Anda di halaman 1dari 37

SJH 3143 SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PINDAAN DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


PINDAAN 1971 (ISU KESELAMATAN NEGARA)
PINDAAN 1983 ( PENAMBAHAN KERUSI DEWAN RAKYAT)
PINDAAN 1988 (KUASA KEHAKIMAN)
PINDAAN 1993 (KEKEBALAN RAJA-RAJA)

Oleh :
MUHAMMAD ASYRAF SAFWAN BIN AHMAD ZUKRI
SAHIRA A/P LIM LAUN HOW
SITI HARIDAH BINTI AJI JAAPAR
PINDAAN PERLEMBAGAAN
PERKARA 159, PERKARA 161E (2)
PEMANGKIN PENTADBIRAN SISTEMATIK
6.0 PINDAAN DAN ISU-ISU PERLEMBAGAAN
KATA KUNCI
PERKARA FOKUS KAJIAN
159, PERKARA 161E (2)

Pindaan 1971 (Isu Keselamatan Negara)

Pindaaan 1983 (Penambahan Kerusi Dewan Rakyat)

Pindaan 1988 (Kuasa Kehakiman)

Pindaan 1993 (Kekebalan Raja-raja)


PENGENALAN
Undang-undang adalah satu ciri penting bagi sesuatu negara, kerana undang-
undang membolehkan sesebuah negara menjalankan pentadbiran dan kegiatannya
dengan teratur dan terjamin. Undang-undang juga menentukan rakyat dan lain-lain
anggota masyarakat sesebuah negara hidup aman damai dan terpelihara dari
sebarang ancaman atau penindasan.

Tetapi, oleh kerana sesebuah negara dan masyarakatnya tidaklah statik, dan
sebaliknya sering berubah dan bertukar corak, maka undang-undang terpaksa
dipinda dan disesuaikan dari masa ke semasa.
Demikianlah undang-undang buatan manusia. Cuma undang-undang Tuhan
sahaja yang tidak dapat diubah. Walaupun demikian, Kerajaan tidak berminat
untuk meminda undang-undang asas negara, iaitu Perlembagaan, dengan
sewenang-wenangnya. Pindaan yang dicadangkan ini perlu dibuat kerana
keadaan dalam negara telah berubah sehingga peruntukan baru terpaksa
diadakan untuk menjaga kepentingan rakyat dan pengurusan pentadbiran.

Oleh Dr Mahathir bin Mohamad di Dewan Rakyat pada 1 / 8 / 1983.


Terdapat beberapa proses iaitu perlu dibahaskan di Dewan
Parlimen terlebih dahulu.
Di dewan parlimen, akan dibahaskan dalam beberapa peringkat, iaitu
bacaan pertama, bacaan kedua, peringkat jawatankuasa dan seterusnya
bacaan ketiga.
Setelah dibahaskan, undang-undang Akta Perlembagaan(pindaan) 1993
telah diluluskan adalah mengikut peruntukan perlembagaan dengan lebih
2/3 majoriti ahli dewan.
Menurut prosedur, rang undang-undang dihantarkan kepada yang Di-
Pertuan Agong untuk diperkenankan. Setelah menerimanya Yang Di-
Pertuan Agong mengikut perlembagaan yang mempunyai dua pilihan :
Memberi pekenan kepada rang undang-undang tersebut dalam
tempoh 30hari.
Pulangkan semula kepada parlimen,nyatakan sbb tidak
diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau
diubahsuaikan oleh parlimen. Hasil daripada perbincangan
antara pihak kerajaan dengan pihak raja-raja. Pengubahsuaian
ini tidak menjejaskan tujuan utama rang Rang Undang-Undang
Akta Perlembagaan (pindaan) 1993 yang diluluskan oleh
parlimen, iaitu menentukan raja boleh didakwa di bawah
undang-undang negara.
VIDEO
1. Pindaan 1971 (Isu Keselamatan Negara)
Faktor Pencetus Perkara dikenalpasti Implikasi
Isu perkauman dan tragedi berdarah Mempersoalkan
pada 13 Mei 1969
Lanjutan dari itu, pada 23 Februari 1. Hak Keistimewaan Orang
1971, Perdana Menteri, Tun Abdul Rang Undang-undang ini
Melayu (Perkara 153)
Razak Hussein telah membentangkan diluluskan pada 25 Februari
Rang Undang-undang Perlembagaan 2. Kedudukan Bahasa Kebangsaan 1971 dengan sokongan 126
(Pindaan) 1971
(Perkara 152) Ahli Parlimen, termasuk 12
Tujuan untuk "menyekat
perbincangan awam ke atas perkara- wakil PAS, sedangkan wakil
3. Mempertikaikan DAP dan PPP
perkara sensitif supaya demokrasi
berparlimen dapat berjalan lancar" Kewarganegaraan (Bahagian III) menentangnya.
dan "untuk membetulkan dengan
undang-undang beberapa perkara 4. Kedudukan Raja-Raja Melayu
yang tidak seimbang dalam kalangan (Perkara 181)
kaum."
Memasukkan Perkara 10 (
kebebasan bercakap,
berhimpun dan menubuhkan
persatuan) Fasal 4
Perlembagaan

PINDAAN 1971
Akta Keselamatan
Pindaan Perkara 159
(Pindaan Meminda Perkara 63
Perlembagaan) (keistimewaan Parlimen-
parlimen) Dengan
Dengan Memasukkan Memasukkan Fasal 4
Fasal 5
Memasukkan Perkara 10
(kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan) Fasal 4
Perlembagaan

Perkara 10 (4)

Kemudiannya diusulkan serta diterima secara sebulat suara di Parlimen untuk


memastikan ke semua 4 perkara sensitif tersebut disebutkan dengan jelas
sebagai perkara-perkara yang mana Parlimen boleh membuat undang-undang
melarang perbuatan mempersoalkan Bahagian III, Perkara 152, Perkara 153 dan
Perkara 181 dalam negara.
Meminda Perkara 63
(Keistimewaan Parlimen-parlimen) Dengan Memasukkan Fasal 4

Sebelum Selepas
Fasal 4 yang diperkenalkan menanggalkan
Ahli-Ahli Parlimen mempunyai kekebalan kekebalan seseorang ahli parlimen jika
yang dilindungi oleh Perlembagaan mereka dipertuduhkan di bawah undang-
menerusi Perkara 63 Perlembagaan undang yang diluluskan oleh Parlimen di
Persekutuan untuk bercakap, bawah Perkara 10(4) Perlembagaan atau
mempersoalkan hampir apa sahaja tanpa atas suatu kesalahan di bawah Akta Asutan
boleh dikenakan tindakan undang- 1948 mengikut sebagaimana dipinda oleh
undang jika perbuatan tersebut Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu)
diucapkan di dalam sidang parlimen. Darurat 1970.

Maka ahli parlimen boleh didakwa jika


sentuh Perkara 10(4)
Pindaan Perkara 159
(Pindaan Perlembagaan) Dengan Memasukkan Fasal 5

Perkara 5 ini diperkenalkan bertujuan


semua Perkara-Perkara sensitif di dalam Perlembagaan tidak boleh dipinda
tanpa mendapat sokongan majoriti 2/3 daripada keseluruhan ahli-ahli
Parlimen dan tidak boleh diluluskan tanpa mendapat persetujuan Majlis
Raja-Raja.
2. Pindaan 1983
( Penambahan Kerusi Dewan Rakyat)
Pindaan 1983
( Penambahan Kerusi Dewan Rakyat)

Penyampai : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG


Tajuk :
PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1983

Lokasi : DEWAN RAKYAT

Tarikh : 01-08-1983
DEWAN RAKYAT

Institusi di mana wakil rakyat membincang, membahas dan


bersoal jawab tentang kelemahan pentadbiran, cara
mengatasi dan cadangan tentang dasar kerajaan.
Parti yang memenangi pilihan raya umum dan kerusi
majoriti akan membentuk kerajaan.
Perdana menteri dipilih daripada pemimpin parti politik
yang memenangi paling banyak kerusi dalan Dewan
Rakyat.
Pindaan 1983
( Penambahan Kerusi Dewan Rakyat)
Faktor Pencetus Cadangan

Pindaan dicadangkan kepada


Perkara 46 Keanggotaan
Dewan Rakyat berhubung
Memandangkan kepada pertambahan bilangan pemilih ini, adalah
dengan bilangan kerusi
dicadangkan supaya peruntukan Perkara 46 dipinda untuk
Dewan Rakyat.
menambah bilangan kerusi di Dewan ini sebanyak 22 kerusi lagi,
iaitu 18 bagi Semenanjung Malaysia dan 4 bagi Negeri Sabah.
Pindaan terakhir kepada
bilangan kerusi Dewan
Dengan pindaan ini jumlah kerusi bagi Dewan Rakyat ialah 176.
Rakyat dibuat dalam tahun
Bilangan kerusi bagi Negeri Sarawak tidak berubah, kerana Sarawak
1973.
telah meminda kawasan pilihanrayanya dalam tahun 1977 dan
Perlembagaan tidak mengizin pindaan sebelum genap 8 tahun.
Semenjak itu bilangan
pemilih yang berdaftar telah
bertambah hampir 50%.
Cadangan Tambahan Kerusi Perkara 46 : Keanggotaan Dewan Rakyat (Pindaan Terkini)

1. Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada 192 anggota yang dipilih.

2. 181 orang dari negeri :


1. Kedah - 1 Johor = 20
Kedah = 15
2. Melaka - 1 Kelantan = 14
3. Pahang 2 Melaka = 4
Negeri Sembilan = 7
4. Perak 2 Pahang = 11
5. Selangor - 3 Pulau Pinang = 11
Perak = 23 orang
6. Wilayah Persekutuan - 2 Perlis = 3
7. Bagi Negeri Perlis tidak ada Sabah = 20
Sarawak = 27
tambahan. Selangor = 17
8. 8. Sabah 4 Terengganu = 8

9. 9. Sarawak tiada tambahan *wakil dari setiap kawasan parlimen

Wilayah Persekutuan KL = 10
Wilayah Persekutuan Labuan = 1
3. Pindaan 1988 ( Kuasa Kehakiman)

Penyampai : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-


Tajuk :
UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1988

Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR

Tarikh : 17-03-1988
Pindaan 1988 (Kuasa Kehakiman)

Tujuan Pindaan tentang Kehakiman

Kerajaan telah mendapati bahawa beberapa Perkara di dicadangkan juga supaya ditambah satu Fasal baru kepada
dalam Perlembagaan menghalang perjalanan licin Perkara 121 itu, iaitu Fasal (1A), yang menjelaskan
jentera pentadbiran.

Didapati juga bahawa beberapa pindaan perlu dibuat bahawa mahkamah-mahkamah yang tersebut dalam
untuk mengemaskini dan menyelaraskan pentadbiran Perkara itu tidak mempunyai bidangkuasa berkenaan
bagi meningkatkan lagi efisiensi pentadbiran. dengan apa-apa perkara yang terletak di bawah
bidangkuasa mahkamah Syariah. Adalah menjadi hasrat
Kuasa eksekutif, kuasa perundangan dan kuasa Kerajaan untuk mengadakan Mahkamah Tinggi supaya
kehakiman ditentukan dengan jelas. rujukan boleh dibuat oleh pihak yang tidak berpuas hati.
Perkara 121 meletakan kuasa kehakiman Persekutuan pada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah
rendah. Ia juga meletakhak bidang kuasa tertentu pada Mahkamah Agung.

Fasal 8 Rang Undang-Undang ini mencadangkan supaya Perkara 121 dipinda dengan menghapuskan
peruntukan tentang meletakan kuasa-kuasa kehakiman pada mahkamah-mahkamah dan dengan
memasukkan ke dalam Fasal (1) Perkara itu peruntukan yang menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi dan
mahkamah-mahkamah rendah hendaklah mempunyai bidangkuasa dan kuasa-kuasa sebagaimana yang
diberi oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

Pindaan ini adalah perlu untuk menjelaskan lagi kedudukan mahkamah-mahkamah. Pada masa ini, dengan
adanya peruntukan tentang meletakhak kuasa kehakiman Persekutuan itu, batasan antara bidang kehakiman
dan bidang eksekutif atau perundangan adalah samar-samar. Dengan pindaan ini, Kerajaan berharap akan
dapat menggariskan batasan itu dengan jelasnya. Ini adalah penting supaya pihak eksekutif, perundangan
dan kehakiman dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing tanpa mengganggu atau diganggu oleh
pihak yang lain.
Kehakiman sepatutnya menumpukan perhatian kepada keadilan dan tidak memihak kepada
sesiapapun. Apabila hakim berasa perlu ia membuktikan kebebasannya terlebih dahulu, maka
keadilan akan mendapat tempat yang kedua. Dengan perkataan lain, keadilan tidak tercapai
apabila hakim lebih mengutamakan sikap bebasnya dari Kerajaan. Oleh sebab inilah, maka ada
hakim-hakim yang semasa menjatuhkan hukuman membuat kenyataan yang tidak berasas,
seolah-olah melepaskan geram. Kenyataan-kenyataan ini dibuat kerana kepercayaan bahawa apa
yang dikata oleh hakim tidak boleh ditegur. Jika dikritik, maka hakim boleh mendakwa di bawah
`menghina mahkamah` atau `contempt of court`.

Dr Mahathir Mohamad.
Namun, dalam pindaan Perlembagaan pada tahun 1988, berikutan krisis kehakiman yang dicetuskan
oleh penyingkiran Ketua Hakim Negara dan beberapa Hakim Mahkamah Agung, kuasa mutlak
kehakiman Persekutuan telah dilucutkan daripada mahkamah. Setelah dipinda, Perkara 121
Perlembagaan Persekutuan kini menyebut bahawa mahkamah hanya mempunyai apa-apa bidang
kuasa dan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

Dalam erti kata lain, sebelum pindaan, kuasa mutlak kehakiman Persekutuan terletak di bawah
Mahkamah. Kini, kuasa mahkamah terletak di bawah atau diperolehi daripada undang-undang
Persekutuan. Ini bukan sahaja merampas kuasa badan kehakiman tetapi juga merosakkan taraf salah
sebuah badan utama Perlembagaan yang sepatutnya berkuasa mutlak ke atas bidang kuasanya.
Perbezaan Sistem Kehakiman Sebelum Perlembagaan
SEBELUM PINDAAN SELEPAS PINDAAN

Perlembagaan Persekutuan Kuasa mutlak kehakiman Persekutuan telah dilucutkan

daripada mahkamah. Setelah dipinda, Perkara 121

Kuasa Perlembagaan Persekutuan kini menyebut bahawa


Kuasa Legislatif Kehakiman mahkamah hanya mempunyai apa-apa bidang kuasa
Kuasa Eksekutif
Di bawah di bawah dan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah undang-
Di bawah YDPA
Parlimen Mahkamah undang persekutuan.
Tinggi

Maka Perkara 121(1A) telah ditambah bagi


Setiap badan mempunyai kuasa mutlak (plenary authority)
dalam bidang masing-masing. memperuntukkan bahawa Mahkamah Tinggi tidaklah
mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa
perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.
KESAN

Mewujudkan dua sistem keadilan yang selari (parallel systems of justice) di Malaysia, di mana
Mahkamah Syariah kini beroperasi secara selari dengan Mahkamah sivil.

Persoalannya siapa menjadi pemutus muktamad (final arbiter) dalam segala isu pertikaian undang-
undang, termasuk dalam kes di mana bidang kuasanya tidak jelas?
Pemecatan luar aturan Salleh Abas menyebabkan Badan Peguam Malaysia enggan mengiktiraf Ketua Hakim
Negara yang baru. Pada masa yang sama, Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk melucutkan "kuasa
kehakiman Persekutuan" dan hanya memberikan kuasa kehakiman kepada badan kehakiman sebagaimana
yang Parlimen inginkan.

Namun, dalam pindaan Perlembagaan pada tahun 1988, berikutan krisis kehakiman yang dicetuskan oleh
penyingkiran Ketua Hakim Negara dan beberapa Hakim Mahkamah Agung, kuasa mutlak kehakiman
Persekutuan telah dilucutkan daripada mahkamah. Setelah dipinda, Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan
kini menyebut bahawa mahkamah hanya mempunyai apa-apa bidang kuasa dan kuasa yang diberikan oleh
atau di bawah undang-undang persekutuan.

Dalam erti kata lain, sebelum pindaan, kuasa mutlak kehakiman Persekutuan terletak di bawah Mahkamah.
Kini, kuasa mahkamah terletak di bawah atau diperolehi daripada undang-undang Persekutuan. Ini bukan
sahaja merampas kuasa badan kehakiman tetapi juga merosakkan taraf salah sebuah badan utama
Perlembagaan yang sepatutnya berkuasa mutlak ke atas bidang kuasanya.
4. Pindaan 1933
( Kekebalan Raja-Raja)
Pada 1993, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi membolehkan prosiding
undang-undang diambil terhadap mana-mana Raja Melayu di dalam Mahkamah Khas.
Sebelum pindaan itu baginda semua adalah kebal daripada apa-apa prosiding
mahkamah.
Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menggubal perlembagaan yang
menyentuh imuniti raja-raja Melayu. Tindakan awal yang diambil Dr
Mahathir ialah meminda perlembagaan 1983 supaya Raja-Raja tidak
menjadi penghalang kepada pengesahan Rang Undang-Undang yang telah
diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1983 dalam perkara 66
fasal 5 berbunyi :
66(5) Sesuatu rang undang-undang hendaklah menjadi undang-undang
apabila ia diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika kerana apa-
apa jua sebab rang undang-undang itu tidak diperkenankan oleh Baginda
dalam tempoh 15 hari selama undang-undang itu dipersembahkan, maka
Baginda hendaklah disifatkan telah memperkenankan rang undang-
undang itu, dan rang undang-undang tersebut hendaklah dengan
demikian itu, menjadi undang-undang.
Walaubagaimanapun pindaan undag-undang 1983 ini tidak direstui oleh
Yang di-Pertuan Agong pada masa itu, iaitu Sultan Ahmad Shah dari
Pahang. Pindaan perlembagaan 1983 hanya ditandatangani oleh timbalan
Yang di-Pertuan Agong pada 15 Disember 1983.
Ini menyebabkan harapan dr Mahathir untuk melihat masalah eksekutif
dengan raja-raja diselesaikan tidak tercapai. Keengganan YDP Agong
menyebabkan pindaan perlembagaan yang cuba dibuat tidak berkesan.
Sebarang undang-undang yang dibuat di parlimen untuk menghukum
Raja-Raja yang bersalah tidak dapat dibuat. Justeru, raja akan terus
melakukan kesalahan demi kesalahan tanpa didakwa. Ini dapat dilihat
terutamanya di negeri Johor dan Pahang.
Sultan Pahang telah mengulangi perbuatannya yang tidak menghormati
menteri besar dan menunjukkan kerakusanya ke atas balak di negeri itu.
Manakala sultan Johor pula tidak dapat mengawal anak-anaknya yang
suka membuli rakyat dan melanggar undang-undang dengan sewenang-
wenangnya. Keadaan ini berterusan hampir 6 tahun sehinggalah Dr
Mahathir diserang sakit jantung dan terpaksa dibedah pada tahun 1989.
Selepas menjalani pembedahan Dr Mahathir telah meneruskan usahanya
untuk menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu. Selain itu media-media
seperti surat khabar, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times
dan TV 3 turut bersama dengan kerajaan dalam membongkar
kemungkaran Raja-Raja Melayu. Ini dilakukan supaya rakyat bersama
dengan kerajaan dalam usahanya menghapuskan imuniti Raja-Raja
Melayu.
Justeru, apabila sokongan rakyat semakin tinggi, kerajaan sekali lagi
mengadakan pertemuan diantara pemimpin tertinggi UMNO dengan raja-
raja Melayu pada 9 Januari 1993. Perjumpaan itu adalah percubaab kali
kedua kerajaan untuk meminda perlembagaan bagi menghapuskan
imuniti raja-raja Melayu. Akan tetapi dalam perjumpaan ini, raja-raja
Melayu dilihat suka bermain tarik tali dan masih berdolak dalik.
Sehinggalah pada saat terakhir iaitu pada 18 Januari 1993 apabila
Perdana Menteri Dr Mahathir ingin membentangkan Rang Undang-
Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 kepada Parlimen, raja-raja
Melayu yang bersidang di Istana Negara pada waktu yang sama, masih
enggan memberikan persetujuan mereka.
Namun, keengganan raja-raja tidak menyebabkan dr Mahathir
mengalah, sebaliknya beliau tetap membentangkan pindaan
perlembagaan pada masa yang sama. Dr Mahathir mengingatkan
raja-raja supaya mengikut kehendak politik negara kerana suara
rakyat mengatasi segala-galanya. Dr Mahathir menegaskan,
pindaan perlembagaan bertujuan untuk :
mengenakan tindakan undang-undang ke atas raja-raja yang
bersalah
Menghadkan imuniti raja-raja mengikut lunas perlembagaan
Dalam ucapannya, dr Mahathir turut berkata, sebelum ini banyak berlaku
insiden raja yang menganiaya rakyat, raja yang menyalahi undang-undang
sivil dan jenayah, raja menyalahgunakan wang serta harta kerajaan, serta
raja yang menganayai pegawai-pegawai. Kata dr Mahathir, ketiga-tiga
Perdana Menteri terdahulu sebagai penasihat kepada raja-raja telah pun
menegur raja-raja berkali-kali tetapi semua teguran ini tidak berkesan.
Justeru, walaupun tidak dipersetujui oleh raja-raja, tetapi parlimen telah
meluluskan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993
dengan majoriti 2/3 pada 19 Januari 1993. Ini disusuli pula dengan
tindakan kabinet untuk menarik balik segala kemudahan dan
keistimewaan raja-raja melayu yang tidak terkandung dalam
perlembagaan.
SELEPAS PINDAAN

Perkara 181(2) :Perlembagaan Malaysia; pindaan pada tahun 1994


membolehkan raja-raja Melayu didakwa di Mahkamah Khas Raja-raja.
Perkara 182. Mahkamah Khas terdiri daripada Ketua Hakim Mahkamah
Persekutuan sebagai ketua.
Perkara 183 : Tiada tindakan yang boleh dimulakan terhadap Yang di-
Pertuan Agong atau raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.
KESIMPULAN

Pindaan terhadap Peruntukan yang telah terkandung dalam Perlembagaan


Malaysia adalah tidak sewenangnya-wenangnya boleh dilakukan. Pindaan
harus melalui presodur-prosedur tertentu seperti yang telah termaktub
dalam Perkara 159 dan 161E.
Sungguhpun demikian, Undang-undang di mana-mana negara termasuklah
Malaysia akan sentiasa berubah mengikut kehendak semasa untuk
memastikan pemerintahan dan pentadbiran terus mampan dan sistematik
sesuai dengan peredaran zaman tanpa menggugat perlembagaan yang
sedia ada.