Anda di halaman 1dari 7

TAMADUN ISLAM

DALAM BIDANG SENI


BINA DAN SENI UKIR
PRINSIP-PRINSIP (CIRI-CIRI)
KESENIAN ISLAM
Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan
nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi
seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada
keredhaan Allah swt.

Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika,


kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.

Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada


keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai
tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi
yang mantap.
Seni adalah sesuatu yang bersifat
abstrak, dapat dipandang, didengar
dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak
dapat dinyatakan melalui kata-kata
dan bahasa.

Al-Farabi menjelaskan seni sebagai


ciptaan yang berbentuk keindahan
Al-Ghazali pula menjelaskan seni
dengan maksud kerja yang berkaitan
dengan rasa jiwa manusia yang sesuai
dengan fitrahnya.
Sumbangan
dan pencapaian
Pada pendapat saya;

Tamadun Islam mempunyai keunikannya tersendiri


dalam menonjolkan hasil seni binaannya.

Antaranya Monumen tersebut adalah Taj Mahal di


India.

Binaan Kubah merupakan satu tanda yang amat jelas


dalam memperlihatkan seni bina Islam kerana secara
umumnya setiap masjid tentunya mempunyai kubah.

Selain binaan kubah yang tersergam indah , ukiran-


ukiran kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran merupakan
satu lagi motif islam yang cuba diketengahkan oleh
tamadun islam yang berkembang sama ada di masjid
atau pun di istana-istana.

Jika tidak ukiran ayat-ayat suci Al-Quran , biasanya


ukiran-ukiran lain adalah berasaskan alam semula jadi
seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan
Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan
sesuatu binaan itu adalah hasil pengaruh tamadun islam.
Sebagai contoh untuk semua gambaran di atas , di sini disediakan bukti
jelas akan indahnya seni bina yang diwariskan oleh kerajaan-kerajaan islam
yang memerintah ,
kerajaan Islam terakhir yang memerintah Andalus bermula pada tahun
1238 hingga 1492M(635-897H).
Pada zaman kerajaan ini , Andalus telah mencapai era kemuncak
kegemilangan tamadun kesenian Islam dengan terbinanya istana Alhambra
di puncak Banjaran Sierra Nevada(Jabal Shalir/al-Thalj) di Granada yang
tetap menjadi the artistic genius of Muslim Spain.
KEPERCAYAAN DAN MOTIF PADA SENI
BINA DAN SENI UKIR
Seni ukir ini kerap terjalin dengan seni khat. Seni khat merupakan suatu
keistimewaan seni ukir yang sering didapati menghiasi bangunan-bangunan
Islam.

Saya berpendapat bahawa ,seni ini bukan semata-mata untuk memenuhi


kewujudan seni untuk seni atau sebagai pantulan dan jelmaan rasa indah
sahaja.

Namun ia juga memberi kesan lain yang lebih mendalam dan bererti iaitu
kesan keindahan yang mendekatkan kepada peribadi manusia dan rasa
ketuhanan. Justeru ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu terjalin denagn
keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang
dapat menambat hati dan perasaan manusia(Abdul Ghani Samsudin et al
2001).
-Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah telah perkenalkan kubah yang
merupakan salah satu ciri identiti seni bina Islam.

-Kubah diperkenalkan pada zaman pemerintahan AbdulMalik bin Marwan (65-


86H). Keindahan seni bina ini telah kian meningkat lagi apabila ukiran dan khat
yang dapat menimbulkan keimanan kepada Allah SWT.

-Arca, maqsurah, dan bentuk-bentuk gambarajah yang indah turut diperkenalkan


oleh seni bina Islam padazaman Bani Umayyah.

-Seni khat dan ukiran yang menakjubkan menjadi lebih indah dan berseri apabila
dihiasi dengan kaca yang bertatahkan batu permata yang berkilauan danlain-lain
lagi.

-Ukiran seni khat begitu meluas pada masa itu yang mengukir ayat-ayat al-
Quran di masjid.

-Di masjid sekali-kali tidak diukir lukisan yang mempunyai bentuk seperti
manusia, binatang dan sebagainya kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai
akidahIslam(Mustafa Hj Daud 1991)