Anda di halaman 1dari 46

Menghuraikan konsep kepelbagaian

etnik, budaya dan masyarakat yang


wujud di Malaysia serta kemajmukan
masyarakat menurut perspektif Islam.
Para pelajar akan berkebolehan:
1. CO1 Menjelaskan konsep etnik, masyarakat
dan budaya dari perspektif Barat dan Islam
2. CO2 Menjelaskan tentang wujudnya banyak
etnik dan kepelbagaian budaya di Malaysia
3. CO3 Membezakan konsep perpaduan dan
integrasi kaum
4. CO4 Mengenalpasti bentuk hubungan etnik
5. CO5 Menjelaskan perspektif Islam mengenai
masyarakat majmuk dan sikap toleransi
ETNIK
Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti
adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya

ETNISITI
Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa
disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama

ETNOSENTRISME
Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa
budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
PREJUDIS
Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik
lain yang lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat
dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka
STEREOTAIP
Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu
kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan tentang
sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik
DISKRIMINASI
Perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau
sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik
semata-mata
Budhi
Kecergasan
akal fikiran
Takrifan Budaya
Cara hidup orang ramai
termasuk pemikiran, nilai
kepercayaan, pandangan
dan tabiat berfikir serta
cara perlakuan manusia
Daya
yang menggerakkan jiwa.
Kekuatan
kuasa, tenaga
dan pengaruh
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu
Dipelajari dipelajari dan melibatkan banyak unsur seperti
asimilasi dan adaptasi.

Setiap perlakuan/ budaya itu diamal dan didokong


oleh sekumpulan manusia.
Dikongsi Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan
individu dan bukannya perlakuan masyarakat.
Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok
manusia.

Sejagat Namun ia berbeza antara masyarakat kerana


pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap
penyesuaian anggota.
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi berikutnya.
Diwarisi Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan
daripada budaya terdahulu.
Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga
sekarang tidak mengalami perubahan.
Berubah Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri
dan proses yang berlaku.

Perlambangan Budaya boleh ditunjukkan dalam bentuk


perlambangan seperti logo, bendera, ukiran dll.

Pandangan semesta ialah bagaimana manusia


Pandangan memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
Semesta Ia timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang
rapat dengan alam sekitar.
Kucaraningrat mendefinisikan masyarakat sebagai

"kelompok terbesar dari makhluk manusia di mana


hidup terjaring kebudayaan".

Manakala Linton memberikan rumusan;

"masyarakat ialah kelompok manusia yang telah lama


hidup dan bekerja bersama, sehingga mereka dapat
mengorganisasikan dirinya dan berfikir mengenai
dirinya sebagai kesatuan sosial, yang mempunyai
batas-batas tertentu
(Gazalba, 1976).
Memiliki
Memiliki
Undang-
Budaya
Undang

ELEMEN UTAMA
MASYARAKAT

Kelompok Wujud
Manusia Penempatan
KAUM DESKRIPSI

Melayu Ciri-Ciri Takrifan Melayu dalam Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan :


Seorang yang menganuti agama Islam
Lazim bercakap Bahasa Melayu
Menurut adat istiadat Melayu
Kaum majoriti mewakili 55% penduduk Malaysia
Agama Mengamalkan agama Islam
Institusi agama : masjid dan surau, jabatan agama Islam dan
Mahkamah Syariah
Budaya Menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta
perayaan kebesaran Islam yang lain.
Cina Ciri-Ciri Berhijrah ke Tanah Melayu bermula abad ke-15 hingga
pertengahan abad ke-20
Dikelaskan berdasarkan penggunaan dialek bahasa tertentu;
Hokkien, Hakka, Kantonis dan lain-lain
Mewakili 25% penduduk Malaysia
Agama Lazim menganut agama Buddha dan Kristian
Institusi agama: Tokong dan wat, persatuan-persatuan agama
Buddha
Budaya Menyambut perayaan Wesak, Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei,
Hari Krismas dan Opera Cina
KAUM DESKRIPSI

India Ciri- Berhijrah sewaktu penjajahan British dari Selatan India


Ciri Dikelaskan berdasarkan kepada etnik tertentu;
Tamil,Telegu,Malayalee dan lain-lain
Mewakili 7% penduduk Malaysia
Agama Lazim menganut Agama, Hindu, Sikh , Kristian dan Islam
Institusi agama bagi agama Hindu ialah kuil serta Hindu Sangam
dan bagi agama Sikh iaitu Gurdawa serta Majlis Gurdawa Malaysia
Budaya Mengamalkan perayaan Deepavali, Thaipusam, Ponggal bagi yang
beragama Hindu serta Vaisakhi bagi yang beragama Sikh
Etnik Ciri- Terdiri dari beberapa etnik kecil seperti:
Sabah Ciri Sarawak:Iban,Bidayuh,Orang Ulu;
dan Sabah:Kadazandusun,Bajau,Murut
Sarawak Mewakili 12% penduduk Malaysia
Agama Lazim menganut agama Islam dan Kristian serta kepercayaan
animisme
Budaya Meraikan perayaan dan kebudayaan mengikut etnik seperti Hari
Gawai dan Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan dan juga perayaan-
perayaan keagamaan seperti Hari Raya Aildilfitri dan Hari Krismas
Sejarah kewujudan masyarakat pelbagai etnik di
Malaysia hampir sama dengan yang pernah berlaku
di negara-negara lain.
Warga asing telah berada di Tanah Melayu sejak
sebelum kedatangan penjajah British lagi.
Mereka terdiri daripada pedagang Arab, Cina dan
India di kalangan mereka ada yang berkahwin
dengan rakyat tempatan wujud etnik Baba dan
Nyonya, Serani, Chettiar dan Malbari.
Kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan
Malaysia menambahkan lagi kepelbagaian etnik di
Malaysia kerana kedua-dua negeri berkenaan
penduduknya terdiri daripada pelbagai suku kaum
Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai
kaum sedang bergerak ke arah mencapai status
negara maju
Kestabilan politik, ekonomi dan sosial - teras
utama ke arah mewujudkan hubungan harmoni di
Malaysia

Kehidupan harmoni antara etnik pada hari ini


bergantung kepada:
i. Usaha kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan,
swasta dan masyarakat membina semangat
perpaduan.
ii. Kerjasama dan kesepakatan antara kaum
mengatasi masalah dan rintangan secara rasional.
iii. Kepimpinan negara yang mendahulukan keperluan
dan tuntutan rakyat
1. Hubungan etnik menggambarkan sifat masyarakat dan
ikatan kemasyarakatan dalam kehidupan masyarakat
majmuk/pelbagai kaum.
2. Memberikan kefahaman tentang sejarah kewujudan
masyarakat pelbagai kaum kesan daripada imperialisme dan
kolonialisme.
3. Hubungan etnik mempengaruhi perancangan sosial,
ekonomi dan politik sesebuah negara.
4. Memahami isu yang menyebabkan konflik antara kaum dan
langkah-langkah untuk mengatasi supaya konflik dapat
dielakkan.
5. Meneruskan semangat perpaduan antara kaum untuk
mengekalkan kehidupan yang harmonis supaya situasi
politik terus stabil, kekayaan ekonomi negara diagih secara
saksama dan keadilan sosial dapat dinikmati bersama
PERPADUAN
Satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan
banggakan tanah air

INTEGRASI
Satu proses bagi mewujudkan satu
identiti nasional di kalangan
kumpulan yang terpisah dari segi
kebudayaan, sosial dan lokasi
dalam sesebuah unit politik
Segregasi

Akomodasi

Akulturasi

Asimilasi

Amalgamasi
Segregasi
Hubungan yang bersifat pemisahan
di antara etnik-etnik dalam
sesebuah negara

Berlaku atas dasar agama, ras, kebudayaan, dan ciri etnik lain

Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, sistem


persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam

Ia didasari oleh undang-undang ataupun tidak seperti Dasar Apartheid di


Afrika Selatan.
Akomodasi
Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara
satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup
masing-masing

Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik


bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan
mengadakan interaksi secara aman damai

Proses penyesuaian ini berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan


etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni
(kepelbagai bahasa, pengamalan agama & kepercayaan secara bebas
bagi kelompok etnik)
Akulturasi
Satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu
atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.

Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak


menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang
menerima.

Akulturasi lebih mudah dicapai melibatkan benda bersifat


kebendaan dan yang mendatangkan manfaat.
Contoh: Tali leher, angpau, makanan, dan hiburan
Asimilasi
Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

Faktor menyebabkan berlakunya Asimilasi:


Individu di dalam atau di
Etnik yang berbeza Interaksi berlaku dalam
antara etnik sering
budaya. tempoh yang lama.
berinteraksi.

Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara


berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak
atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi
kebudayaan & identiti

Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain .

Ia diwakili oleh formula : A+B+C=A


Amalgamasi

Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu


keseluruhan bersama.

Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.
Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan
minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan
hak istimewa mereka (jarang berlaku).

Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik.

Diwakili oleh formula : A+B+C=D


Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi;

Masyarakat Islam ialah masyarakat yang berdiri di


atas aqidah dan pemikiran tertentu yang
kemudiannya melahirkan sistem, undang-undang,
moral dan akhlak Islam. Itulah maksud di sebalik
penamaannya sebagai masyarakat Islam. Dalam erti
lain masyarakat Islam ialah masyarakat yang
mengambil seluruh ajaran Islam sebagai cara hidup,
sumber hukum, pegangan dalam setiap aspek
kehidupan dan rujukan dalam mengatur hubungan
individu dengan masyarakat, rohani dengan fizikal
dan negara dengan masyarakat antarabangsa
(Golongan Bukan Islam di Dalam Masyarakat
Islam)
Sayyid Qutb (1979)
masyarakat dan kebudayaan Islam itu ialah
masyarakat yang melaksanakan cara hidup
Islam secara total yang bertitik tolak daripada
asas aqidah, ibadah, undang-undang, moral
dan cara hidup sebagaimana yang
dikehendaki oleh syari'at Islam. Masyarakat
dalam bentuk seperti inilah yang dikatakan
bertamadun.
(al-Mujtama al-Islamy)
Zakaria Stapa (1994);
secara mudah sesuatu masyarakat itu
dikatakan masyarakat Islam apabila manusia
yang mendiami di mana-mana daerah atau
tempat menjadikan Islam sebagai akidah,
pengatur dan penyusun kehidupan rohani
dan jasmani mereka serta menjadikan Islam
sebagai asas dalam ciptaan-ciptaan mereka
untuk mencapai kesempurnaan di pelbagai
aspek hidup dalam masyarakat
(Masyarakat Islam dan isu semasa).
AQIDAH

SYARIAT

AKHLAK

BUDAYA

MASYARAKAT





) 22(
Ertinya;
Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan
kekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah
kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa
kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya Yang
demikian itu mengandungi keterangan-
keterangan bagi orang-orang Yang
berpengetahuan. (Surah al-Rum;22)
12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari
sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang
dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu
adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari
kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu
mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu
suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika
demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik
kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang
tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya
Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. 13. Wahai umat
manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai
bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah al-Hujurat;ayat;12-13)
a) Islam menggariskan panduan hubungan
kemasyarakatan. Kaitan ayat 12 & 13 amat kuat
dalam aspek hubungan antara kaum, etnik dan
bangsa. Islam melarang perbuatan al-zan
yakni bersangka buruk atau dalam istilah
sosiologinya prejudis yang diikuti stereotaip,
menghina, serta mengintip keaiban kelompok
lain. al-Tajassus; mengintip atau mencari-cari
kesalahan dan keaiban orang, al-Ghibah;
mengumpat.
b) Kesemua larangan tersebut adalah punca
konflik sesama dan antara etnik yang plural.
c) Allah menjadikan kepelbagaian kaum,
bangsa, puak, etnik. Selain menandakan
kekuasaan Allah mencipta kepelbagaian ini,
ia menunjukkan pengiktirafan Islam
terhadap kewujudan semua jenis bangsa di
dunia yang sekaligus menyangkut
kepelbagaian warna kulit, bahasa, budaya
dan tradisi bangsa-bangsa yang wujud itu.
d) Allah menggalakkan kesalingan dalam
perkenalan. Acuan kalimah taarufu dari aspek
morfologi Bahasa Arabnya memberikan maksud
saling memahami yang mencakup proses
perkenalan dua hala yang erat dan mendalam.
Ia merupakan wadah utama proses asimilasi,
akomodasi, amalgamasi dan akulturasi dalam
pengajian sosiologi. Ia juga menepati maksud
dialog antara budaya dan agama, tuntutan
mengkaji dan saling mengenali kepelbagaian
budaya yang wujud.
f) Allah meletakkan matlamat pluraliti adalah
perkongsian yang sihat. Saling mengenali
adalah satu perkongsian yang sihat.
Kelemahan sesuatu bangsa atau budaya
ditampung oleh kelebihan etnik lain yang
adalah natijah perkongsian yang sihat.
Perkongsian penguasaan ilmu, teknologi,
kemahiran, dan pengalaman merupakan
adalah contoh perkongsian yang positif bagi
masyarakat yang multi-etnik.
g) Nilai kemuliaan yang universal melampaui
kaum, etnik, dan bangsa. Inilah tanda aras
kemulian yang diletakkan Khaliq(Allah).
h) Justeru sesuatu bangsa bukan mulia kerana
warna kulit, keturunan, ras, qabilah atau
etniknya bahkan yang mulia adalah yang
paling kuat hubungannya dengan Allah
(taqwa).
Asas hubungan masyarakat Islam dan bukan Islam
ialah keamanan dan kedamaian:

1. Islam adalah sangat berkaitan dengan


keamanan.
2. Islam diturunkan untuk menjadi rahmat
sekalian alam.
3. Islam memuliakan manusia keseluruhannya.
4. Tiada paksaan dalam beragama.
5. Islam mengharuskan perkahwinan dengan ahli
kitab.
6. Islam menganjurkan dakwah kepada bukan
Islam.
7. Allah menjadikan manusia dengan
kepelbagaiannya termasuk kepelbagaian
dalam agama agar mereka saling kenal
mengenali.







} {


Ertinya;
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW pernah
berkhutbah pada hari pembukaan Makkah sabdanya;
Wahai sekelian manusia, sesungguhnya Allah telah
menghapuskan daripada kalian semangat jahiliah serta
[sikap] kemegahan dengan keturunan. Justeru manusia
disisi Allah [hanya] dua golongan; yang baik, bertaqwa dan
mulia dan yang jahat, celaka dan hina bagi Allah. Kesemua
manusia adalah keturunan Adam dan Adam itu sendiri
Allah ciptakan dari tanah. Firman Allah
(Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi)



Ertinya;
Daripada Abi Nadrah bahawa nabi SAW telah berkhutbah
pada pertengahan hari tasyriq sabdanya; Wahai sekelian
manusia, sesungguhnya Tuhan kalian adalah satu, bapa
kalian juga satu. Ketahuilah, tidak ada sebarang kelebihan
bagi orang Arab ke atas orang bukan Arab, [demikian
juga] tidak ada sebarang kelebihan orang bukan Arab ke
atas orang Arab, dan juga tidak apa-apa kelebihan yang
berkulit hitam berbanding yang berkulit merah [putih], dan
juga tidak ada apa-apa kelebihan yang berkulit putih
berbanding yang berkulit hitam melainkan ketaqwaan
(Diriwayatkan oleh Ahmad)

.
Ertinya;
Dan bahawa orang-orang Yahudi Bani Awf adalah
umat yang satu bersama orang-orang yang
beriman. Bagi orang-orang Yahudi [kebebasan
mengamalkan] agama mereka dan bagi orang Islam
juga [kebebasan mengamalkan] agama mereka
melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa,
maka keburukannya tidak akan tertimpa melainkan
kepada diri dan keluarganya sendiri
(Sirah Ibn Kathir)
BANGSA KETURUNAN

ARAB Bani Awf-Bani al-Harith-


BaniSaidah-Bani Jusyam-Bani
al-Najjar-Bani Amru-Bani
Nabit-Bani Aws
YAHUDI Bani Thalabah-Bani Jafnah-
Bani Syutaybah-Bani
Qaynuqa-Bani Quraizah
)113(





) 114(
Ertinya;
113.Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. di antaranya ada golongan
Yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama
Allah Yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Quran)
pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan
sembahyang).

114. Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan menyuruh
berbuat Segala perkara Yang baik, dan melarang daripada Segala
perkara Yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera
segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. mereka
(yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang Yang soleh.




)143(...
143. Dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah
memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami
jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu
umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak
menjadi orang Yang memberi keterangan kepada
umat manusia (tentang Yang benar dan Yang
salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan
menjadi orang Yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu.


{

]110 :} [
Ertinya;
Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-
baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat
manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat
Segala perkara Yang baik dan melarang daripada
Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta
kamu pula beriman kepada Allah (dengan
sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab
(Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana
Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi
baik bagi mereka. (surah Ali Imran;110)




Dan Demikianlah halnya (orang-orang Yang
taqlid buta); Kami tidak mengutus sebelummu
(Wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah
negeri, seseorang Rasul pemberi amaran,
melainkan orang-orang Yang berada Dalam
kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya
Kami dapati datuk nenek Kami menurut satu
jalan ugama, dan Sesungguhnya Kami hanya
mengikut jejak mereka sahaja". (Surah al-
Zukhruf;23)



120 : [
120. Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah
merupakan "satu umat" (Walaupun ia seorang
diri); ia takut bulat-bulat kepada Allah, lagi
berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak
pernah menjadi dari orang-orang Yang
musyrik. (Surah al-Nahl;120)
Surah al-Zukhruf;23
Ummah Pegangan majoriti yang salah

Surah al-Nahl;120
Ummah Qudwah yang berpengaruh

Surah Ali Imran;114


Ummah Golongan yang benar

Surah Al-Baqarah;143
Khayr Ummah Generasi adil

Surah Ali Imran;110


Ummatah Wasata Generasi terbaik
Dalam aspek hubungan etnik; komuniti
Kesimpulan yang membentuk masyarakat yang
penting dalam penyusunan masyarakat.
MENGIKAT HUBUNGAN
MAKHLUK DENGAN ALLAH
AQIDAH

SYARIAT

MENGAWAL PERLAKUAN
MASYARAKAT
AKHLAK

NATIJAH & OBJEKTIF AQIDAH


DAN SYARIAT
Yusuf al-Qaradawi (2000) Ciri-Ciri Unggul
masyarakat Islam yang kita idam-idamkan.
________(1999) Golongan Bukan Islam Dalam
Masyarakat Islam.
Sayyid Qutb, Masyarakat Islam.
Zakaria Stapa ()Masyarakat Islam dan Isu
Semasa.
Abdul Qadir Awdah (1986)Islam dan
Perundangan .
Tafsir al-Quran al-Azim, Ibn Kathir.

Anda mungkin juga menyukai