Anda di halaman 1dari 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUANKU BAINUN


BMMB 3033
KESUSASTERAAN MELAYU

TEORI SASTERA BARAT


Nama Pelajar : Arny Nazirah Bt Muhammad Sharafi (2 PISMP PM/PJ)
Teoh Yu Ki (2 PISMP PM/MO)

Nama Pensyarah : Pn Hamidah Bt Che Meh


TEORI
PSIKOLOGI
TEORI PSIKOLOGI
Ilmu yang mengkaji karya sastera dari sudut
kejiwaannya.

Menurut Ratna (2004), Psikologi Sastera adalah


analisis teks dengan mempertimbangkan
relevansi dan peranan pembelajaran psikologis.

Berperanan penting dalam penganalisisan


sebuah karya sastera dengan bekerja dari sudut
kejiwaan karya sastera tersebut dari unsur
pengarang, tokoh, ataupun pembacanya.
TEORI PSIKOLOGI
Teori Psikologi dalam karya sastera berguna untuk
menganalisis secara psikologis tokoh-tokoh dalam
sesebuah teks sastera.

Tokoh-tokoh tersebut umumnya merupakan imaginasi atau


khayalan pengarang yang berada dalam keadaan jiwa yang
sihat mahupun terganggu, lalu dituangkan menjadi sebuah
karya yang indah.

Keadaan jiwa yang sihat dan terganggu inilah yang


menjadi cermin lahirnya karya dengan tokoh berjiwa sihat
mahupun terganggu.
.

Analisis Teks Sastera Menggunakan Teori Psikologi


Analisis Teori Psikologi Sastera adalah dilanjutkan dengan Teori Psikoanalisis dan
diaplikasikan dengan meminjam teori keperibadian ahli psikologi terkenal Sigmund
Freud.
Psikoanalisis adalah istilah khusus dalam penelitian psikologi sastera (Endraswara,
2008:196).
Freud mengemukakan struktur tentang anatomi akal manusia yang dikenali sebagai
ID, EGO dan SUPEREGO.

ID
~ Dianggap sebagai satu elemen struktur yang semulajadi yang diwarisi dalam diri
manusia. Id merupakan satu gejala paras sedar yang tidak teratur, tidak rasional dan
penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Id dikatakan bertujuan
mendapatkan kepuasan secara mendadak.
.

Analisis Teks Sastera Menggunakan Teori Psikologi

EGO
~ Ego bekerja berdasarkan prinsip realitas, yang berusaha untuk memuaskan
keinginan id dengan cara-cara yang realistis dan sosial yang sesuai.
Perkembangannya melalui hubungan sosial dan kesannya dengan orang lain serta
keadaan alam sekelilinginya. Ego akan membentuk satu fungsi penting dalam
mempengaruhi tingkah laku dan personaliti individu.

SUPER EGO
~ Super ego seperti perasaan yang lahir dari hati individu. Perlakuan moral akan
membentuk personaliti dalam diri dalam meningkatkan keupayaan berfikir. Super
ego bertindak mengawal ego dan id melalui suasana, perisitiwa, persepsi,
pemikiran, emosi, perasaan , sikap , tingkah laku.
ANALISIS CERPEN
BERUK
MENGGUNAKAN
PENDEKATAN
PSIKOLOGI
CERPEN BERUK

ID

- Pengarang juga menyelitkan unsur id, merujuk kepada watak


Cikgu Sunan yang selalu bertindak atas prinsip keseronokan
yang tidak mengenal sebarang nilai.

- Dapat kita lihat pada sikap Cikgu Sunan yang dia cepat panas
baran dan menampar pelajarnya.
CERPEN BERUK
Kau nak main-mainkan saya, ya? Cikgu Sunan
menahan marah. Matanya bersinar-sinar.

Tidak cikgu, saya...

Sudahlah! Tiba-tiba Cikgu Sunan menempik, serentak


dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan
Alias. Alias terhuyung-hayang. Tapi tidak menangis.
Telinganya terasa bengang. Pendengarnya berdengung.
Mukanya merah.
CERPEN BERUK
EGO

- Unsur ego juga ada diselitkan oleh pengarang.

- Unsur ego bertujuan untuk mengharmoni dan menapis


kehendak-kehendak id yang berdasarkan prinsip
rasional dan bersandarkan pada prinsip realiti.

- Merujuk kepada perwatakan Cikgu Sunan, kita dapat


lihat sikap Cikgu Sunan berubah apabila mengetahui
keadaan sebenar kehidupan Alias.
CERPEN BERUK

Cikgu Sunan terpandang telinga kanan Alias. Telinga itu


merah dan bengkak nampaknya. Dari lubangnya meleleh
benda putih.

Dekat sini Alias, kata Cikgu Sunan dengan lembut.

Alias terdengar kata-kata itu berlainan sekali dengan


perintahnya semasa sekolah. Kata-kata itu macam, kata-
kata orang yang menyayanginya.
CERPEN BERUK
SUPEREGO

- Struktur akal fikiran manusia yang bertanggungjawab


mengawasi ketahanan ego daripada mengikuti
keseluruhan kehendak id sekaligus mendorong ego
menerima nilai dan matlamat akhlak.

- Jelas-jelas dapat kita lihat pada watak Cikgu Sunan


semasa beliau berasa menyesal semasa mengetahui
Alias sudah berhenti sekolah.
CERPEN BERUK

Tiga hari sesudah Alias tidak datang ke sekolah. Daripada desas


desus murid-murid yang lain, Cikgu Sunan mendapat tahu Alias
sudah berhenti. Dengan tiba-tiba, dada Cikgu Sunan diserkup
sayu, sedih dan kasihan. Dia terasa macam ada suatu dosa yang
telah dilakukannya terhadap Alias.

Beberapa ketika dia termenung. Dia tahu perbuatannya salah dari


segi undang-undang. Tapi hari itu dia sungguh tidak tahan. Alias
telah ponteng bukan sekali dua. Apabila ditanya cuma beruknya
saja yang menjadi alasan. Mana hati tidak geram. Tapi apabila dia
mendapat tahu bahawa Alias berhenti, perasaan hibanya tidak dapat
terkawal lagi. Dia berasa tanggungjawabnya pula untuk menarik
Alias supaya belajar semula hingga tamat. Dia menyesal.
RUJUKAN
Menyelusuri Teori Psikologi Dalam Novel Azizi Hj Abdullah. (2012).
(t.p). Diakses pada 15 Februari 2017, daripada
http://fayahrzyanexaty.blogspot.my/2012/10/menyelusuri-teori-
psikologi-dalam-novel.html