Anda di halaman 1dari 6

TOPIK : WANG

INSTRUMEN
PEMBAYARAN
Mata wang
Mata wang digunakan sebagai instrumen pembayaran
tunai.

Contoh: Alimembeli tiga buah buku tulis dan dua batang


pensel dengan harga RM3.60. Dia membayar dengan
menggunakan sekeping wang kertas RM5.00

Kelebihan: Mengelakkan berhutang.

Kelemahan: Berisiko (hilang, kecurian)


Kad Pra Bayar

Kad pra bayar digunakan untuk membuat bayaran mengikut


amaun yang telah dibayar terlebih dahulu.
Contoh: Kamal memandu kereta dariKuala Lumpur ke Pulau
Pinang. Dia menggunakan kad pra bayar untuk membayar tol.
Kelebihan: Memudahkan urusan (Kad Touch n Go)
Mendisiplinkan pengguna (Kad prepaid)
Kelemahan: Penggunaannya terhad
berdasarkan amaun kad tersebut.
KAD KREDIT
Instrumen pembayaran yang membolehkan pemegang kad
untukberbelanja terlebih dahulu dengan sejumlah amaun yang telah
ditetapkan tanpa perlu membayar serta merta.
Contoh: En. Lim berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak
keretanya. Beliau bercadang untuk mengisi minyak sebanyak RM50,
tetapi beliau cuma ada RM10. Maka beliau mengambil keputusan untuk
membuat pembayaran menggunakan kad kredit.
Kelebihan: Mudah dan cekap
Kelemahan: Perbelanjaan yang tidak terkawal bagi pengguna yang tidak
berdisiplin
Kad Debit
Instrumen pembayaran yang membolehkan pemegang kad
membuat pembelian atau pengeluaran wang tunai yang akan
ditolak secara langsung dari akaun pemegang kad.
Contoh: Siti Aisyah membeli beberapa helai pakaian dan
sepasang kasut di pusat membeli-belah. Beliau tidak
membawa wang tunai yang banyak kerana berasa selamat
membuat bayaran menggunakan kad debit.
Kelebihan: Mudah
Kelemahan: Perkhidmatan tidak meluas
SEKIAN, TERIMA
KASIH!

Anda mungkin juga menyukai