Anda di halaman 1dari 44

PERKEMBANGAN MORAL &

ROHANI KANAK-KANAK
Merujuk kepada perolehan nilai dan
kesedaran tentang apa yang buruk dan apa
yang baik, apa yang betul dan apa yang
salah, berdasarkan kod etika masyarakat
setempat.

Keupayaan mereka membezakan baik dan


buruk diukur dari segi kebolehan mereka
memahami niat, tatasusila atau peraturan
masyarakat serta nilai budaya dan agama.
KOMPONEN
PERKEMBANGAN
MORAL

-Afektif
- Kognitif
-Tingkah laku
AFEKTIF
Komponen yang mengandungi unsur-
unsur perasaan berkaitan dengan
tingkah laku yang betul atau salah
KOGNITIF
Komponen pemikiran, konsep,
anggapan dan tafsiran mengenai
sesuatu tingkah laku, sama ada betul
atau salah.
TINGKAH LAKU
Komponen yang menggambarkan
bagaimana seseorang bertingkah laku
dalam sesuatu keadaan.
Contohnya, apabila dihadapkan dengan
cabaran-cabaran untuk berbohong,
menipu atau mencuri, apakah tindak
balas seseorang?
TEORI JEAN PIAGET

Kanak-kanak berada di peringkat


tingkah laku motor. Mereka
membentuk tabiat atau peraturan
individu.
TEORI PIAGET
ROHANI
Kanak-kanak mempunyai sifat
keperibadian semula jadi serta sifat-
sifat yang diperolehi melalui interaksi
dengan alam sekitar. Mereka perlu
didedahkan kepada nilai-nilai
kerohanian yang boleh diterima umum
berteraskan kepada prinsip-prinsip
rukun negara.
Pada peringkat ini, perkembangan
kerohanian akan ditingkatkan melalui
langkah-langkah berikut:
o Menimbulkan kesedaran tentang
wujudnya pencipta alam semesta ini.
o Menimbulkan kesedaran bahawa
benda-benda di sekeliling ada
penciptanya.
o Mempelajari asas agama yang dianuti
oleh pelajar.
o Melafazkan kata-kata kesyukuran
kepada tuhan.
o Menunjukkan sifat taat kepada suruhan
tuhan.
o Menunjukkan semangat sayang kepada
tuhan.
MORAL
Menurut Piaget, kesedaran tentang
peraturan-peraturan melalui
beberapa peringkat.

PERINGKAT PERTAMA
Masa lahir sehingga umur 3 tahun.
Peringkat ini ialah peringkat
tingkah laku motor, di mana kanak-
kanak akan membentuk tabiat atau
peraturan individu.
PERINGKAT KEDUA
Masa umur 3 hingga 7 tahun.
Pada umur 3-5 tahun, kanak-kanak belum lagi
memahami fungsi peraturan-peraturan dan
dengan itu belum sedia untuk bekerjasama.
Pada akhir umur 6 tahun, kanak-kanak
berpendapat peraturan peraturan itu adalah
suci dan perlu dipatuhi.
Menurut Piaget, konsep keadilan bagi kanak-
kanak sehingga 7 tahun ialah sesuatu yang
diperintah atau diarah oleh orang dewasa.
TEORI PIAGET
ROHANI
Pada peringkat ini, aspek kerohanian bertambah
mantap dengan adanya pendidikan agama dan
pendidikan moral.

Kanak-kanak lebih memahami tentang wujudnya


pencipta alam semesta, kepercayaan kepada
Tuhan serta menunjukkan sifat taat dan sayang
pada tuhan.
MORAL
Menurut Piaget, kanak-kanak pada
peringkat ini membentuk suatu jenis
penghormatan terhadap ciri suci
peraturan-peraturan seperti juga
mereka menghormati ibu bapa, orang
dewasa dan kanak-kanak yang lebih
tua.
Mulai umur 7 @ 8 tahun, kanak-kanak
mulai membentuk sikap untuk
kerjasama.
TEORI KOHLBERG
Teori ini berpendapat kanak-kanak
pada peringkat ini berada di aras
prakonvensional.
Kanak-kanak mengelakkan daripada
melanggar peraturan-peraturan atau
merosakkan harta benda orang lain
sebab hendak mengelakkan hukuman.
Selain itu, kanak-kanak berpendapat apa
yang baik ialah apa sahaja yang
membekalkan sesuatu yang berguna.

Kanak-kanak mempercayai bahawa


seseorang individu boleh membuat apa
sahaja dengan haknya.
TEORI PIAGET
ROHANI
Kaum remaja memang telah memahami adanya
pencipta benda-benda di sekelilingnya.

Mereka mempercayai tuhan serta bersyukur atas


segala kemudahan yang dinikmati mereka.

Asas agama memang kukuh dan segala kewajipan


ibadat ditunaikan. Mereka juga taat kepada
suruhan tuhan serta sayang kepadanya.
MORAL
Menurut Piaget, kaum remaja lelaki
menunjukkan fahaman yang lebih jelas
terhadap pentingnya peraturan-
peraturan.
Ia wujud hasil daripada interaksi
bebas dan amalan saling memberi dan
dengan itu perlu dihormati
TEORI KOHLBERG
Kaum remaja telah mencapai peringkat
perkembangan moral yang disebut konvensional
dan pascakonvensional.

Pada peringkat konvensional, satu-satu perbuatan


dianggap baik asalkan ia memenuhi harapan-
harapan orang lain serta disokong oleh orang lain

Kesedaran bahawa undang-undang adalah arbitrari


dan sepatutnya mengandungi prinsip-prinsip
keadilan dan kesaksamaan telah pun timbul.
Di peringkat pascakonvensional pula,
individu pula sedar bahawa manusia
mempunyai pelbagai nilai dan pandangan.

Hak-hak seperti nyawa dan kebebasan


mestilah dipertahankan. Selain itu,
prinsip-prinsip sejagat seperti keadilan,
kesaksamaan, hak-hak manusia dan
penghormatan terhadap kemuliaan
individu juga ditekankan.
Menurut Freud perkembangan moral
kanak-kanak berasaskan 3 bahagian
personaliti iaitu id, ego dan
superego. Ketiga-tiga bahagian ini
berinteraksi untuk menentukan
tingkah laku seseorang
Pada peringkat awal perkembangan,
kanak-kanak masih terpengaruh oleh
desakan id atau keperluan asas.
Pada peringkat awal perkembangan, kanak-
kanak masih terpengaruh oleh desakan id
atau keperluan asas.
Kanak-kanak bertingkah laku mengikut
keperluan sendiri tanpa menyedari betul
atau salah.
Kebanyakan proses id berlaku dalam alam
tak sedar dan terpengaruh tenaga naluri
eros dan tanatos. Ia bertindak
berdasarkan keseronokan.
Merupakan mekanisme penyesuaian antara id
dengan kenyataan sebenar.

Ego belum wujud ketika dilahirkan tetapi


berkembang apabila seseorang berinteraksi
dengan alam sekitar.

Bayi yang baru dilahirkan tidak dapat membezakan


sesuatu perbuatan baik atau buruk, egonya belum
berfungsi lagi.

Apabila berlaku ego, ia akan memainkan peranan


sebagai penyelaras antara desakan id dengan
keadaan realiti yang wujud.
Merupakan naluri kanak-kanak.
Ia menentukan sama ada cara yang
digunakan oleh ego untuk memuaskan
desakan id betul atau salah.
Superego bertindak seperti hati naluri
kanak-kanak yang akan memberitahu betul
atau salah.
Ia akan menimbulkan perasaan seperti rasa
malu dan bersalah jika seseorang
melakukan tingkah laku yang salah.
Kajian Emde, Johnson dan Easterbrooks
(1987) menyokong bahawa kanak-kanak
yang berumur di bawah 5 @ 6 tahun
telah menunjukkan kebolehan membeza
antara yang betul dan salah.
Superego mewakili nilai moral seseorang
yang mengandungi kata hati, keunggulan
ego( apa yang ingin dicontohi individu)
dan penghukum apabila seseorang
melakukan sesuatu yang salah.
Piaget memperkenalkan teorinya
berdasarkan pemerhatian semula jadi
pada kanak-kanak dan perbincangan
beliau dengan mereka.
Beliau membahagikan perkembangan
moral kepada 2 tahap iaitu moraliti
heteronomous dan moraliti
autonomus.
MORALITI HETERONOMUS
(6-10TAHUN)
Kanak-kanak percaya undang-undang datang
daripada ibu bapa atau orang berautoriti yang lain.

Peraturan itu dilihat sebagai suci dan tidak boleh


diubah. Oleh sebab kanak-kanak bersifat
egosentrik semasa ini,mereka hanya dapat melihat
dari satu perspektif peraturan sahaja.

Pelanggaran peraturan adalah salah jika perbuatan


tersebut membawa kesan yang merosakkan
walaupun orang yang melanggar undang-undang itu
mempunyai niat baik.
Sepuluh gelas terjatuh dan pecah
semasa Ali membantu ibunya
menghidangkan makan malam..Apa
pandangan anda terhadap keadaan
dan situasi Ali ketika itu berdasarkan
moraliti heteronomus ini?
Pada peringkat ini juga, kanak-kanak
juga akan membuat penilaian betul-salah
berdasarkan kesan yang dapat dilihat.

Pada masa ini, kanak-kanak percaya


kepada keadilan sejati, iaitu mereka
percaya bahawa Tuhan akan
menghukumnya jika membuat kesalahan.
MORALITI AUTONOMUS
(10-11 TAHUN KE ATAS)
Tahap ini dicirikan oleh kelenturan
pendirian moral.
Kanak-kanak sudah kurang egosentrik
dan lebih terbuka dalam membuat
sesuatu pentakrifan moral. Mereka
melihat peraturan sebagai satu
persetujuan antara individu.
Peraturan tidak lagi dilihat sebagai
sesuatu yang tidak boleh berubah tetapi
boleh berubah mengikut individu.
Autoriti atau kuasa orang dewasa yang
sebelum ini merupakan satu punca ketaatan
utama, tidak lagi dihormati. Perasaan saling
menghormati dan bekerjasama dengan rakan
sebaya mula menjadi dasar penaakulan moral.

Menurut Piaget, pergerakan diri dari satu


tahap ke tahap lain bergantung kepada
kematangan kognitif dan pengalaman sosial,
terutama sekali pengalaman menyelasaikan
perbezaan perspektif yang timbul semasa
perbincangan dengan rakan sebaya.
Lawrence Kohlberg (1969) berpendapat
bahawa moraliti berkembang secara
universal mengikut satu siri dari satu tahap
ke tahap yang lebih tinggi.
Kajian-kajian jangka panjang dan pendek
telah membuktikan bahawa konsep moraliti
berkembang secara universal dalam 3
tahap yang berikut:
MORALITI PRAKONVENSIONAL
(0-9 TAHUN)
PERINGKAT PRENATAL, BAYI & PRA
KANAK-KANAK

Betul @ salah sesuatu tingkah laku


bergantung kepada kesannya. Tingkah laku
kanak-kanak didorong oleh tekanan luaran.
Kanak-kanak akan mematuhi peraturan
demi mengelak dendaan atau untuk
memperoleh ganjaran dan kepentingan diri.
Sesuatu tingkah laku yang tidak didenda
dianggap betul..
MORALITI KONVENSIONAL
(9-15 TAHUN)
PERINGKAT KANAK-KANAK & PRAREMAJA

Cara utama penaakulan moral adalah pengakuran


pada norma yang dipegang oleh majoriti dan
dikekalkan oleh kumpulan sosial.

Kanak-kanak sudah dapat memahami dan menerima


pendapat, niat, dan motif orang lain. Mereka juga
bertanggungjawab untuk menyumbang sesuatu
kepada masyarakat dan cuba kekalkan peraturan
umum.
MORALITI PASCAKONVENSIONAL
(16 TAHUN KE ATAS)
PERIGKAT REMAJA

Pada masa ini, remaja sudah memahami


asas pembentukan peraturan dan
undang-undang, iaitu terhasil kontrak
sosial yang harus dijunjung oleh semua
individu.
IMPLIKASI TERHADAP
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
PERKEMBANGAN
EMOSI DAN ROHANI
Memupuk emosi dan rohani pelajar yang
sihat mengikut peringkat
perkembangannya.
Mengawal & mencegah tingkah laku pelajar
dan perkembangan rohani yang tidak
diingini, yang mungkin berlaku dalam
peringkat-peringkat tertentu.
Bersifat penyayang dan membantu pelajar
mengawal emosi mereka dalam situasi
tertentu.
Memahami peringkat perkembangan emosi
dan rohani pelajar serta membimbing
mereka menghadapi serta menyelesaikan
masalah emosi dan rohani dengan cara yang
berpatutan.
PERKEMBANGAN
SOSIAL
Menggunakan strategi pengajaran kumpulan untuk
memupuk perkembangan sosial.

Menggunakan aktiviti projek, perbincangan dan


permainan secara kumpulan berdasarkan
perkembangan sosial pelajar.

Aturkan aktiviti kumpulan supaya pelajar-pelajar-


pelajar dapat bekerjasama menyelesaikan masalah
pelajaran mereka bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai