Anda di halaman 1dari 27

TOPIK 3:

PENERIMAAN
TAKRIF PENERIMAAN
Uuntuk menwujudkan satu kontrak yang mengikat, setiap
cadangan perlu ada penerimaan.
Penerimaan berlaku apabila orang kepada siapa cadangan
itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu.
Apabila suatu cadangan itu telah di terima perjanjian akan
terbentuk di antara kedua-dua pihak iaitu pembuat janji
dan penerima janji.
PENERIMAAN

Seksyen 2(b) AK:


apabila orang kepada siapa cadangan itu dibuat
menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka
bolehlah dikatakan bahawa cadangan itu diterima.
Sesuatu cadangan bila diterima, adalah menjadi janji
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN
Seksyen 7 AK:
untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai janji, maka penerimaan itu
mestilah:
(a) mutlak dan tidak bersyarat;
(b) dinyatakan secara biasa dan munasabah, melainkan jika cadangan itu
menetapkan cara penerimaan. Jika cadangan itu menetapkan cara penerimaannya,
dan penerimaan cadangan itu tidak dibuat menurut cara yang ditetapkan itu maka
pencadang dalam tempoh yang munasabah sesudah penerimaan itu
dikomunikasikan kepadanya, boleh menegaskan bahawa cadangan itu hendaklah
diterima menurut cara yang telah ditetapkan dan tidak sebaliknya. Tetapi, jika ia
mungkir berbuat demikian, maka ia adalah menerima penerimaan itu.
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN

Penerimaan dengan
Dibuat
Mutlakdalam
Secara biasa
dan tidak
masa
dan
penunaian syarat
Munasabah
munasabah
bersyarat
MUTLAK DAN TIDAK
BERSYARAT
Penerimaan mestilah menepati semua syarat dan terma dalam suatu
cadangan.
Sekiranya penerima cadangan meletakkan syarat atau membuat beberapa
perubahan terhadap kontrak, maka dia tidak dikatakan membuat penerimaan
yang mutlak.
Tindakan di atas adalah sebagai cadangan balas.
Contoh kes:
Hyde v Wrench
Cadangan balas perlu di bezakan dengan permintaan untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang tawaran.
MUTLAK DAN TIDAK
BERSYARAT
Hyde V Wrench
Defenden membuat cadangan untuk menjual ladang
dengan harga 1,000 pound sterling. Plaintif menyatakan
bahawa beliau setuju untuk membeli dengan harga 950
pound sterling tetapi defenden tidak bersetuju. Selepas
beberapa hari plaintif bersetuju untuk membeli dengan
harga 1,000 pound sterling. Defenden enggan menjual.
Mahkamah memutuskan bahawa cadangan balas telah
meluputkan cadangan asal dan tiada kontrak yang wujud
antara mereka berdua.
SECARA BIASA DAN
MUNASABAH
Penerimaan hendaklah dibuat secara biasa dan
munasabah, menurut kaedah biasa yang di amalkan
kecuali pencadang atau cadangan itu sendiri menetapkan
cara penerimaannya.
Contoh: Penerimaan yang telah di tetapkan:
pembayaran mestilah dibuat secara bayaran ansuran,
empat kali bayaran
DIBUAT DALAM MASA YANG
MUNASABAH
Penerimaan perlu di buat dalam masa yang munasabah
sekiranya tiada masa yang tertentu ditetapkan.
1. Ramsgate Victoria v Montflore
Mahkamah memutuskan bahawa cadangan yang dibuat
oleh pembeli saham adalah luput kerana penerimaan tidak
dibuat dalam waktu yang munasabah oleh syarikat saham.
DIBUAT DALAM MASA YANG
MUNASABAH
Fraser v Everett
Defenden memohon untuk membeli saham dari sebuah
syarikat di London melalui telegram dalam bulan Mac.
Syarikat saham membuat penerimaan pada bulan Mei.
Plaintif menuntut apabila defenden memungkiri janji.
Mahkamah memutuskan bahawa penerimaan yang dibuat
oleh plaintif bukanlah dalam masa yang munasabah.
PENERIMAAN DENGAN
PENUNAIAN SYARAT
Seksyen 8 AK
Penunaian syarat sesuatu cadangan atau penerimaan mana-
mana balasan untuk janji balasan yang boleh ditawarkan dengan
satu cadangan, adalah untuk penerimaan cadangan itu
Sekiranya sesuatu cadangan meletakkan syarat sebelum
penerimaan, maka cadangan akan di anggap di terima setelah
penerima menunaikan syarat tersebut.
Rujuk kes : Carlill v Carbolic Smoke Ball
BERDIAM DIRI BUKAN
PENERIMAAN
Sekiranya penerima bercadang membuat penerimaan tetapi
dia hanya berdiam diri tanpa memberikan sebarang respon
atau tidak balas, maka tidak dianggap membuat penerimaan.
Dalam undang-undang perniagaan, berdiam diri bukan
dianggap sebagai penerimaan.
Contoh kes:
Felthouse v Bindley
BERDIAM DIRI BUKAN PENERIMAAN
Felthose v Bindley
seorang pelelong membuat tawaran untuk menjual seekor kuda
kepunyaan John Felthose. Plaintif bersetuju untuk membeli
kuda tersebut di mana dia menulis surat yang berbunyi Jika
saya tidak mendengar apa-apa berita tentang kuda itu, saya
menganggap bahawa kuda itu milik saya dengan harga 30
pound sterlin 15 syiling.
John Felthose tidak menjawab surat itu walaupun dia berminta
untuk menjual kuda tersebut pada harga tersebut. Plaintif
menuntut kuda tersebut.
Mahkamah memutuskan: sikap berdiam diri dengan tidak
menjawab surat tersebut bukanlah merupakan satu
BERDIAM DIRI BUKAN
PENERIMAAN
Namun dalam keadaan tertentu, berdiam diri dianggap
sebagai penerimaan.
Weather v Banham
Perbuatan mendiamkan diri selepas menerima langganan
majalah setelah tamat tempoh masa langganan luput
adalah satu penerimaan yang sah.
KOMUNIKASI PENERIMAAN
Setiap penerimaan perlu dikomunikasikan di mana pencadang tahu tentang
penerimaan telah di buat oleh penerima.
Komunikasi penerimaan menjadi lengkap apabila di komunikasikan kepada
pembuat cadangan oleh penerimanya. Apabila penerimaan telah lengkap maka
akan terbentuklah kontrak yang lengkap di sisi undang-undang.
Entores Ltd v Miles Far East Corp
Defenden berada di Amsterdam telah membuat penerimaan melalui teleks.
Plaintif yang menerima teleks penerimaan defenden berada di London.
Pertelingkahan wujud di antara kedua-dua pihak. Plaintif memohon kebenaran
untuk menyerahkan writ kepada defenden. Persoalan timbul, di manakah kontrak
terbentuk?
KOMUNIKASI PENERIMAAN

Entores v Miles Far East Corp


Mahkamah memutuskan bahawa kontrak terbentuk di
London apabila komunikasi penerimaan lengkap di
London, tempat di mana plaintif menerima jawapan
penerimaan daripada defenden.
KOMUNIKASI MELALUI POS
Pihak-pihak menggunakan pos sebagai media perantaraan
kontrak.
Apabila kaedah pos di gunakan, penerimaan secara serta
merta seperti di atas tidak akan terpakai kerana
komunikasi melalui pos adalah fenomena yang berbeza di
sisi undang-undang.
Disebabkan keunikannya, maka kaedah ini mempunyai
peruntukan berbeza di dalam AK.
KOMUNIKASI MELALUI POS
Seksyen 4(2) AK
Komunikasi penerimaan adalah lengkap:
(a) tehadap pencadang, bila komunikasi penerimaan itu
telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman
kepadanya, di mana ianya berada di luar kuasa penerima;
(b)terhadap penerima, bila komunikasi penerimaan itu
telah sampai kepada pengetahuan pencadang.
KOMUNIKASI MELALUI POS
Komunikasi penerimaan lengkap terhadap pencadang dan penerima
pada masa yang berbeza. Komunikasi adalah lengkap kepada:
(a) Pencadang: apabila penerima menghantar surat atau
memasukkan surat ke dalam peti pos mengatakan bahawa dia
menerima tawaran oleh pencadang.
( komunikasi di anggap lengkap dan kontrak terbentuk)
Tanpa mengira samada surat itu sampai kepada pencadang atau
tidak , atau pun surat itu basah terkena hujan atau tersalah alamat
dan sebagainya.
KOMUNIKASI MELALUI POS
Apabila penerimaan telah dibuat, pihak pencadang adalah
terikat dengan suatu penerimaan walaupun ia sebenarnya
tidak mengetahui tentang penerimaan yang di buat.
Contoh kes:
Entores ltd v Miles Far East Corporation
apabila suatu kontrak di buat melalui pos, undang-undang di negeri-
negeri common law adalah jelas bahawa penerimaan adalah sempurna
sebaik sahaja surat dimasukkan ke dalam peti surat, dan di situlah
tempat kontrak dibentuk.
KOMUNIKASI MELALUI POS
1. Ignatius v Bell;
Defenden membuat cadangan untuk menjual sebidang tanah kepada plaintif di mana
cadangan itu terbuka sehingga 20 Ogos 1912. plaintif menerima cadangan tersebut
dan menghantar surat penerimaan melalui surat berdaftar pada 16 Ogos 1912. surat
tersebut sampai pada 25 Ogos 1912. mahkamah memutuskan bahawa notis
penerimaan adalah lengkap pada 16 Ogos 1912 apabila surat diposkan walaupun
defenden tidak mengatahui teantang penerimaan yang di buat oleh plaintiff.
2. Byrne v Van Tienhoven.
apabila suatu cadangan di buat dan diterima secara surat menyurat yang di hantar melalui pos,
kontrak adalah sempurna terbentuk sebaik sahaja surat penerimaan cadangan itu diposkan,
walaupun surat itu tidak sampai ke destinasinya
KOMUNIKASI MELALUI POS
Seksyen 4(2) (b) AK
komunikasi penerimaan adalah lengkap terhadap penerima bila
komunikasi penerimaan itu sampai kepada pengetahuan pencadang
Komunikasi hanya akan lengkap terhadap
(b) Penerima: Apabila surat penerimaan sampai ke pencadang.
Penerima tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana komunikasi
penerimaan telah lengkap terhadapnya.
Penerima tidak boleh lagi membatalkan penerimaanya.
KOMUNIKASI PEMBATALAN
Bagi komunikasi pembatalan melalui pos, ia juga akan lengkap dan
sempurna pada dua masa yang berbeza:
Seksyen 4(3) AK: Komunikasi pembatalan adalah lengkap:
(a) terhadap orang yang membuat pembatalan, apabila komunikasi
pembatalan itu telah di masukkan ke dalam perjalanan pengiriman
kepada siapa pembatalan itu di buat, di mana ianya adalah di luar
kuasa orang yang membuatnya;
(b) terhadap orang kepada siapa ianya di buat, apabila pembatalan
itu sampai pengetahuan
KOMUNIKASI PEMBATALAN
Seksyen 4(3) AK
Pembatalan akan lengkap terhadap pembatal apabila
surat di masukkan ke dalam peti pos. Pembatalan akan
lengkap kepada pembatal (akan lengkap kepada dirinya
dahulu berbeza dengan komunikasi penerimaan);
Komunikasi Pembatalan akan lengkap terhadap orang
yang sepatutnya menerima surat itu apabila surat itu
sampai kepada penerima.
KOMUNIKASI PEMBATALAN
Contoh:
2/4/2016: Adam mencadangkan secara surat untuk menjual sebuah kereta
kepada Bakar;
6/4/2016: Bakar menerima cadangan Aki dengan surat melalui pos.
8/4/2016: Bakar menukar fikiran lalu membatalkan penerimaannya melalui pos.
16/4/2016: Aki menerima surat pembatalan tersebut.
Komunikasi pembatalan lengkap terhadap :
Bakar?
Aki?
KOMUNIKASI PEMBATALAN
Contoh Kes:
Bryne v Van Tienhoven
Defenden telah mengirim surat tawaran untuk menjual
1,000 tinplates kepada plaintif pada 1 Oktober. Pada 8
Oktober defenden mengirim surat pembatalan tawaran
kepada plaintif. Pada 11 Oktober plaintif telah menerima
surat tawaran yang diposkan oleh defenden pada 1
Oktober. Plaintif membuat penerimaan pada hari yang
sama. Pada 20 Oktober plaintif menerima surat
pembatalan tawaran daripada defenden.
KOMUNIKASI PEMBATALAN
Komunikasi pembatalan menjadi efektif pada 20 Oktober
apabila notis pembatalan sampai ke pengetahuan plaintif.
Sementara itu satu kontrak yang sah telah pun terbentuk
pada 11 Oktober apabila plaintif mengirim telegram.