Anda di halaman 1dari 19

AL-HADITH, AS-SUNNAH,

AL-KHABAR, AL-ATHAR
Disediakan oleh,
Nor Ashyerah Binti Mazlan
Nur Adibah Binti Ridzuan
Nurulhuda Binti Abdul Aziz
Nor Shahida Binti Mohmad Basri
AL-HADITH
Takrif
 Bahasa: Baru

 Istilah: Perkataan, percakapan dan


perkhabaran,perbuatan, takrir atau sifat
yang disandarkan kepada Nabi Muhammad
S.A.W
PERKATAAN
 Sesuatu yang diucapkan atau yang dikatakan oleh
Nabi Muhammad S.A.W
 Contohnya dalam bidang hukum Rasul bersabda:
“Daripada Abu Hafs Umar bin Al-Khatab r.a berkata:
Daku mendengar Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung pada
niat dan sesungguhnya setiap urusan yang dilakukan
mengikut apa yang diniatkan..”(Muttafaqun ‘alaih)
PERBUATAN
 Apa yang dilakukan dan yang dibuat oleh Nabi
Muhammad S.A.W
 Contohnya cara Nabi Muhammad ketika
bersolat di atas kenderaan yang bergerak
sebagaimana hadith riwayat Jabir r.a
“Daripada Jabir r.a berkata: Adalah Rasulullah
S.A.W solat sunat atas kenderaan mengikut
keadaan kenderaan itu menghadap,maka
apabila baginda hendak menunaikan solat
fardhu, baginda turun dari kenderaan, maka
menghadap sebagai tanda ke arah kiblat.”(HR
Bukhari)
TAKRIR
 Perkara yang didiamkan oleh Nabi Muhammad
S.A.W
 Contohnya Saidina Khalid bin Walid
menghidangkan masakan daging dhob serta
mempersilakan baginda menikmatinya bersama
para sahabat, maka baginda pun bersabda:
“ Tidak, akan tetapi binatang ini(dhob) tidak ada
di tempat tinggal kaumku, maka aku merasa
jijik kepadanya, kata Khalid: Maka aku terus
menghiriskannya maka aku makan dan
Rasulullah melihat kepadaku” (HR Bukhari)
SIFAT
Jasmani seperti bentuk tubuh badan atau
sifat rohani seperti amanah dan jujur. Hadith
yang menerangkan bentuk tubuh badan Nabi
Muhammad S.A.W seperti:
“Daripada Abi Ishak berkata, aku telah
mendengar Al-Bara’ berkata: Rasulullah
S.A.W sebaik-baik manusia pada rupa dan
bentuk tubuh badan yang tidak tinggi dan
tidak pula pendek.” (HR Bukhari)
 Manakala sifat-sifat peribadi Nabi Muhammad
S.A.W diterangkan dalam hadith berikut:
“ Hisham bin Amir berkata: Aku menemui
‘Aisyah r.a maka aku berkata: Ya Ummul
Mukminun, khabarkan kepadaku mengenai
akhlak Rasulullah S.A.W. ‘Aisyah berkata:
Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran” (HR
Ahmad)
AL-SUNNAH
Takrif
 Bahasa: Perjalanan, gaya dan tingkah laku dalam
kehidupan

 Istilah: Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi


Muhammad SAW dari segi perkataan, perbuatan,
takrir (pengakuan) atau sifat sama ada sebelum
perutusan atau selepas perutusan. Juga dinisbahkan
kepada sahabat atau tabi’in ridhwanullah ‘alaihim
ajma’in sama ada perkataan dan perbuatan.
 Sebahagian ulama hadith melihat pengertian al-
Sunnah adalah sama dengan al-Hadith. Iaitu segala
apa yang disandarkan kepada Nabi baik dari segi:
perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat baginda.
 Ia merangkumi ‘amaliyah yang mutawatir. Iaitu
cara baginda melaksanakan sesuatu ibadat,
kemudian ia dipindahkan kepada kita melalui
‘amaliyah yang mutawatir juga. Yang mana Nabi
SAW melaksanakannya bersama sahabat dan
sahabat juga melaksanakannya, kemudian
diteruskan oleh tabi’in.
 Ulama Fiqh pula melihat al-Sunnah dari 2 aspek:

 Apa-apa ketetapan dari Nabi yang tidak berbentuk


wajib. Ia dilihat sebagai amalan sunat yang merupakan
salah satu dari 5 hukum fiqh, iaitu:
wajib,harus,haram,sunat dan makruh. Sebagai contoh,
sembahyang ‘sunat’ dua rakaat sebelum sembahyang
Maghrib.

 Kadangkala, ia digunakan dengan erti berlawanan


dengan bid’ah. Sebagai contohnya, talak satu (talak
yang selaras dengan syariat), contohnya: Menceraikan
isteri ketika bersih dan tidak disetubuhi dan talak bid’ah
(menceraikan isteri tidak berdasarkan syariat,seperti:
Menceraikan isteri dalam keadaan berhaid atau nifas.)
CONTOH LAIN:
 Ucapan Rasulullah SAW disebut sebagai al-
Sunnah Qawliyyah yang mengandungi
nasihat, petunjuk serta pengajaran.
Sebagaimana riwayat ‘Umar al-Khattab, Nabi
SAW bersabda:

“Sesungguhnya segala amalan itu dikira


berdasarkan niat”
 Perbuatan Rasulullah disebut sebagai al-Sunnah
Fi’liyyah yang menerangkan perkara berkaitan
dengan tindak tanduk fizikal seperti cara solat dan
haji. Yang mana Rasulullah SAW melakukan dan
sahabat memperhatikannya. Sebagaimana sabda
Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Malik, Nabi
bersabda:

“ Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu


melihat aku sembahyang”
AL-KHABAR
Takrif
 Bahasa: Berita yang disampaikan.
 Istilah: Sesuatu yang disandarkan kepada
Nabi SAW dari perkataan, perbuatan, takrir
(pengakuan), sifat peribadi dan sifat
dinisbahkan kepada sahabat atau tabi’in
ridhwanullah ‘alaihim ajmai’n sama ada
perkataan dan perbuatan.
MENURUT PENDAPAT LAIN:
 Al-Khabar ialah berita yang bersumberkan
Rasulullah SAW atau daripada sahabat
baginda ataupun tabi’in. Lantaran itu,
dengan berdasarkan pengertian sebagaimana
yang dikemukakan ini, jelas menunjukkan
bahawa al-khabar itu meliputi hadith Marfu’,
hadith Mawquf dan hadith Maqtu’.
 Menurut sesetengah pendapat yang lain lagi, al-
Khabar sebenarnya lebih diitlaqkan atau diguna
pakai kepada apa yang diterima daripada baginda
Rasulullah SAW iaitu sama dengan pengertian al-
Hadith dan al-Sunnah. Namun ada sedikit perincian
mengenai Khabar iaitu semua hadith adalah Khabar
tapi tidak semua Khabar adalah hadith.

 Pendapat ini selaras dengan pendapat yang


dikemukakan oleh Ibn Hajar al-’Asqalani dengan
membawa alasan bahawa hadith Marfu’ dan hadith
Mawquf itu kadang kala dikenali dengan hadith dan
dalam masa yang sama juga ia dikenali sebagai al-
Khabar.
AL-ATHAR
 Bahasa: Kesan atau bekas daripada sesuatu.

 Istilah: Sesuatu yang disandarkan kepada


Nabi Muhammad SAW dari segi perkataan,
perbuatan, takrir (pengakuan), sifat peribadi
dan sifat yang dinisbahkan kepada sahabat
atau tabi’in ridhwanullah ‘alaihim ajmai’n.
 Al-Athar membawa maksud yang sama dengan
Hadith.
 Menurut penjelasan yang dinyatakan oleh Imam al-
Nawawi, al-Athar ialah hadith Mawquf. Iaitu kata-
kata sahabat dan sesuatu yang diriwayatkan
daripada sahabat.
 Menurut sesetengah pendapat ahli hadith lain pula,
al-Athar hanya khusus untuk kata-kata tabi’in
sahaja.
 Menurut pendapat al-Zarkasyi, al-Athar digunakan
untuk hadith Mawquf, namun ia juga boleh
digunakan untuk hadith Marfu’, iaitu perkataan
Rasulullah.
 Menurut pendapat al-Tahawi, al-Athar digunakan
untuk perkataan yang datang daripada Rasulullah
dan sahabat.
 Menurut pendapat al-Tabari, al-Athar digunakan
khas untuk perkataan Nabi SAW sahaja.
 Menurut Fuqaha’ Khurasan mereka menamakan
hadith Mawquf itu sebagai Athar dan Marfu’ sebagai
Khabar.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai