Anda di halaman 1dari 14

MEMETIK DAUN

TEMBAKAU DI
KELANTAN
SHARIFAH NURFADHILAH BINTI MOHD
YUSOF(D20161074260)
NURUL ASYIKIN BINTI AZIAB (D20161074245)
NOR AZIMAH BINTI RAHIM (D20161074234)
IKMIA CHUNDANG ANAK IKAU (D20161074242)
Tajuk : Memetik Daun
Tembakau Di Kelantan
Tahun : 1962
Pelukis : Mohammad
Hoessein Enas
Media : Cat minyak
TAJUK KARYA : MEMETIK DAUN
TEMBAKAU DI KELANTAN
DISKRIPSI
Kelihatan tiga orang gadis Melayu memungut daun
tembakau.
Tiga orang gadis tersebut memakai kain batik
(pakaian tradisional).
Latarbelakang karya ialah bukit bukau dan rumah
kampung.
Banyak tembakau yang telah ditanam di ladang.
Terdapat juga kilang pemprosesan tembakau
berdekatan rumah tersebut.
Cuaca yang digambarkan juga adalah sangat baik
untuk melaksanakan kegiatan memungut tembakau.
ASPEK FORMAL ANALISIS
Warna-pengkarya menggunakan warna merah pada pakaian
gadis itu untuk mewujudkan penegasan dalam karya.
Penggunaan warna sejuk pada langit menunjukkan satu
pemandangan di waktu siang pada sewajtu dahulu. Secara
keseluruhan, karya ini didominasikan oleh penggunaan
warna sejuk iaitu pada daun tembakau.
Garisan-pengkarya cuba untuk menunjukkan fesyen wanita
zaman dahulu melalui garisan pada lipatan ketiga-tiga
pakaian wanita dalam karya. Pengunaan garisan yang
banyak menghasilkan corak pada kain.
Jalinan-terdapat unsur-unsur jalinan pada daun tembakau
untuk memberi kesan menarik dalam karya.
Ruang- saiz objek mempengaruhi penggunaan ruang dalam
karya.Objek yang di hadapan kelihatan besar manakala
objek di belakang kelihatan kecil telah menimbulkan kesan
perspektif dalam karya.
Prinsip rekaan
Pergerakkan- dalam karya ini terdapat unsur
pergerakkan. Unsur garisan pada kain batik tersebut
mewujudkan unsur pergerakkan iaitu seperti kain batik
tersebut ditiup angin.

Kepelbagaian wujud dalam karya iaitu penggunaan unsur


seni, rupa dan warna yang pelbagai ditampilkan dalam
karya.

Keseimbangan- dalam karya menunjukkan keseimbangan


simetri apabila imej yang ditampilkan adalah sama di sisi
kiri dan kanannya.
Penegasan dalam karya ialah penggunaan warna merah
iaitu warna panas pada pakaian gadis di hadapan karya.

Harmoni membawa maksud aman dan damai.


Penggunaan warna dalam karya didominasi warna sejuk
seperti daun tembakau warna hijau, langit warna
kebiru-biruan menimbulkan kesan yang harmoni dalam
karya.
karya tersebut menunjukkan cara kehidupan
INTERPRETASI
masyarakat di kawasan pantai timur khususnya negeri Memetik daun Tembakau di Kelantan
Kelantan. Hal ini tersebut dinyatakan dalam tajuk karya
tersebut serta permandangan dalam hasil karya.

Beliau mencuba untuk menyampaikan bahawa


masyarakat tersebut mengamalkan sistem ekonomi sara
diri iaitu dengan bercucuk tanam iaitu tembakau. Hal ini
jelas ditunjukkan oleh tiga orang wanita Melayu yang
sedang memegang daun tembakau yang telah dikutip
mereka.

Subjek matter merupakan wanita yang memegang daun


tembakau tersebut. Pengkarya telah menggunakan
warna panas iaitu merah bagi menunjukkan runtin
harian mereka untuk memugut hasil.
Selain itu, pengkarya mungkin pada masa merindui
suasana yang tenang dan ingin menikmati keindahan
anugerah Tuhan. Suasana perkampungan tersebut sangat
selesa dan tenang dengan permandangan dimana
pengkarya melukis latar belakan yang masih menghijau.

Saya juga dapati pengkarya cuba memberi gambaran


dimana pada masa tersebut kebanyakkan wanita Melayu
berkerja sebagai pemetik daun tembakau kerana pada
masa tersebut wanita tidak diwajibkan untuk belajar ke
peringkat yang lebih tinggi. Hal ini ditunjukkan cara
pengkarya melukis warjah kaum wanita tersebut.
Pengkarya juga memberi gambaran bahawa pada masa
tersebut cara wanita Melayu berpakaian tidak seperti
sekarang dimana sekarang fesyen baju sangat
dititikberatkan oleh wanita yang kini berkerjaya dan
mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Oleh itu,
imej wanita digunakan kerana beliau dilahirkan pada
tahun 60-an dimana golongan wanita masih dipandang
rendah oleh masyarakat pada masa tersebut.

Bukan itu sahaja, pada zaman tersebut merupakan


zaman kearah permodenan dimana aktiviti pertanian
merupakan sektor pekerjaan yang utama kerana masih
kurang peluang pekerjaan dibuka pada masa tersebut.
Berdasarkan karya pelukis, Mohd Hoessein Enas ini, karya
ini menunjukkan pelukis menghasilkan karyanya dengan PENILAIAN
gaya realistik.

Gambaran tiga figura perempuan memungut daun


tembakau.

Gambaran latar belakang yang dilukis dengan jelas.

Karya cat minyak yang dihasilkan pada tahun 1962 ini


memperlihatkan tiga orang wanita melayu yang sedang
memetik daun tembakau disebuah ladang yang terdapat
dinegeri itu.

Daripada karya ini bolehlah dikatakan mengenai aktiviti


ekonomi dan sosio-budaya masyarakat di negeri Pantai
Timut itu pada tahun 60 an.
Misalnya daripada gambaran karya ini, bolehlah
ditafsirkan bahawa kegiatan pertanian iaitu menanam
tembakau adalah kegiatan ekonomi penting penduduk
tempatan dikawasan pendalaman negeri Kelantan.

Selain daripada nelayan bagi mereka yang tinggal di


kawasan pesisiran Laut China Selatan.

Penanaman tembakau seperti gambaran bolehlah


dikatakan dilakukan secara besar-besaran pada ketika
itu kerana terdapat kilang pemprosesan yang kelihatan
jauh disudut sebelah kanan catan.
Dari segi sosio-budaya boleh dikatakan sudah terdapat
kesedaran untuk memakai tudung kepala iaitu satu
tuntutan yang wajib dipatuhi oleh orang yang beragama
Islam, walaupun belum cukup sempurna ianya
menandakan bahawa penduduk negeri ini telah
menerapkan nilai-nilai Melayu-Islam dalam cara hidup
berpakaian mereka.

Selain itu, dapat dilihat tiga figura perempuan tersebut


berkain batik yang telah menjadi pakaian sejak sekian
lama.
SEKIAN
TERIMA KASIH