Anda di halaman 1dari 10

Difteria

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh


bakteria Corynebacterium diphteriae yang
tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks)


dan menghasilkan toksin yang menyebabkan
keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher
yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.
Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah,
melumpuhkan saraf dan menyebabkan
keradangan jantung (miokarditis) yang
menyebabkan kematian.
Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian
yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50 peratus.
Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan
berjangkit serta disebarkan melalui kulit, saluran
pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria.

Difteria amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar


seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari.

Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan


bayi serta orang tua dan kematian biasanya berlaku
dalam masa tiga hingga empat hari.

Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun dan orang tua


usia diatas 60 tahun sangat berisiko mendapat penyakit
difteria.
Begitu juga mereka yang tinggal di lingkungan
padat penduduk atau kawasan persekitaran yang
kurang bersih dan mereka yang kekurangan gizi
dan tidak diimunisasi vaksin lima serangkai DTaP-
IPV//Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis,
Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type
B.

Rawatan bagi penyakit ini termasuk anti-toksin


difteria yang melemahkan toksik dan antibiotik
Erythromycin dan penisilin membantu
menghapuskan bakteria dan menghentikan
pengeluaran toksin.
Umumnya Difteria boleh dicegah melalui
vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang
dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian
memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.

Radang tekak atau pharyngitis, adalah suatu


penyakit radang yang menyerang batang tekak.

Penyakit yang kerap disebut radang tenggorok


itu ditandai dengan adanya
penebalan/pembengkakan dinding tekak,
berwarna kemerahan, ada bintik-bintik putih,
disertai rasa sakit menelan
Tanda-tanda dan Gejala Penyakit Difteri
Ada membran tebal warna abu yang melapisi tekak
dan tonsil (ciri khas)
Sakit tekak dan suara serak
Sakit ketika menelan
Kelenjar di leher membengkak
Kesukaran bernafas dan nafas cepat
Keluar cairan dari hidung
Demam dan menggigil
Malaise
Kanak-kanak tidak mahu bercakap
Batuk-batuk
Sakit kepala serta keluar air mat
Jika Lambat Bertindak
Pernafasan terhenti
Radang pada otot jantung
Kegagalan jantung
Lumpuh saraf

Langkah-langkah Pencegahan Difteria


Ambil segera antibiotik/paracetamol untuk mengurangkan demam
dan sakit
Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
Banyakkan minum air, jangan minum produk tenusu
Elakkan makanan yang masam, keras, rangup, berempah, pedas dan
panas
Rehat secukupnya
Elak dari menghirup udara yang kotor
Elak dari bakteria
Amalkan minum madu/air asam jawa
Jangan minum minuman berkafien
Jauhi minuman yang beralkohol