Anda di halaman 1dari 19

EDUP3043

INTERVENSI DALAM
MENANGANI TINGKAH LAKU
BERMASALAH

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN


KAUNSELING SEKOLAH RENDAH

Oleh;
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Bimbingan dan Kaunseling

Bimbingan merupakan satu tindakan yang


dirancang dan digunakan oleh guru untuk
membantu murid-muridnya mengetahui dan
menyedari tentang kebolehan dan kelemahan diri
serta membantu murid membuat penyesuaian
dengan persekitaran. Manakala kaunseling
merupakan satu proses di mana guru kaunselor
membantu murid memahami dirinya yang
sebenar.
Kaunseling
Merupakan satu proses di mana
guru kaunselor membantu klien,
iaitu murid utk memahami dirinya
yang sebenar, kekuatan dan
kelemahan diri supaya murid
dapat membuat keputusan-
keputusan yang berkesan tentang
pilihan-pilihan dalam hidupnya.
Matlamat Bimbingan dan Kaunseling

Mengenal potensi murid


Membina kemahiran pengurusan diri
Kemahiran penyelesian masalah
Pengurusan tingkah laku
Memajukan diri murid
Penilaian kendiri
Prinsip Bimbingan dan Kaunseling

B&K untuk semua murid


Murid perlu sukarela untuk dibimbing
Murid bertanggungjawab terhadap
perkembangan masing-masing
Bimbingan adalah proses pencegahan
Penggunaan kemahiran asas bimbingan
Bantuan menyeluruh
Bersikap terbuka
ETIKA BIMBINGAN
i) Menghormati murid dan tiada unsur
diskriminasi

ii) Kerahsiaan Murid

i) Bertanggung jawab
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM
BIMBINGAN
Kemahiran Membina Perhubungan
Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah
yang paling awal dalam sesi kaunseling.

Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang


mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara
kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang.

7
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS DALAM
BIMBINGAN

Kemahiran mendengar dengan aktif


- Memerhati dan memahami kekuatan non-
verbal murid
- Mendengar dan memahami mesej-mesej verbal
- Mendengar dan memahami murid dalam
konteks yang sebenar
- Mendengar dan membaiki salah tanggapan
murid
Kemahiran Mendengar dengan aktif

- Kemahiran mendengar juga merupakan satu


kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi
kaunseling.
- Memerhati dan memahami kekuatan non-verbal
murid.
- Mendengar dan memahami mesej-mesej verbal.
- Mendengar dan memahami murid dalam konteks
yang sebenar.
- Mendengar dan membaiki salah tanggapan murid.

9
Kemahiran memberi perhatian

Merupakan kemahiran bukan lisan. Walaupun sering


digunakan di dalam komunikasi lisan. Sebenarnya
melalui kemahiran memberi perhatian, kaunselor dapat
mengumpul atau mencungkil banyak maklumat
daripada kliennya.

10
Kemahiran berempati
Daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi
orang lain (Kamus Dewan Edisi ke-4, 2010). Empati
adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan
seseorang.

Dengan adanya kemahiran berempati ini, kaunselor


dikatakan berkeupayaan untuk memahami emosi dan
dapat merasai apa jua yang dirasai oleh klien tersebut.

11
Membina suasana alam sekeliling
Kerusi meja yang sesuai perlu digunakan seperti kerusi
yang tidak menyakitkan pinggang atau bergoyang-goyang
sehingga mengganggu tumpuan atau pemikiran.

Suasana terapeutik
Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan.

12
Cara duduk dalam sesi kaunseling

Seorang kaunselor itu harus peka serta dapat membaca


dan melihat bahasa badan yang dilahirkan oleh
kliennya. Kedudukan dan pergerakan badan ini juga
memberi nada dan makna dalam hubungan kaunseling.

13
Kaunselor yang baik akan duduk condong sedikit ke
hadapan menghadapi kliennya yang menandakan
beliau menerima dan bersedia untuk membantu.
Beberapa ciri penting perlu diamalkan oleh kaunselor
iaitu jangan duduk menyandar di kerusi sambil
menggoyang-goyangkan badannya secara tidak
berhenti, jangan menyilang kaki dengan kaki sebelah
di atas lutut, atau sambil tangan diletak di belakang
tengkuk dan menyedar. Kaunselor juga jangan
menjadi terlalu rigid dan tidak bergerak langsung.

14
Kemahiran menggalakkan klien bercakap

Kaunselor menggalakkan klien bercakap dengan


menggunakan soalan-soalan jenis terbuka. Semasa
klien bercakap, kaunselor perlu mendengar dengan
penuh teliti dan penuh empati. Sementara itu, semasa
klien bercakap, kaunselor harus mendengar dan
memberi perhatian, memberi respons yang minima
seperti menganggukkan kepala dan sebagainya untuk
menggalakkan terus bercakap.

15
Bagi menjaga, mengekal dan mempertahankan maruah
dan reputasi kaunselor berdaftar, terdapat beberapa
panduan perlu diikuti iaitu;

(a) Kaunselor perlu sentiasa mengutamakan kepentingan


klien berbanding keperluan kaunselor serta tidak
mempergunakan klien bagi kepentingan kaunselor;

(b) Menghormati hak peribadi klien dan menyimpan


kerahsiaan berdasarkan limitasi yang ada; Lembaga
Kaunselor dari masa ke semasa.
16
c) Menjaga kesejahteraan klien, memaklumkan
klien tanggungjawab klien terhadap tingkah
lakunya dan pembentukan dirinya dan
bertanggungjawab terhadap keputusan yang
dibuat;

(d) Memaklumkan kepada klien proses, keperluan


dan implikasi perkhidmatan kaunseling yang
diberikan;

17
(e) Kaunselor juga bertanggungjawab kepada organisasi
dan institusi mereka menjalankan perkhidmatan dengan;

(i) Memberi penjelasan kepada institusi mengenai


kepakaran dan kecekapan mereka;
(ii) Menjalin hubungan antara perseorangan dan
persetujuan dengan penyelia dan kakitangannya
berhubung beberapa aspek seperti kerahsiaan, beban
kerja, tanggungjawab sebagai kaunselor serta
perbezaan fakta umum dan peribadi;
(iii) Membenarkan kaunselor dinilai oleh Lembaga
Kaunselor dari masa ke semasa.

18
TERIMA KASIH

19