dijalankan di kawasan Bandar atau pekan yang penting saja dimana terdapat banyak kegiatan pembangunan yang berlaku yang menyebabkan tanda sempadan sering terganggu dan harga tanahnya yang tinggi. Tujuan • Tujuan pengukuran ini dibuat adalah untuk menyediakan pemidang bagi mempastikan bahawa tanda sempadan di kawasan Bandar atau pecan tidak terganggu supaya keraguan dalam hakmilik dapat dielakkan. Ini bermakna pemilik tanah tidak merasa ragu-ragu dalam menentukan kawasanya. Tujuan Dengan adanya pemidang ini ia akan dapat memudahkan; • Penyemakan garisan bangunan bagi mengelakkan pencerobohan • Mengenal dan menentukan sempadan bagi lot-lot tanah jika dapat dikekalkan dikemudian hari. Tujuan Ukuran ini dijalankan dalam dua keadaan iaitu: • Kawasan yang belum dimajukan, pembangunan dikawasan berkenaan mungkin akan mengganggu atau menghilangkan tanda-tanda sempadan. • Kawasan yang telah dimajukan, tanda-tanda sempadan lama dapat dikekalkan pada kedudukan asal.
Pada amnya, pengukuran ini hendaklah dibuat pada
semua sektor-sektor Bandar atau pekan yang mustahak dimana terdapat banyak kegiatan pembangunan dan harganya adalah tinggi. Aturcara Kerja Aturcara kerja sebelum pengukuran dipadang • Membuat peninjauan kawasan yang hendak diukur dan juga kawasan sekitarnya iaitu lot-lot bersebelahan • Mencari tanda sempadan dikawasan lot yang hendak diukur atau di lot-lot sekitarnya untuk memulakan kerja. • Sekiranya sukar untuk memperolehinya, tinjau atau cari berpandukan kepada pendudukan dan penempatan. Aturcara Kerja • Buat sambungan kepada tanda-tanda sempadan yang ada untuk lot yang hendak diukur dan rancangkan kedudukan piket-piket untuk membuat pemidang. • Penentuan pemidang: Perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam penentuan pemidang ialah: Aturcara Kerja – Adakah kedudukan tanda sempadan asal dan garisan sambungan mencukupi? – Adakah pengukuran dibuat sebelum atau selepas bangunan dibina? – Bagaimana dengan penempatan dan kedudukan bangunan? – Adakah garisan bangunan ditetapkan untuk mencegah pembangunan dihadapan dan belakang lot? – Adakah sebarang pemidang lain dikawasan lot-lot lain bersebelahan yang boleh digunakan? Aturcara Kerja Aturcara keja ukur penjajaran di padang • Pastikan kerja-kerja dijalankan adalah mengikut ukuran kelas pertama • Menghubungkan trabas yang diukur kepada tanda-tanda sempadan lama atau tanda-tanda sempadan lot bersebelahan bagi tujuan mengawal dan mengikat trabas. Aturcara Kerja • Membuat ukuran pemidang disekeliling bahagian yang diukur. Pemidang utama ini ditandakan pada jarak 2 meter dari sempadan seksyen lot-lot dan selari dengannya. Pengubahsuaian jarak dibuat untuk menyesuaikan keadaan. Penjuru pemidang ditandakan dengan paip besi ataupun tanda sempadan konkrit yang ditanam kedalam simen. • Apabila perlu ditempatkan suatu pemidang 0.2 meter disekeliling seksyen lot-lot tersebut dan ditandakan dengan pepaku besi. Diatas pemidang ini ditandakan tanda-tanda sempadan rujukan bagi setiap sempadan lot perseorangan dengan pepaku besi. Aturcara Kerja • Mengukur kedudukan bahagian luar semua butiran struktur atau binaan kekal dengan cara opset bersudut tepat denga jarak berturutan di atas pemidang. • Untuk penyelarasan arah dan memudahkan kerja-kerja melukis pelan dan perancangan, jarak diukur bermula dari titik penjuru paling selatan dari garisan pemidang tersebut.
*Ukuran penjajaran adalah tergolong dalam ukuran kelas
pertama iaitu trabas keliling untuk mengawal ukuran Bandar. Gambarajah