Anda di halaman 1dari 8

CERAMAH

Punca-punca berlakunya masalah sosial


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada
semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Cheng
dan juga kepada warga pendidik sekalian.Terlebih dahulu saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana
sudi menjemput saya untuk memberikan ceramah tentang
punca-punca masalah sosial dalam kalangan remaja.
Hadirin dan hadirat sekalian.

Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan


bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu
sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam
kehidupan mereka. Kehidupan zaman remaja seolah-olah
memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan
pelbagai perkara. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja
boleh terjebak ke dalam gejala sosial. Jika kita teliti dengan
mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah
terjebak dalam kancah gejala sosial.
Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya
gejala sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala
sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang
mendalam.Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan
Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya
tidak sembahyang dan mengingkari perintah. Mereka
berpendapat bahawa kehidupan masa remaja perlu diisi dengan
hiburan dan keseronokan semata-mata.Jelaslah bahawa
kekurangan didikan agama menjadi salah satu faktor mengapa
pelajar telibat dalam masalah sosial.
Para pelajar yang disayangi sekalian.

Seterusnya, sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja


terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak
mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-
anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa.
Ada segelintir ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi
menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak
mendapat kasih sayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini
menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian
yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak
berfaedah untuk menghilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang
juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat
perhatian daripada ibu bapa mereka.Oleh itu, sedarlah kita bahawa
sikap ibu bapa terhadap anak juga merupakan faktor penyebab remaja
terlibat dalam masalah sosial.
Punca berikutnya adalah pengaruh rakan sebaya.
Disebabkan faktor pergolakan keluarga di rumah, remaja
cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari ketenangan
dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula ialah
mereka yang mempunyai perangai negatif. Oleh itu, remaja begitu
mudah terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya mereka. Apabila
bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk melakukan
perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat
membeli-belah dan mendapatkan hiburan di pusat-
pusat hiburan.Nyatalah di sini bahawa rakan sebaya juga penyebab
berlakunya masalah sosial.
Hadirin dan hadirat sekalian.

Faktor pengaruh media massa terhadap para remaja


sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remaja cenderung untuk
melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media
massa kerana remaja mempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya
sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan semua
perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya. Remaja perlulah
menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi
melalui media massa.Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengaruh
media massa sememangnya memberi impak kepada remaja.
Para pelajar yang dikasihi.

Daripada penjelasan yang telah saya berikan,saya berharap agar


pelajar tidak terlibat dalam masalah sosial.Jika anda melihat rakan
anda terlibat dalam masalah sosial,cubalah menasihati
mereka.Sebelum saya mengundur diri,saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput saya
pada pagi ini dan juga kepada para pelajar yang meluangkan masa
untuk mendengar ceramah saya.Akhir kata,elakkan diri daripada
terlibat dalam masalah sosial.

Anda mungkin juga menyukai