Anda di halaman 1dari 92

Perkembangan

Perlembagaan
Malaysia
Disediakan oleh:
Aznur Nizza Yucque binti Azral
Frederic Singan
Noor Amalina binti Mohd Junet
Nurul Huda binti Maha Liddin
Nur Sofia Izzati binti Shafiai
Wak Suraina A/P Jimi

PISMP 8A Ambilan Januari 2014


Undang-undang 99
Perak
Pengenalan
Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan adalah undang-
undang yang tertua dalam negeri Perak.
Dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana
mengandungi 99 perkara undang-undang dalam pelbagai
aspek.
Undang-undang dikatakan berasal daripada Parsi sebelum
dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-17.
Undang-undang ini telah dikanunkan pada tahun 1878.
Antara kandungan undang-undang 99 Perak mengikut
kajian Suria, Azniza & Azmi (2015) ialah:

Undang-undang mengadu. Undang-undang orang jadi


Undang-undang berlukaan. raja
Undang-undang orang Undang-undang orang jadi
membunuh orang. pegawai memerintah di
Undang-undang orang kafir. dalam mukim,
Undang-undang orang Undang-undang orang
perempuan tiada tentu menghidupi binatang jinak,
bapanya. Undang-undang tanaman
Undang-undang orang dibunuh oleh orang,
mengambil perempuan Undang-undang hamba
orang. atau kawan,
Undang-undang perkataan Undang-undang orang
sahaja. hutang-piutang,
Contoh perkara yang
terkandung dalam
Undang-undang
99 Perak
1. Tugas serta tanggungjawab pemerintah : merangkumi peranan
seorang Raja atau Sultan atau Yang Di-Pertuan Agung dalam sektor
pemerintahan serta para-para pembesar yang menjadi tulang
belakang dalam tampuk pemerintahan.

Contohnya : Fasal 92

"Undang-undang orang menjadi Raja di-dalam negeri itu apa-apa

yang jadi aman pada negeri itu?" Maka sembah Menteri, "

Pertama-tama adil hukum-nya, kedua murah makan di-dalam

negeri itu, jadi aman-lah negeri itu.


2. Peraturan Adat Istiadat : sebagai contoh Adat menghadap Raja,
Adat perlantikan Raja, Adat Berbahasa semasa berada dalam istana
dan sebagainya.

Contohnya : Fasal 24
"Undang-undang orang mengadap raja-raja atau orang besar-
besar: maka titah Raja Nasruan Adil, "Apa hukum-nya ?
"Maka sembah Menteri, " Tatkala dudok di-balai itu mau-lah
tundokkan kepala dan tiada boleh di- liarkan mata dan jangan
memandang muka-nya dan suara jangan di-besarkan,
tetapkan diri seperti dudok diam di-dalam adat."
3. Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah :
contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan
sebagainya.
Contoh : Fasal 1
Undang-undang orang mengadir: maka titah Raja Nasruan
Adil, "Apa-lah hukum-nya bilang-bilang hari orang datang
mengadukan orang menchuri harta orang ?'* Maka sembah
Menteri, " Ya tuan-ku, jika sa-kali boleh di-muafakatkan,
suroh ganti barang itu ; jika sampai dua kali di-potong jari-
nya; jika sarapai tiga kali di-buang orang itu daripada
mukim itu."
4. Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal
kekeluargaan: contohnya; perkahwinan,
penceraian, pemahagian harta dan sebagainya.

Contoh : Fasal 54

"Undang-undang orang perempuan mengadu


hendak cherai apa hukum-nya?" Maka sembah
Menteri, " Pertama-tama tiada nafkah batin,
kedua tiada nafkah dzahir, boleh-lah cherai."
5. Memberi panduan kepada hakim dalam membuat
sesuatu keputusan pengadilan dan mencadangkan
beberapa kaedah penyiasatan yang perlu dilakukan bagi
mencapai keputusan yang adil dan saksama

Fasal 21 menyebut berkenaan undang-undang


orang sama sekampung berdakwa iaitu; Maka
sembah [Menteri],Jika dapat pendakwaan sebab
kelakuan atau sebab kata-kata mulutnya sahaja,
tiadalah boleh dihukumkan dengan emas,
mahulah beri tegah sahaja dahulu. Jikalau
dibuatnya juga lain-lain kali, bolehlah dia
diadatkan [yang] betul adanya.
6. Memberi panduan kepada Raja dalam mentadbir
sesuatu negeri.

Fasal 92 menyebut,Undang-undang orang menjadi Raja di


dalam negeri itu, apa-apa yang menjadi aman kepada negeri
itu? Maka sembah Menteri,Ya tuanku Syah Alam,
pertama-tama adil hukumnya, yang kedua murah
makan di dalam negeri itu, maka jadi amanlah
negeri itu.

Fasal 93 yang menyebut,Undang-undang orang jadi orang


besar di dalam negeri itu hendaklah adatnya pertama-
tama orang besar itu memelihara di atas rajanya,
yang kedua memelihara di atas rakyatnya, maka
amanlah negeri itu.
7. menerangkan berkenaan persoalan perkahwinan dan
penceraian seperti yang termaktub di dalam Fasal 9, 38
dan 41.

Fasal 38 menerangkan berkenaan dengan undang-


undang orang bunting dahulu kemudian nikahnya,
dan tatkala sudah nikah itu lalulah cerai. Ia
menyebut, Maka sembah Menteri, Boleh juga
cerai, tetapinya apabila beranak itu mahulah
pelihara empat puluh empat hari oleh bapanya
itu. Dan jika anaknya itu mati, di dalam tujuh hari
sahaja dipelihara di atas perempuan itu, upah
bidan atau lain-lainnya kena bayar oleh lakinya
itu adanya.
8. menekankan peraturan berkenaan dengan undang-
undang jenayah dan hukuman setimpal yang dijadikan
panduan oleh hakim dalam menjatuhkan hukuman

Fasal 3 menyatakanOrang yang membunuh itu


dibunuh juga. Akan tetapi jika sama orang Islam,
apabila sampai kepada hakim, tiada boleh
dibunuh, hanya dihukum lima tahil emas sahaja
dan kena kendurinya kerbau atau kambing putih
atau unta putih supaya lepas.
Kajian Yang Berkaitan
Suria, Azniza & Azmi (2015) menyatakan bahawa:
Undang-undang 99 Perak merupakan warisan
persuratan yang sangat bernilai mengenai
tentang peraturan asas dan norma penduduk di
Perak.
Menjadi simbol ketamadunan dan kemegahan
bangsa.
Walaupun Raja merupakan pemerintah pada
masa itu, namun sedia menerima nasihat
daripada golongan bijak pandai pada masa itu.
Jelani Harun (2008) pula menyatakan bahawa
Unsur perundangan Islam terdapat dalam
Undang-Undang 99 Perak, namun undang-
undang adat masih tetap mendapat keutamaan.

Dalam karya Winstedt A History of Classical


Malay Literature menunjukkan Undang-Undang
99 Perak yang kandungannya didapati telah
diadaptasi dan disesuaikan dengan keadaan
tempatan apabila diterima menjadi undang-
undang di Perak sekitar abad ke-17 dan 18.
Jenis hukuman yang dikenakan ke atas pesalah
jelas tidak mengambarkan sepenuhnya
perundangan Islam yang tulen. Jenis hukuman
tersebut ditukar ke konsep denda berbentuk
wang mahupun emas dan perak. Sesiapa yang
mempunyai kemampuan untuk membayar
denda tersebut maka dia akan terlepas dari
dikenakan hukuman.
Dalam karya J. Rigby The Ninety-nine Laws of Perak
mengatakan pesalah zina perlu dinikahkan sahaja.
Malah, kalau penzina itu dari golongan bangsawan dia
akan terlepas dari dikenakan hukuman tersebut.
Dalam fasal 50 dari Undang-undang 99 Perak
dinyatakan:
Undang-undang orang berzina dengan sa-orang
perempuan sudah sampai aduan kepada penghulu
mukim itu, apa hukum-nya? Maka sembah Menteri,
Jika mengaku antara kedua-nya boleh-lah di-nikahkan
dan kena denda sepaha emas; jika penghulu mukim itu
tiada-lah, salah, salah boleh muafakat
Di sini dapat dilihat bahawa perkara berkaitan
zina dan yang berkaitan dengannya tidak
dihukum mengikut peruntukan hukum Islam
sepenuhnya dan masih terdapat unsur pilih kasih
dan berat sebelah walaupun disebut hukum
negeri Islam.
Merujuk kajian yang dibuat oleh Liaw Yock Fang
dalam Undang-undang Melaka dalam kes zina
hanya Hukum Kanun Melaka yang diketahui
benar-benar mengikut peruntukan
undangundang Islam.
Selain itu, terdapat juga perkara yang diharamkan
oleh Islam tetapi dibenarkan dalam Undang-
undang 99 Perak. Sebagai contoh pada Fasal 83
disebutkan:
Undang-undang orang sa-susu nikah, maka titah
Raja Nasruan Adil: Apa hukumnya? Maka
sembah menteri, Kepada dunia boleh, akan
tetapi kedua mereka itu punya emak bersalam-
salaman mengampun anakanaknya, jadi ampun;
kerana di-dalam dunia ini emak dan bapa-nya,
kedua raja yang jadi Sultan itu, ganti Tuhan.
Petikan di atas jelas menunjukkan emas dan
harta dunia menjadi tuntutan dan boleh
menebus semua kesalahan yang dilakukan
oleh pesalah. Seperti situasi di atas, seorang
lelaki dibenarkan bernikah dengan anak
susuan isterinya jika dia sanggup membayar
dengan emas dan perak.
Mereka berpandangan tidak berguna Allah
SWT mewujudkan emas dan mengurniakan
sumber kekayaan jika tidak dimanfaatkan
untuk memperoleh kesenangan termasuklah
menebus segala kesalahan.
Buktinya terdapat dalam Fasal 84, dinyatakan:
Karna kegunaan emas di-turunkan Allah ka-
dalam dunia ini barang siapasiapa yang
menaroh-nya boleh senang, boleh di-
lepaskan-nya daripada apa-apa salah; jika
tiada boleh tiada-lah berguna Allah turunkan
ka-dalam dunia ini pada hanba-nya.
Rujukan
Jaleni Harun. (2008). Kajian Naskhah Undang-Undang Adat
Melayu di London. Sari, 26, 127-148.
Suria Fadhillah Md Pauzi, Azniza Ahmad Zaini & Mohd Azmi Nias
Ahmad. (2015). Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan:
Warisan Persuratan Melayu Negeri Perak. KONAKA 2015, 87-
93.
Hukum Kanun
Pahang
Pengenalan
Hukum Kanun Pahang ialah undang-undang yang digunakan
sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah
(1592 1614 Masihi)
Merupakan hukum kanun tertua selepas Hukum Kanun Melaka
Menampakkan perubahan dan penambahan terutamanya dalam
aspek keislaman
Kedudukan raja sebagai khalifah, kedudukan raja dalam
mentadbir negeri sebagaimana kedudukan nabi mentadbir
umat, menjalankan amar makruf nahi mungkar,
tanggungjawab kepada rakyat
Ada pendapat menyatakan undang-undang ini merupakan:
terjemahan dan cedokan dari kitab-kitab fiqh menurut
Mazhab Syafie
lanjutan daripada Hukum Kanun Melaka (sama kandungan)
cuma berbeza jumlah fasal
Kandungannya yang awal
mencerminkan pengaruh Hindu
iaitu yang terdiri daripada
fasal 1 hingga 23

66 fasal lagi setelah menerima pengaruh Islam.


Ia berkembang lagi menjadi 67 dan kemudiannya 93
fasal setelah menerima pengaruh Hukum Kanun
Melaka dan Undang-undang Johor
Pengenalan
Mempunyai 93 fasal
Mempunyai 19 fasal besar, dan beberapa bab kecil
berkenaan aspek perlakuan sosial
Terbahagi kepada 5 kategori

Azah Halimah Ramli, (n.d)


19 fasal besar
1. Adat majlis raja dan adat pakaian dan bermain kepada orang besar-besar.
2. Hukum penggunaan lima patah bahasa diraja iaitu titah, patik, murka,
kurnia dan anugerah.
3. Hukum jikalau mati seseorang raja.
4. Hukum yang terpakai di negeri dan sungai dan dusun pada negeri yang
takluknya yang melihat berbunuh-bunuh, menikam, menetak, memukul dan
merampas.
5. Hukum membunuh orang dengan tiada setahu raja atau orang besar-besar.
6. Hukum segala orang mengamuk.
7. Hukum orang menderhaka dan membunuh hamba abdi.
8. Hukum orang menetak orang.
9. Hukum empat martabat orang yang dapat membunuh.
10.Hukum tentang biduanda dan mada-mada, hamba orang dan hamba raja.
Azah Halimah Ramli, (n.d)
19 fasal besar
11.Hukum orang mencuri.
12.Hukum orang menawar anak bini orang.
13.Hukum orang lari dan menyembunyikan dan mengurungkan hamba orang.
14.Hukum bertuduh-tuduh, bersangkal dan lawan seseorang itu menuduh.
15.Hukum upahan menaik kayu dan menebang pokok kayu perhumaan.
16.Hukum fadhul (mengambil tahu hal orang, mengumpat, campur tangan dan
fitnah)
17.Hukum orang mengambil upah membunuh orang atau menampar orang
atau memalukan orang.
18.Hukum angkara, iaitu angkara maharajalela dan angkara menawar tunangan
orang atau melakukan barang kehendaknya tiada berkira-kira.
19.Hukum tentang perilaku tentang buah-buahan dalam kampung atau dalam
kota negeri.
Azah Halimah Ramli, (n.d)
5 kategori
1. Undang-undang jenayah
2. Undang-undang muamalat
3. Undang-undang keluarga dan
perkahwinan
4. Perkara berhubung dengan kesalahan
agama dan ibadah
5. Undang-undang adat dan perlembagaan

Azah Halimah Ramli, (n.d)


Pembahagian Hukum Kanun
Pahang mengikut Fasal
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32
33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48
49 50 51 52 53 54 55 58 59 60 61 62 63 64
65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80
81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93

Perkara berhubung Kesalahan Agama


Undang-undang Jenayah
dan Ibadah

Undang-undang Undang-undang Adat dan


Muamalat Perlembagaan

Undang-undang Keluarga dan Perkahwinan

Azah Halimah Ramli, (n.d) dan Zaini Nasohah, 2004


Hukum Kanun Pahang
mempunyai

tidak tersusun secara sistematik &


tidak mengikut klasifikasi tertentu
Pengenalan
Hukum Kanun Pahang digunakan di Pahang, Johor
dan Perak
Undang-undang tersebut ditadbir oleh pegawai
yang telah dilantik oleh Sultan Faqih, Menteri,
Penghulu Bendahari, Temenggung, Hulubalang dan
hamba raja
Sultan Ghaffar Mahyuddin Shah telah berjaya
membina kekuatan pertahanan, ekonomi dan
mengukuhkan kedudukan undang-undang negeri
berteraskan Islam.
Sejarah Perkembangan
Hukum Kanun Pahang
Hukum Kanun Pahang ialah kesinambungan daripada
Hukum Kanun Melaka:
Kerajaan Melaka telah menguasai negeri Pahang pada
1470 Masihi. Raja pertama dari raja Melaka iaitu Sultan
Muhammad Shah (1470-1475M) telah bertukar ganti
sehingga kepada Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah
(1592-1614M) iaitu keturunan raja yang ke-12.
Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin Shah telah membuat
penambahbaikan terhadap Hukum Kanun Melaka dan
menamakannya sebagai Hukum Kanun Pahang.
Memperkemaskan peruntukan undang-undang sedia ada
yang sesuai, menambahkan undang-undang baru mengikut
keperluan semasa
Sejarah Perkembangan
Hukum Kanun Pahang
Pembaharuan meliputi:
Penambahan elemen syariah
Pengurangan elemen adat yang terdapat dalam Hukum
Kanun Melaka
Kedudukan sultan sebagai khalifah yang menjalankan
tugas amar makruf nahi mungkar seperti nabi
Hukum Kanun Pahang telah dikuatkuasakan di
Pahang dan Johor sewaktu peringkat pertama
pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyuddin
Shah, manakala peringkat kedua pula
dikuatkuasakan di Pahang, Johor dan Perak.
Intipati Hukum Kanun
Pahang secara umum
Undang-undang Pemerintahan dan Pentadbiran
(Perlembagaan):
Kedudukan Sultan sebagai ketua negeri
Hubungan Sultan dengan pegawai-pegawai yang dilantik
Hubungan dengan rakyat awam
Kawasan berkuatkuasanya undang-undang dan pemerintahan
Undang-undang jenayah:
Menyatakan tentang hak istimewa raja yang tidak boleh
dicabuli
Hukum orang yang menceroboh tanah atau kampung
Hukum pembunuhan dan qisas kecederaan
Hukum hudud: minum arak, mencuri, menyamun, murtad,
berzina, tuduhan berzina, dan durhaka kepada raja
Intipati Hukum Kanun
Pahang secara umum
Undang-undang Muamalat:
Berkenaan perniagaan, jual beli dan aib
Hukum berhutang, memberi hutang, bergadai, pinjaman
barang
Hukum orang muflis
Hukum tentang hamba
Hukum menaruh amanah dan barang amanah
Hukum sewaan dan upah pekerja
Hukum terjumpa barang hilang
Hukum denda dan diyat
Hukum bapa dan nenek mengambil pemberian anak-anak
(hibah)
Hukum pembukaan tanah
Hukum wakaf
Intipati Hukum Kanun
Pahang secara umum
Undang-undang acara dan keterangan:
Hukum membuat sesuatu tuntutan
Prosedur membuat tuntutan di mahkamah
Hukum tentang saksi dan sumpah
Prosedur perbicaraan dalam mahkamah
Hukum hakim menerima rasuah
Undang-undang Keagamaan:
Hukum mengenai murtad
Hukum menunaikan solat
Hukum tidak membayar zakat
Intipati Hukum Kanun
Pahang secara umum
Undang-undang Antarabangsa:
Hukum perang sabil
Hukum orang tawanan
Hukum jenayah antara muslim dengan bukan muslim
Hukum jenayah antara bukan muslim dengan bukan muslim
Hukum hubungan antara negara
Undang-undang Percukaian:
Jenis-jenis barang yang dikenakan cukai
Kadar bayaran yang ditetapkan bagi setiap barangan
Ketetapan cukai berdasarkan kawasan
Ketetapan kadar minimum barang yang dikenakan cukai
Kadar cukai kapal masuk ke pelabuhan
Intipati Hukum Kanun
Pahang secara umum
Undang-undang Laut:
Menggunakan hukum Undang-undang Laut Melaka yang
meliputi kuasa di laut, nakhoda, awak-awak dan perahu
Beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan
seperi jenayah hudud, sivil, hukum kapal masuk
pelabuhan dan sebagainya
PEMBAHARUAN
DALAM HUKUM KANUN
PAHANG
1. Mengukuhkan kedudukan pemerintahan dan pentadbiran :
- raja mempunyai autoriti penuh bagi melantik pegawai-
pegawainya
: mangkubumi, menteri, penghulu bendahari,
temenggong, hulubalang, shahbandar dan hamba raja.

Setiap daripada mereka telah ditetapkan syarat-syarat


kelayakan dan tugas masing-masing.
Para pegawai yang dilantik harusnya memiliki syarat-syarat
atau kelulusan seperti berikut :
- Bagi perlantikan jawatan seorang Faqih perlulah
mengamalkan tujuh syarat;
i) Syukur kepada kurniaan Allah dan Rasulnya.
ii) Didahulukan kebaktian kepada Allah daripada kebaktian
kepada raja.
iii) Hendaklah sentiasa cita-citanya menyempurnakan
pekerjaan rajanya dengan perbuatan yang adil dan
disegerakan segala hukum hamba Allah yang mengadu hal
kepadanya.
iv) Hendaklah jangan bersalahan sesuatu pekerjaanya dengan
dalil dan hadis dan jangan lupa titah rajanya; hendaklah
nyawanya, hatinya dan anggotanya menumpukan tugasnya.
v) Redhalah ia dengan keadaannya itu, kerana kesabaran
mengalami kesakitan ujian Allah itu akan diangkat
martabatnya, dan dimuliakan dengan kemuliaan yang
sempurna.
vi) Hendaklah dipenjarakan nafsunya daripada segala perangai
keji.
vii) Hendaklah ia sentiasa hadir pagi dan petang di balai raja.
- Pelantikan Penghulu Bendahari :
1. Bercakap benar, ia boleh membina kemesraan dan
menyingkirkan kejahatan dari dirinya.
2. Memahami sikap rajanya.
3. Menjaga hamba raja yang diserah kepadanya supaya kasih
dan redha kepada pekerjanya.
4. Membawa barang kepada raja seperti yang
dikehendakinya kecuali raja tiada di dalam negara.
5. Mengasihi perempuan hamba raja yang karib.
6. Dilayan isterinya itu sama seperti kelakuan hamba raja di
dalam istana.
7. Hendaklah sentiasa menatap segala urusan yang diserahkan
kepadanya.
8. Jangan disegerakan barang yang ada padanya.
9. Hendaklah sentiasa cita-citanya memenuhi
perbendaharaan tuanya, dan meneliti kesukaan tuanya.
- Pelantikan TEMENGGUNG :
1. Menaruh perajurit dan memelihara dirinya.
2. Pandai menjaga diri.
3. Jauh penglihatan dan pendengarannya dan sentiasa
memeriksa keadaan orang yang dihukum.
4. Jangan bermuka-muka supaya terhasil pekerjaan yang
dititahkan.
5. Hendaklah mencari hubungan kerapatan yang baik kerana
pekerjaan ini amat sukar.
6. Hendaklah sabar kepada kata-kata kerana orang yang
memiliki perintah tuanya itu sentiasa diumpat dan dikata.
- Pelantikan HULUBALANG
:

1. Mesti pemurah.
2. Menjaga keluarga.
3. Mempunyai teknik peperangan.
4. Mahir dalam menggunakan pelbagai senjata.
- Pelantikan SHAHBANDAR :

1. Bekerjasama dengan Penghulu bendahari dalam mengira


hasil kerajaan.
2. Hendaklah menjaga golongan pedagang kerana mereka
merupakan penyumbang kepada kemakmuran negeri.
3. Jika golongan pedagang itu dianiayai, perlulah membawa
kes ini kepada pihak berkuasa.
4. Mendapatkan maklumat tentang negeri-negeri lain.
5. Mesti memeriksa perahu yang keluar masuk dan
menyediakan kelengkapan yang diperlukan.
- Pelantikan
HAMBA RAJA YANG KARIB :

1. Hendaklah sentiasa menyiasat perkara-perkara yang boleh


mendatangkan kecelaan kepada tuannya dan haruslah
disampaikan kepada raja.
2. Jangan cemburu sesama islam.
3. Hendaklah berani datang sembah pada ketikanya.
4. Jangan ada perasaan bermegah terhadap kurniaan raja.
5. Hendaklah menyimpan rahsia raja.
SUMBER-SUMBER
HUKUM KANUN PAHANG

Hukum-hukum yang terdapat di dalam hukum Kanun


Pahang diperkukuhkan dengan sandaran nas Quran
dan Hadis :

- Peruntukan tentang Khalifah.


- Peruntukan tentang ketaatan kepada pemerintah.
- Peruntukan tentang tanggungjawab pemimpin.
Selain menggunakan Nas Quran dan Hadis, sumber
Hukum Kanun Pahang juga diambil berdasarkan
perintah raja dan adat :
- Contohnya : maka diperbuatnya oleh raja itu
sebagai pegawainya dindingnya dan tiang
kerajaannya, maka diserahkan segala pekerjaannya
masing-masing pada tanggungannya supaya dapat ia
istirehat atas kerajaanya.

Kenyataan ini menunjukkan bahawa raja mempunyai


kuasa yang boleh menentukan pegawai-pegawai dan
rakyatnya.
KESIMPULAN :

Hukum Kanun Pahang yang merupakan serpihan ataupun


kesinambungan daripada Hukum Kanun Melaka
telah di reformasikan oleh Sultan Abdul Ghaffar
Mahyuddin Shah menjadi sebuah Qanun atau Undang-
undang yang lebih Islamik berbanding dengan Hukum Kanun
yang asal (Hukum Kanun Melaka).
Dengan adanya hukum Kanun ini telah membolehkan ianya
menjamin keamanan dan keselamatan dalam
negeri Pahang semasa pemerintahan Sultan Abdul
Ghaffar melalui pelaksanaanya yang menepati ciri-ciri islam.

Disini dapat juga dilihat bahawa undang-undang atau


Hukum Kanun ini yang telah digunapakai sejak berabad
lepas masih lagi mempunyai kerelevenannya dalam
sesetengah aspek untuk diketengahkan dalam sistem
perundangan masa kini.
Perbezaan Hukum Kanun Pahang
(HKP) dan Hukum Kanun Melaka
(HKM)
HKP HKM
1. 93 fasal 1. 44 fasal
2. Pengurangan elemen adat 2. Mengandungi elemen adat
yang ada dalam HKM orang Melayu
3. Pengaruh undang-undang 3. Pengaruh agama Hindu dan
Islam lebih besar adat lebih besar
4. Kedudukan sultan sebagai 4. Kedudukan sultan sebagai
khalifah dewaraja
5. Meliputi undang-undang di 5. Undang-undang hanya
laut digunapakai di daratan sahaja
6. Mengandungi undang- 6. Tiada menyentuh tentang
undang percukaian undang-undang percukaian
Manuskrip
Hukum Kanun Pahang
Naskhah:

A B C D
Dimiliki oleh Lembaga
Ditemui di Muzium Pahang
Disimpan di Royal Asiatic
Muzium Perak Disimpan di Muzium Sultan
Society, London
(Abu Hassan Abu Bakar, Pekan
Disalin di negeri Perak
Sham, 1995) Diperolehi daripada penjual
untuk pegawai Inggeris
Disalin di Pahang barang-barang antik yang
yang bertugas di Perak
untuk Hugh mendapatinya daripada
iaitu Sir William Maxwell
Clifford yang Patani (Mohamad Mokhtar
(Naskhah A) dan Mr.
bertugas sebagai Abu Bakar, 1997)
Leech (Naskhah B)
Residen Pahang Manuskrip ini telah
diselenggara oleh Yaakub Isa
Jelani Harun, 2001
Dapatan Kajian
Azah Halimah Ramli
Isi kandungan HKP turut merangkumi
persempadanan Pahang
Golongan ulama sangat rapat dengan pihak istana
bertugas sebagai penasihat membolehkan
penyebaran ajaran Islam di Nusantara
Perubahan tamadun sudah berlaku di Pahang
meskipun mereka sekadar mengamalkan aktiviti
sara diri
Wujudnya hierarki dalam HKP untuk membezakan
golongan pemerintah & golongan diperintah
daripada aspek kedudukan dan penghormatan
Dapatan Kajian
Azah Halimah Ramli
Politik:
Sistem politik yang dijelaskan dalam Fasal 31
menerangkan bidang kuasa Penghulu Bendahari
Dan dijadikan pula penghulu bendahari, maka
diserahkan padanya dan menyurat daftar segala
hambanya dan mengiring segala hasil yang baik
kepadanya dan memulih segala pekerjaanya yang
dalam pagar istana. Maka ia menetukan dia segala
pekerjaanya itu. Dan dijadikan pula Temenggung.
Maka menyerahkannya segala pekerjaan negeri
kepadanya seperti kota parit dan orang si mati dan
ehwal negeri atasnyalah tertanggung ...
Dapatan Kajian
Azah Halimah Ramli
Ekonomi:
Hukum tanah tanaman terbakar, hukum berjual beli, hukum hasil
dan hukum cukai
Tanah tanaman yang tiada diperhuma oleh tuannya. Maka
barang siapa hendak berbuat dia dipinjamnya pada tuannya
atau disewanya. Kemudinya jika berkehendak tuannya
dikembalikan pada tuannya. Maka hendaklah kamu segala
sekalian menolong saudara kamu yang se-Islam.
Sekiranya terdapat tanah tanaman yang tidak diusahakan oleh
pemiliknya dan ada individu yang berminat untuk
mengusahakannya maka sistem penyewaan boleh dilakukan
menerusi tuannya. Seterusnya, jika tuannya berhasrat untuk
mengambil balik tanah yang disewakan itu maka haruslah individu
menjadi penyewa tersebut mengembalikannya. Seterusnya, lebihan
hasil yang diperolehi tersebut hendaklah disalurkan kepada kaum
seislam yang memerlukan pertolongan.
Dapatan Kajian
Azah Halimah Ramli
Ekonomi:
Golongan pemerintah dan rakyat bekerjasama mengembangkan
ekonomi agar lebih pesat
Hukum bertanam pula ialah, maka hendaklah segala kamu
yang bertanam tanaman itu kamu perbuat pagarnya, jangan
kamu taksir pada menuggui dia. Bermula pada tanam-tanam
itu atas dua perkara. Suatu tanam berpagar. Jika masuk
kerbau atau lembu, maka tertikam pada malamnya, menyilih,
sebelah harga tanaman pada kaul sah menyilih suatu
harganya tanaman itu di sebelah umpanya kerbau itu.(fasal
keenam).
Sekiranya seseorang individu tersebut mengusahakan tidak kira apa
sahaja tanaman, maka ianya hendaklah menjaga tanamannya
sebaik mungkin jika menginginkan hasil yang baik. Penjagaan
tanaman tersebut seperti membuat pagar bagi mengelakkan
daripada binatang yang boleh memusnahkan tanaman tersebut.
Dapatan Kajian
Azah Halimah Ramli
Ekonomi:
Upah menenun kain
Harga upahan hendaklah diberi jika hanya selesai kain
tersebut ditenun seluruhnya.
Dapat menggalakkan si pengambil upah bersungguh-
sungguh bekerja.
Ini menjelaskan bahawa undang-undang yang
ditetapkan itu menjamin kestabilan ekonomi,
menjamin kebajikan rakyat jelata dan memberi
kesedaran kepada rakyat seterusnya memupuk
kesetiaan dan kepatuhan rakyat dengan
menghormati undang-undang.
Dapatan Kajian
Azah Halimah Ramli
Sosial:
Satu item penting untuk membuktikan
ketertinggian kebudayaan Melayu
Fasal nikah kahwin dalam HKP
Menunjukkan keprihatinan penggubal undang-
undang dalam mewujudkan institusi keluarga yang
sempurna
Sistem hierarki dalam HKP
Sistem Hierarki dalam HKP
Golongan Golongan
pemerintah
& diperintah

Rakyat biasa, orang asing yang


Raja, bebas, merdeka, hamba
keluarga
raja, Pedagang, peniaga kecil-
pembesar, kecilan
pentadbir, Buruh, pekerja biasa
Petani, tukang mahir
Hamba abdi
ulama
Hamba
berhutang
Rujukan
Zaini Nasohah. (2004). Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia:
sebelum dan menjelang merdeka. Kuala Lumpur: Utusan Publications
Ramizah Wan Muhammad. (2009). Sejarah pentadbiran kehakiman Islam
di Malaysia: satu sorotan. Kanun (Jurnal Undang-undang Malaysia), 21,
1-11.
Jelani Harun. (2001). Manuskrip negeri Pahang: membicarakan tokoh
pengarang & penyalin, Seminar Persuratan Pahang: Menjejaki Warisan
Pahang (1-24). Pahang: Dewan Persuratan Melayu Pahang
n.d. (2016). Hukum Kanun Pahang. Diakses pada 15 Jun 2017 daripada
laman web blogspot.com:
https://almuazzamshah.blogspot.my/2016/11/hukum-kanun-
pahang.html?m=1
Azah Halimah Ramli. (n.d). Hukum Kanun Pahang. Diakses pada 15 Jun
2017 daripada laman web Academia.edu:
https://www.academia.edu/5229045/Hukum_kanun_pahang
SEJARAH
UNDANG-UNDANG
KEDAH
SEJARAH
PERLEMBAGAAN
DI NEGERI-NEGERI
MELAYU
SEHINGGA AWAL
KURUN KE-20
Pada peringkat awal perkembangan kerajaan Kedah, kegiatan
perdagangan tertumpu di pelabuhan di Sungai Mas & Lembah
Bujang namun sekitar abad ke 17 M, Kuala Kedah pula menjadi
tumpuan
Pada abad itu Kuala Kedah merupakan sebuah pelabuhan yg
agak baik
Setelah Portugis menakluki Melaka pada 1511, ramai
pedagang Islam yang dulunya tertumpu ke Melaka kini beralih
ke Acheh & Kedah
Ketika itu Kedah banyak menghasilkan beras, timah, lada hitam
yang semakin meningkat menjadi komoditi utama perdagangan
antarabangsa
Justeru kerana semakin sibuknya pelabuhan Kedah pd abd ke
17 & 18 maka kerajaan Kedah telah menghasilkan undang-
undang serta peraturannya sendiri
Hal ini bukan bermakna seblm abad2 yg disebutkan itu Kedah
tdk mempunyai undang-undang dan peraturan tetapi hgga hari
ini undang-undang dlm bentuk dokumen masih blm ditemui
Di samping itu ada kemungkinan Kedah menggunakan
undang2 & peraturan yang dikenakan oleh kuasa-kuasa yg
menaunginya pada masa itu spt Funan, Srivijaya, Pasai, Siam,
Melaka & Aceh
Setelah bebas daripada naungan ini, Kedah mula mencatatkan
undang -undangnya sendiri. Namun bgitu undang2 tersebut
jelas menampakkan pengaruh kerajaan2 yang pernah
menaunginya khususnya Melaka & Aceh
BAB UTAMA DALAM
UNDANG-UNDANG KEDAH
5 BAB DALAM UNDANG-UNDANG KEDAH

1. Undang-undang Pelabuhan (1650)

2. Tembera Dato' Seri Paduka Tuan (1667)

3. Hukum Kanun Dato' Kota Setar (tiada tahun)

4. Adat Bunga Mas, Adat Kebesaran, Pada Masa


Tabal, Orang Besar-besar, Adat Meminang

5. Undang-undang 1199 Hijrah (1784)


1.UNDANG-UNDANG PELABUHAN KEDAH
Ia juga dikenali Undang-undang 1060H.
Digubal berdasarkan Undang-undang Pelabuhan Acheh (Adat Acheh).
- persamaan : nama-nama jawatan dan peraturan yang hampir sama.
- kerajaan Kedah berada di bawah jajahan takluk Kesultanan Acheh.
Undang-undang ini telah dibuat oleh Dato' Besar atas perintah Sultan
Kedah, Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1619-1652M).
Mengandungi 37 fasal.
- Cth : Undang-undang pelabuhan, perdagangan, pasar, tugas para
pembesar.
Jawatan penting yang terdapat di pelabuhan Kedah - Panglima Negeri,
Panglima Bandar, Shahbandar, Panglima Kuala, Mata-mata dan Sakai.
Memberi panduan yang jelas mengenai sisem percukaian - berbeza antara
pedagang mengikut negeri.
Sistem matawang - bidur (wang timah), kupang dan wang emas.
Sistem sukatan - gantang, kayu, koyan, nalih, dan tahil.
Tujuan penulisan Undang-undang Pelabuhan Kedah :
- membantu pensejarahan Malaysia dalam mengenal pasti zaman
kegemilangan pelabuhan Kuala Kedah sebagai pelabuhan entrepot
penting pada abad ke-17.
2.TEMBERA DATO' SERI PADUKA TUAN
Ditulis oleh pembesar negeri Kedah (Dato' Seri Paduka Tuan) sewaktu
pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Syah (1661--1687M).
Membicarakan tentang kesalahan dan hukuman bagi perbuatan jenayah dan
dilarang oleh syarak.
Mengandungi 16 fasal - jenayah, pertanian dan penternakan.
Merupakan tembera yang bersifat Islamik - mencegah perkara yang mungkar
dan menggalakkan perkara yang baik.
- Fasal 1 : tugas penghulu dan panglima adalah untuk menangkap mereka
yang berjudi, menghisap ganja, minum arak, mencuri dan membawa
mereka ke muka pengadilan.
- Fasal 2 : para kweng dikehendaki menasihati anak buah mereka supaya
mengerjakan sembahyang lima waktu, sembahyang Jumaat dan berpuasa.
Mereka yang tidak mahu solat akan ditangkap dan dikakang lehernya -
hanya dilepaskan jika dia mahu bertaubat.
Aspek pertanian dan penternakan - banyak mencatatkan tentang hal-hal
padi dan kerbau.
- perintah membuat pagar di sawah dan hukuman terhadap kerbau dan
tuan kerbau jika kerbaunya menceroboh masuk ke sawah orang lain
yang sudah berpagar atau pun jika menanduk orang.
Terdapat 5 fasal. Antaranya:
- Fasal 15 : peraturan berdagang dan undang-undang tentang tanah
memperuntukkan hak laluan). Cth : tuan tanah yang mengerjakan
sawah wajib membuka sebahagian batasnya agar dapat
dijadikan laluan kepada orang ramai.
3.HUKUM KANUN DATO' KOTA SETAR
Tidak diketahui secara jelas tarikh penggubalannya.
Mengandungi 8 fasal - mencatatkan tugas dan tanggung jawab raja dan
para pegawai negeri. Antaranya termasuklah :
1. Tugas temenggung
2. Perintah Raja-raja
3. Syarat Raja-raja
4. Bahasa Raja-raja
5. Pakaian Raja-raja
6. Lima perkara yang dibenarkan rakyat biasa melakukannya.
7. Warna bendera untuk Raja-raja, Menteri dan Hulubalang.
8. Sifat kebesaran yang ada pada Raja-raja dan para pembesar lain.
Memperincikan tugas pegawai termasuk hak dan tugas raja :
- hak dan keistimewaan raja, tugas Temenggung, Syahbandar,
Laksamana, Panglima Negeri, Paduka Raja dan Bentara.
Undang-undang ini jelas memperlihatkan kematangan fikiran orang-
orang Melayu pada masa itu dalam mengawal kegiatan dan tindakan
para pegawai negeri.
- Cth : walaupun Temenggung merupakan seorang pegawai yang
mempunyai kuasa besar dan bertindak sebagai Menteri Dalam
Negeri Ketua Polis Negara, namun tidak boleh bertindak sesuka hati.
- Kanun Dato' Kota Setar memperuntukkan bahawa tidak boleh
bertindak menghukum seseorang setelah dijatuhi
hukuman oleh Penghulu Hakim.
Antara tugas pembesar :
- melakukan rondaan bergilir-gilir.
- mengawal penjara.
- menangkap pesalah seperti pencuri, penyamun, pemakan madat,
penyabung ayam dan pembunuh.
- orang ramai tidak dibenarkan berjalan malam kecuali mempunyai
sebab utama dengan syarat menggunakan damar. Mereka
yang melanggar hukuman ini akan ditangkap, yang melawan akan
dibunuh kerana 'ia melawan titah Raja'.
Sekiranya saksi tidak menghadiri perbicaraan, Temenggung akan
menugaskan anak buahnya pergi mencari.
- mendapat ubah dan bayaran mengikut jarak. Cth : Jika ke Perlis
upahnya dua emas, Tanjung Pauh dua kupang, Anak Bukit upahnya
sekupang.
Larangan diraja (Fasal 4 dan 5) :
- perkataan atau bahasa.
- hal pakaian.
Larangan membuat pengusung dan membuat binaan sebagai
tambahan kiri dan kanan sesebuah rumah, kapal atau bangunan yang
dipanggil 'sayap lelayang'.
Pengecualian larangan :
- mempelai / jenazah / perahu / masjid / pangkalan.
Gelaran 'Seri Perdana Menteri' kepada bendahara.
(1870) - Wan Muhammad Saman dilantik sebagai Perdana Menteri
Kedah.
4. ADAT ADAT BUNGA MAS, ADAT KEBESARAN, PADA MASA
TABAL, ORANG BESAR-BESAR, ADAT MEMINANG

Peraturan atau adat tentang pembuatan bunga mas untuk


dikirimkan ke Siam dan adat istiadat penabalan seseorang raja
dan juga adat pinang meminang.

Undang-undang ini tidak banyak berkaitan dengan orang


ramai. Ia lebih tertumpu kepada urusan istana.
Kedah terpaksa menghantar ufti berbentuk bunga emas
kepada Siam setelah tewas dalam peperangan pada abad ke-
18. Sebelum itu, bunga emas hanya dihantar sebagai tanda
persahabatan Kedah-Siam.

Tidak ada catatan yang menjelaskan tentang bila peraturan ini


digubal. Ia mengandungi 24 fasal.
5. UNDANG-UNDANG 1199H (1784M)

Bahagian Lima Undang-undang Kedah yang digubal pada 1784


Masihi berkait dengan salinan kepada gabungan Hukum Kanun
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Selain itu, terdapat
satu lagi versi Undang-undang Kedah yang dinamakan sebagai
Undang-undang Kedah versi Ku Din Ku Meh.
KAJIAN KES
PENGGUNAAN TARIKH MELAYU ISLAM

Terdapat percanggahan tarikh dalam Undang-undang Pelabuhan Kedah :


1) Raf 77 dan ML 25 - 1160 H
...maka undang-undang ini diperbuat pada zaman Sultan Rijaludddin
Muhammad Syah semayam di Naga, muafakat dengan segala menteri
pegawai dan pendeta membicarakan dia supaya tetap adat ini jangan
berubah-ubah...
(Raf 77 : 162, baris 23-163, baris 1-2)

2) MS 40329 - 1060H
...pada tarikh seribu enam puluh (1060), tahun zai, pada tujuh belas hari
bylan Jamadilakhir, hari Jumaat, bahawa pada ketika itu maka adalah titah
Syah Alam Yang Maha Mulia terjunjung ke atas jemala Paduka Raja suruh
salin sambil taruh undang-undang perbuatan Dato' Besar dahulu...
(MS 40329 : 1, baris 1)
PERISYTIHARAAN NEGERI ISLAM

...syahdan adalah dibicarakan Syah Alam Yang Maha Mulia dan Yang
Dipertuan Yang Maha Mulia menyuruh perbuat undang-undang
bandar kepara datuk-datuk yang tersebut itu supaya tetap adat bandar
dan pekerjaan Syahbandar di dalam negeri Islam...
(Raf 77, 153, baris 21-23)
Negeri Islam telah dinyatakan dalam undang-undang, bukan
sekadar agama rasmi sahaja.
Peruntukan kuasa kepada Syahbandar dan mata-mata untuk
menangkap pesalah yang melakukan kesalahan syariah dan
dihukum dengan takzir raja.
Dilihat sebagai satu peninggalan sejarah kerana tidak lagi berlaku
pada masa kini.
PERCUKAIAN

Hasil cukai merupakan sumber pendapatan utama para pegawai.


Cukai bergantung kepada asal barang, jenis barang dan pangkat
pegawai yang menerima cukai.
utusan

hadiah
BUDAYA PEKERJAAN
BUDAYA PERNIAGAAN

Budaya perdagangan dan perniagaan Melayu yang berasaskan


Islam.

...dan wajib menyuruh menyamai cupak dan gantang dan timbangan


jangan diberi kecik besar ma(h)ulah sama sekalian itu karena firman
taala 'aufu al-mikyala wal mizana' ertinya 'hendaklah sempurna oleh
kamu segala sukatan dan timbangan'...
(Raf 77, 161, baris 7-9)
Surah Hud (ayat 85) dalam al-Quran yang bermaksud, Dan wahai
kaumku, sempurnakan sukatan dan timbangan dengan adil....
VIDEO BERKENAAN UNDANG-
UNDANG ISLAM DI KEDAH PADA
MASA KINI
RUJUKAN

Mohd Sukki Othman & Adi Yasran Abdul Aziz. (2012). Undang-
undang Pelabuhan Kedah dari perspektif sejarah dan budaya.
Kemanusiaan, 19, 1-16.