarat, keterangan musabab dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila
keterangan itu hendak difokuskan.
a. Orang tua itu pergi ke sungai.
Ke sungai orang tua itu pergi.

b. Morshidi tidak datang ke sekolah kerana dia sakit.


Kerana dia sakit, Morshidi tidak datang ke sekolah.