Anda di halaman 1dari 5

Setiap orang seharusnya berbelanja

secara berhemat atau berjimat cermat.


Terdapat banyak cara berbelanja secara
berhemat yang boleh diamalkan.
Kita seharusnya tidak menghabiskan wang
perbelanjaan harian. Kita haruslah
mempunyai sedikit baki untuk disimpan di
dalam tabung.
Selain itu, kita juga perlu mempunyai
sebuah buku catatan untuk mencatat
perbelanjaan kita. Dengan cara ini kita
dapat mengetahui jumlah perbelanjaan
harian kita dan jumlah wang yang dapat kita
simpan.
Di samping itu, kita seharusnya
membelanjakan wang untuk barang-barang
keperluan sahaja. Elakkan diri daripada
membeli barangan yang kurang diperlukan.
Kita juga perlulah sentiasa memilih tempat
dan masa yang sesuai untuk membelanjakan
wang kita. Contohnya, membeli barang di
tempat yang lebih murah seperti di pasar
malam atau ketika jualan murah.
Kesimpulannya, banyak cara boleh kita
lakukan agar perbelanjaan kita dibuat secara
berhemat dan mengelakkan kita daripada
bersikap boros ketika berbelanja

Anda mungkin juga menyukai