Anda di halaman 1dari 20

Kursus Kesejahteraan Diri

Pelajar Kesejahteraan Diri


Pemangkin Kecemerlangan
Kemahiran Asertif
(Assertive Skills)
KEMAMPUAN MELAHIRKAN EMOSI DIRI SECARA
ASERTIF
Definisi:
Kemahiran ini dibahagikan kepada tiga komponen:

1. Kebolehan untuk meluahkan perasaan (contohnya, menerima


dan meluahkan perasaan marah dan mesra).

2. Kebolehan untuk meluahkan pegangan dan pendapat secara


terbuka (boleh menyuarakan pendapat, perselisihan pendapat
dan mempunyai prinsip yang tegas, walaupun sukar)

3. Kebolehan untuk mempertahankan hak individu (tidak


membenarkan orang lain mengganggu atau mengambil
kesempatan ke atas diri kita)

Orang yang assertive tidak mudah dimanipulasi atau


malu.Mereka boleh menyuarakan perasaan tanpa bertindak
agresif atau ekstrim.
Agresif

Kebolehan menyatakan apa yang ada


dalam fikiran tetapi dengan cara yang
kurang sesuai lisan dan bukan lisan.
Ini menyebabkan penerima merasa
terancam, hina, malu dan mungkin
membalas dengan lebih agresif lagi.

Terdapat dua jenis agresif :

Direct
Indirect
Mereka yang dalam golongan ini,
kurang sensitif/peka terhadap idea,
perasaan dan keperluan orang lain. Mereka
selalu mengetepikan pendapat dan
kejayaan orang lain. Ada kalanya individu
ini mengakui kejayaan/pekerjaan orang
lain sebagai kejayaan atau usahanya.
Orang yang begini selalu
menggunakan bahasa sindiran serta
merendah-rendah sikap orang lain. Mereka
juga mudah meletakkan masalah dan
menuduh sesuatu kesilapan itu disebabkan
oleh orang lain.
Mereka juga sanggup mencaci dan melakukan
penderaan. Tingkahlaku begini dikesan dengan
pernyataan dan tingkahlaku bukan lisan mereka.
Contohnya:
Buat! kalau tidak ...
Ah, itu bodoh!
Tentu anda tidak mempercayainya!
Itu tidak berkaitan dengan saya ... ini semua salah anda!
Tingkahlaku bukan lisan pula seperti mimik
muka yang masam, nada suara keras dan tegas,
sering diikuti dengan kata yang menyindir dan
tajam. Suka merenung dengan pandangan yang
tajam. Mereka suka menunjuk jari dan ada
masanya menumbuk meja. Mereka percaya mereka
adalah orang jujur dan selalu betul.
ASERTIF

Keupayaan seseorang individu


menyatakan apa yang ada dalam
fikirannya positif atau negatif
dengan cara sesuai lisan dan bukan
lisan.
Mesej dinyatakan berterus
terang. Penerima merasa selesa
dan dihormati.
Mereka yang dalam
golongan ini amat
menghormati hak orang lain.
Mereka menghormati idea,
perasaan dan keperluan
orang lain. Di waktu yang
sama juga, mereka
merasakan mereka berhak
untuk meluahkan hak dan
perasaan mereka.
Mereka ini selalunya berkeyakinan dan bila
menyelesaikan masalah, selalu mengambil sikap memberi dan
menerima seperti:

Saya percaya ... bagaimana fikiran anda?


Saya lebih suka ...
Apa yang boleh kita buat untuk menyelesaikan masalah ini?

Tingkahlaku bukan lisan pula dapat dilihat dengan


jelas. Pada keseluruhannya mereka bercakap dengan nada
suara yang tetap dan sederhana. Pandangan mereka tepat,
tidak menunjukkan ingin berkuasa. Keadaan badan releks dan
dapat dikawal.
PASIF
Ketidakupayaan individu
menyatakan apa yang ada dalam
fikirannya. Penerima merasa
serba salah dan tidak jelas mesej
yang diterimanya.
Tingkahlaku yang begini disebabkan
terlalu sensitif terhadap idea, perasaan dan
keperluan orang lain. Mereka ini tidak tegas
dan selalu mengeluarkan pendapat dengan cara
yang berhati-hati serta takut. Orang yang
sedemikian selalu diambil kesempatan oleh
orang lain. Di bidang pekerjaan pula, orang
lain akan mengambil kesempatan mengakui
bahawa sesuatu tugas itu dia sendiri yang
membuatnya tanpa mengiktiraf orang yang
asal. Ada kalanya orang yang tidak tegas ini
cuba berkeras, tetapi gagal kerana sikap
mereka yang terlalu mengalah. Tingkahlaku
begini senang dikesan melalui pernyataan yang
mereka buat.
Petunjuk tingkahlaku tidak
tegas bukan lisan meliputi suara yang
terputus. Kalau berbicara, mereka tidak
akan menatap muka orang yang mereka
berbicara itu. Mereka ini kelihatan takut,
mungkin memulas-mulas tangan sendiri,
membongkokkan bahu ketika berdiri. Bila
duduk akan memeluk tubuh sebagai
benteng pertahanan.
KESAN GAYA TINGKAHLAKU

Tingkahlaku Hak OK Menang


Kalah
Agresif Utama hak
sendiri,
Saya ok Saya menang
Anda tak ok Anda kalah
ketepi hak
orang

Asertif Utama hak


sendiri,
Saya ok Saya menang
Anda ok Anda menang
hormati
hak orang

Pasif Ketepi hak


sendiri,
Saya tak ok Saya kalah
Anda ok Anda menang
utama hak
orang
Ketegasan diri adalah satu pendekatan untuk
berinteraksi dengan orang lain dan mempunyai ciri,

1.1 Boleh positif atau negatif.


1.2 Tingkahlaku penyayang, menitikberatkan hal positif
tentang diri sendiri.
1.3 Berupaya meluahkan perasaan kepada orang lain.
1.4 Penilaian terhadap sesuatu tanpa prasangka.
1.5 Selalu menyatakan kemahuan dan sesuatu yang tidak
disukai dengan cara berterus-terang tanpa
menyerang dan mengugut.
Matlamat tingkahlaku tegas ialah:

2.1 Meningkat perasaan yakin pada diri


sendiri
2.2 Dapat meluahkan perasaan dengan
bebas dan berkeyakinan tanpa
mengetepikan hak orang lain
2.3 Disanjung kerana jujur, dan
berterus terang
2.4 Percaya tentang apa yang
diperkatakan
2.5 Dapat menghadapi masalah dan
kritikan dengan lebih berkesan lagi
KEBAIKAN TEGAS DIRI

6.1 Pencapaian dan kebolehan kita akan


dihargai dan diakui.
6.2 Meningkatkan nilai diri.
6.3 Mengenalpasti tanggungjawab di atas
tingkahlaku, perasaan dan fikiran kita.
6.4 Kurang menyalahkan orang lain serta
tidak selalu memberi alasan (excuses).
6.5 Setelah menyinggung perasaan
seseorang, ia tidak akan menggunakan
masa dan tenaga yang lama untuk
memikirkan hal tersebut tetapi
mengambil langkah mengatasi masalah
itu.
HAK TEGAS DIRI
7.1 Saya bertanggungjawab di atas tingkahlaku;
fikiran; dan emosi saya dan memastikan
akibatnya.
7.2 Saya mempunyai hak untuk menyatakan
batasan, andaian serta perasaan saya
terhadap tingkahlaku orang lain. Tetapi ini
semua dinyatakan dengan menghormati
perasaan dan harga diri mereka.
7.3 Jika saya diberi tanggungjawab untuk
menyelesaikan masalah orang, saya
mempunyai hak untuk membuat keputusan
serta memudahkan cara mereka
menyelesaikan masalah mereka.
7.4 Saya berhak menukar fikiran.
7.5 Saya berhak melakukan kesilapan,
bertanggungjawab di atasnya serta belajar
daripada kesilapan itu.
7.6 Saya berhak untuk berkata, Saya tak tahu.
7.7 Saya berhak mendapat layanan yang baik.
7.8 Saya berhak untuk menerangkan situasi
sebenar mengikut apa yang saya fikirkan
sesuai.
7.9 Saya berhak untuk berkata tidak tanpa
berasa bersalah.
7.10 Saya berhak meminta penerangan jika saya
tidak faham.
7.11 Saya berhak untuk meminta apa yang saya
mahu dengan memahami bahawa orang lain
juga berhak tidak mahu memberinya.
Kemahiran Asertif
Bersambung . To be continue

KOMUNIKASI ASERTIF

Anda mungkin juga menyukai