Anda di halaman 1dari 8

KLAUSA

KONSEP
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan
yang mengandungi subjek dan predikat, yang
menjadi konstituen kepada ayat.
JENIS KLAUSA

Klausa
bebas Klausa tak
bebas
FUNGSI KLAUSA
Klausa bebas

Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat
sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang
sempurna.
Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama.
Contoh klausa bebas
Kamu pandai
Kami sudah makan
Mereka mogok
Dia cantik
Klausa tak bebas
Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri.
Klausa tak bebas juga dikenali sebagai klausa kecil.

Contoh:
Janganlah ganggu orang itu kerana dia sedang bekerja.
*Janganlah ganggu orang itu (klausa bebas).
*kerana dia sedang bekerja (klausa tak bebas).
Ayat Bahasa Melayu
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Ayat biasanya terdiri daripada sekumpulan perkataan yang membawa
makna dan mempunyai dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.
Menurut Nik Safiah Karim,2008, ayat dalam bahasa Melayu boleh
terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang
pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta
mengandungi intonasi yang sempurna.
Setiap satu kelompok mengandungi sekurang- kurangnya dua
bahagian iaitu subjek dan predikat.
Subjek menyebut sesuatu perkara, iaitu kata nama, manakala
predikat pula menerangkan tentang kata nama tersebut.
Contoh:
Sekolah Jeremy berbumbung biru.
Sekolah Jeremy subjek , berbumbung biru- predikat
Subjek dalam kedua-dua ayat ini merupakan perkara yang
diperkatakan, manakala predikatnya adalah penerangan tentang
perkara tersebut.

Anda mungkin juga menyukai