Anda di halaman 1dari 29

BAHASA MELAYU

KONTEKSTUAL (GBM1103)
KULIAH 1
Kemahiran Komunikasi
Takrif dan Fungsi Komunikasi

Bidang-bidang Komunikasi

Intrapersonal

Interpersonal

Kumpulan Kecil

Massa
Awam
OBJEKTIF
Selepas mempelajari topik ini,
pelajar dapat:
1. Menghuraikan definisi
komunikasi
2. Menerangkan elemen dan
proses komunikasi
3. Mengenal pasti bidang-
bidang komunikasi
MENGAPA KITA BERKOMUNIKASI ?

Tidak mahu keseorangan


Mengurangkan kekecewaan
dan menambah
kegembiraan
Mendapatkan kasih sayang
dan perhatian
Berkongsi atau berbincang
pengetahuan
Menyampaikan maklumat
atau idea
Komunikasi
Tahap Pemerhatian

Komunikasi adalah proses yang menghubungkan bahagian-


bahagian yang terasing di dunia ini

Ruesch 1957
Komunikasi
Tahap Tujuan

Komunikasi adalah situasi sumber memancarkan mesej kepada


penerima secara sedar dengan tujuan mempengaruhi pelakuan
penerima

Miller, 1966
Komunikasi
Pertimbangan Normatif

Komunikasi adalah pertukaran sesuatu idea atau pandangan


secara verbal.

Hoben, 1954
Komunikasi

Komunikasi adalah proses untuk berkongsi sesuatu orientasi


terhadap satu set tanda-tanda maklumat.

Schramm & Roberts


1971
Komunikasi
Mesej tidak mempunyai apa-apa makna kecuali
makna yang telah diberikan oleh ahli masyarakat.
Oleh yang demikian, apabila seseorang itu
mempelajari komunikasi, mereka belajar tentang
manusia, iaitu cara mereka berhubung antara satu
sama lain, antara kumpulan mereka, antara
organisasi dan masyarakat. Mereka saling
mempengaruhi antara satu sama lain, memberikan
maklumat dan menerima maklumat, mengajar dan
diajar, menghibur dan dihibur dengan menggunakan
simbol-simbol tertentu yang wujud dalam kalangan
mereka. Dalam usaha memahami proses komunikasi
manusia, seseorang itu perlulah memahami proses
orang ramai berkomunikasi antara satu sama lain.
Schramm & Roberts 1971
DEFINISI KOMUNIKASI
James A.F. Stoner & Charles Wankel
(1989) komunikasi ialah satu cara
manusia berhubung yang melibatkan
pengertian atau maksud yang dikongsi,
dengan syarat mereka perlu bersetuju
dengan definisi istilah-istilah yang
digunakan berdasarkan sesuatu yang
simbolik seperti isyarat, huruf, nombor,
dan perkataan yang melambangkan atau
menyerupai idea-idea yang dapat
menyampaikan maksud.
DEFINISI KOMUNIKASI
S.Bernard Rosenblatt dalam
bukunya Communication in
Business (l983) mendefinisikan
komunikasi sebagai pertukaran
idea, pendapat, maklumat,
perhubungan dan sebagainya yang
mempunyai tujuan dan
dipersembahkan secara peribadi
atau tidak peribadi melalui simbol
atau isyarat yang bertujuan untuk
mencapai matlamat organisasi.
DEFINISI KOMUNIKASI
Emery, Ault dan Agee (dlm. Sulaiman Masri,
1997) komunikasi ialah seni
memindahkan maklumat, idea, dan sikap
daripada seseorang kepada seseorang.

Sulaiman Masri (l997) merumuskan


bahawa, komunikasi bermula apabila
satu mesej (maklumat) daripada
pengirim (penutur, penulis) dipindahkan
menerusi alat atau saluran tertentu
kepada penerima (pembaca, pendengar)
yang kemudiannya memberikan maklum
balas (mengekod dan mentafsir) mesej
tersebut.
RUMUSAN DEFINISI
KOMUNIKASI
Proses pertukaran idea dan maklumat
antara dua individu atau lebih, dengan
maksud untuk berkongsi maklumat dan
pengalaman bagi mencari persamaan.
Pertukaran idea ini boleh berlaku secara
lisan atau tulisan ataupun dengan
menggunakan pelbagai deria yang ada
pada manusia.
Satu proses pertukaran dan penyebaran pendapat
atau maklumat melalui ucapan, tulisan dan
isyarat
pengiriman maklumat, buah fikiran, sikap/emosi
daripada individu/kumpulan kepada
individu/kumpulan lain dengan menggunakan
simbol-simbol dan berkongsi makna untuk
mencapai kesefahaman
Kategori Komunikasi

Komunikasi Intrapersonal
Komunikasi Interpersonal
Komunikasi Kumpulan
Komunikasi Massa
Komunikasi Awam
BIDANG-BIDANG
KOMUNIKASI
INTRAPERSONAL INTERPERSONAL
(DIRI) (ANTARA INDIVIDU)

KUMPULAN KECIL AWAM

KOMUNIKASI MASSA
Interpersonal

Proses bagaimana seseorang itu


berkongsi pengalaman dengan
Individu - individu yang lain.
KOMUNIKASI INTERPERSONAL
Pengenalan
Antara dua individu
Proses komunikasi yang melibatkan dua orang
atau lebih.
Bersifat terus iaitu bersemuka tanpa
menggunakan sebarang perantaraan atau
saluran tertentu
Juga berlaku dalam keadaan yang tidak formal
dan bersahaja.
Mencapai persefahaman, tidak semestinya
persetujuan
Pembentukan hubungan
Persahabatan, percintaan, kekeluargaan dll
Komunikasi Interpersonal (rumusan)

Proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang


individu).
Proses komunikasi diantara seseorang dengan seseorang
yang lain atau antara manusia.
Interaksi muka ke muka.
Melibatkan perkongsian perasaan atau buah fikiran dengan
orang lain.
Intrapersonal

Proses
bagaimana
seseorang itu
berkata-kata
dengan diri
sendiri (self talk)
KOMUNIKASI
INTRAPERSONAL
berlaku di dalam diri seseorang.
Seseorang yang sedang berfikir
tentang sesuatu perkara
sebenarnya ia sedang dalam
proses berkomunikasi dengan
dirinya.
bermonolog dengan diri untuk
membuat pilihan, keputusan,
memberikan sebab dan akibat.
Intrapersonal

Komunikasi intrapersonal adalah


komunikasi yang berlaku di dalam diri
seseorang. Komunikasi ini dibentuk di
dalam diri seseorang dalam proses untuk
menyampaikan maklumat. Menurut
Capstone (2001) maklumat yang dibentuk
dalam diri seseorang melalui komunikasi
komunikasi interpersonal adalah
komunikasi yang melibatkan proses
interaksi di antara dua orang samada
dalam bentuk bersemuka atau dalam
bentuk meditasi. Menurut Capstone
2001) komunikasi interpersonal wujud
dalam empat perspektif iaitu komunikasi
hubungan, komunikasi konteks,
komunikasi kuantitatif dan komunikasi
strategi.
Dalam komunikasi hubungan,
penghantar dan penerima maklumat
bekerjasama serentak dalam
membentuk kefahaman komunikasi
Manakala dalam komunikasi konteks
perhubungan yang berlaku di antara
dua orang berlaku dalam situasi yang
tertentu.
Dalam komunikasi kuantitatif pula
wujud perhubungan yang akrab dalam
proses komunikasi
seterusnya dalam komunikasi strategi
komunikasi wujud dalam proses untuk
mencapai objektif interpersonal.
Komunikasi intrapersonal (rumusan)

komunikasi yang berlaku tanpa


pengetahuan kita.
Komunikasi dalam diri.
Berlaku apabila kita menilai dan bertindak
balas terhadap rangsangan
dalaman/luaran.
KOMUNIKASI KUMPULAN

Berperanan membuat keputusan dan dipatuhi


oleh semua ahli.
Berlaku dalam bentuk formal dan tidak formal.
Contoh : mesyuarat.
KOMUNIKASI AWAM
Komunikasi awam juga dikenali sebagai komunikasi
khalayak.
Komunikasi interpersonal termasuk dalam komunikasi
awam.
Awam atau khalayak ialah penerima dalam jumlah yang
ramai.
Khalayak umum terdiri daripada mereka yang menjadi
sasaran umum sumber komunikasi, iaitu orang awam
yang dianggap mempunyai kemampuan menerima
sesuatu utusan.
Pengucapan Awam

Pelahiran bahasa dengan penuh


makna melalui komunikasi lisan
(Suara dan perkataan) dan bukan
lisan (anggota tubuh perucap).
Rumusan

Seorang guru yang berkesan adalah pemimpin


yang berupaya menarik perhatian murid supaya
mendengar atau melakukan perkara yang hendak
disampaikan.

Jika seseorang tidak berupaya berkomunikasi dengan berkesan,


maka mereka tidak boleh menjadi seorang guru atau pemimpin yang
berkesan kerana kepimpinan sebenarnya merujuk kepada keupayaan
ketua mempengaruhi orang lain dan salah satu kaedah terpenting
ialah cara berkomunikasi.

Anda mungkin juga menyukai