Anda di halaman 1dari 21

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM PETALING JAYA

NAMA PENSYARAH : EN. SHAHRIL AWANG


Set Induksi

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4
Penutup
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Tarikh / Hari : 10 Oktober 2011 ( Isnin )
Kelas / Tahun : 6 Khaldun
Jumlah Murid : 30 orang murid
Masa : 8.40 9.40 pagi (1 jam)
Bidang : Menggambar
Aktiviti : 1. Murid-murid dapat membuat lukisan daripada
pelbagai media dengan teknik kolaj.
2. Murid-murid menghasilkan sebuah lukisan kolaj
yang kreatif.
Tajuk : Pasu Bunga ( hiasan meja )
Teknik : Kolaj ( guntingan dan tampalan )
Keperluan : 1. Alat / Bahan :
a) Gunting
b) Gam
c) Kertas lukisan
d) Majalah, surat khabar, kalendar atau kain
2. Rujukan
a) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual
Tahun 6
b) Buku Pendidikan Seni Visual Tahun 6
c) Internet
Guru dapat mengajar murid-murid :-

1. kemahiran menggunting dan menyusun kepingan


kertas daripada pelbagai media (teknik kolaj).

2. mencari sumber rujukan dan melakar gambar


sebuah pasu bunga hiasan meja.

3. menghargai sumbangan pelukis tempatan yang


telah menghasilkan lukisan kolaj yang menarik
dan kreatif.
Guru menerangkan tentang definisi Kolaj dan
penerangan secara ringkas tentang tokoh
kolaj tempatan. ( Kolaj adalah aktiviti gunting dan
tampal ).
Selepas itu, semua murid diminta membuat pergerakan
menggunting dan menampal.
Guru menunjukkan contoh-contoh kolaj. (Menggunakan
LCD dan komputer atau lukisan kolaj 2 Dimensi).

Elemen Seni Dalam Pendidikan :-


Asas Seni Pergerakan.
Murid-murid diminta berada dalam kumpulan
yang telah ditetapkan dan mengeluarkan alatan
dan bahan yang telah dibawa.
Guru menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan
sebuah pasu bunga dengan menggunakan
teknik kolaj.
Guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada
semua kumpulan.
Selepas itu, kumpulan yang telah menyiapkan hasil
kerja diminta bersedia untuk dijalankan aktiviti
pembentangan.
Setiap kumpulan diminta tampil ke hadapan dan
membentangkan lukisan kolaj yang telah dihasilkan.

Selepas setiap kumpulan selesai membentangkan


hasil kerja mereka, kumpulan yang lain diminta
memberi penilaian dan komen dari segi corak, warna,
kekemasan dan sebagainya.

Selepas itu, semua hasil kerja murid akan dinilai oleh


guru dan akan dipamerkan di sudut seni.

Elemen Seni Dalam Pendidikan :-


Asas Pendidikan Seni.
1) Pelajaran diakhiri dengan sesi Apresiasi dan Refleksi;
i) Guru membuat rumusan.
ii) Penerapan nilai-nilai murni.

2) Soal jawab:
a) Apakah yang dimaksudkan dengan Kolaj?
b) Berikan nama seorang tokoh kolaj tanah air?
c) Apakah nilai-nilai murni yang anda dapat dari
pembelajaran hari ini?
Bahan dan alat
Bahan asas untuk
menghasilkan sebuah lukisan
dengan teknik kolaj adalah;

a) Kertas lukisan
b) Gunting/Pisau
c) Gam
d) Pensil (alat tulis)
e) Majalah, suratkhabar atau
kain.
Melakar bentuk pasu bunga yang dipilih.
Mengunting atau mengoyakkan kertas dari
pelbagai media menjadi kepingan-kepingan kecil
dari pelbagai bentuk dan saiz.

Menggunting

Mengoyak
Tampalkan kepingan-kepingan
kertas yang telah digunting atau
dikoyak di atas bentuk pasu bunga
pada kertas lukisan.
Susun kepingan kertas tersebut
mengikut kreativiti anda.
Hasil kerja
murid di
akhir
pelajaran

Anda mungkin juga menyukai