Anda di halaman 1dari 64

Modul Menghayati Kurikulum

Sains
Masa: 2 jam
Terdiri daripada 3 bahagian:
Pembentangan oleh fasilitator
(termasuk Aktiviti 1) - 50 minit
Aktiviti 2, 3, 4 (Aktiviti peserta, termasuk
perbincangan) - 50 minit
Refleksi - 10 minit
Soal jawab - 10 minit
Objektif Modul

Rasional penyemakan

Matlamat dan Objektif KSS

Penekanan dalam KSS

Strategi p & p

Reka Bentuk KSS


Nota: KSS - Kurikulum Sains yang DiSemak Semula
Rasional Penyemakan Semula
Kurikulum

KENAPA ?????
AKTIVITI 1

Merenung kembali kurikulum sains sedia


ada (KSSA) berpandukan soalan-soalan
berikut:
Mana diantara berikut merupakan
matlamat dan objektif KSSA?
(a) Memperoleh pengetahuan
(b) Menguasai kemahiran saintifik
(c ) Mengaplikasikan pengetahuan sains secara
analitis, kritis dan kreatif untuk membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dalam
kehidupan hairan
(d) Menguasai kemahiran berkomunikasi
(e) Mengamalkan dan menghayti nilai murni dan
sikap saintifik
(f) Menghargai sumbangan ahli sains
(g) Menyedari sains merupakan hasil usaha
manusia untuk mendapat penerangan
rasional tentang fenomena alam
Mana di antara berikut merupakan
tumpuan dan fokus KSSA?
I. Pengetahuan
II. Kemahiran Saintifik
III. Kemahiran Berfikir
IV. Sikap saintifik dan nilai murni

(a) I sahaja (b) I, II, III sahaja


(c ) II, III, IV sahaja (d) Kesemuanya
Pada pandangan anda, sudahkah
hasrat KSSA tercapai?

(a) Sudah tercapai


(b) Belum tercapai
(c ) Tercapai sebahagiannya
Pada pandangan anda,
kenapa kurikulum sains
sedia ada (KSSA) perlu
disemak semula?

Anda dijemput memberi pandangan anda!


Antara rasional penyemakan
semula KSSA adalah:
Keperluan dan kitaran pembangunan kurikulum.
Keperluan memasukkan pengetahuan dan
kemahiran S & T yang terkini dan sesuai ke
dalam kurikulum .
Keperluan menerapkan unsur terkini yang sesuai
dalam pedagogi pendidikan sains untuk
meningkatkan mutu pendidikan sains negara
Memenuhi keperluan negara masa kini dan masa
depan.
Cadangan dari hasil kajian, resolusi seminar dan
sumber lain.
Input untuk penyemakan kurikulum
diperoleh daripada sumber seperti berikut:
Contohnya:
Hasil pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah
Banyak pengajaran didominasikan oleh guru, KBKK
belum ditekankan pada tahap yang sewajarnya.
Kajian Penggunaan Makmal Sains Sekolah Menengah,
2000, (PPK)
Hanya lebih kurang 30%daripada peruntukan masa p &
p sains digunakan untuk menjalankan eksperimen.
Guru kurang berusaha menerapkan kemahiran proses
sains seperti membuat inferens, meramal,
mendefinisikan secara operasi, mengawal pemboleh
ubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen dalam
pengajaran sains.
Resolusi Seminar Kurikulum Sains Kebangsaan,
1996, (PPK)
Kurikulum sains perlu memberi tumpuan
kepada kemahiran, skop kandungan kurikulum
perlu meliputi bidang teknologi baru
Resolusi Seminar Pendidikan Kimia, 1999, (PPK)
Pengetahuan s & t yang terkini perlu
dimasukkan
Kemahiran berfikir perlu ditekankan
Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM, 1996,
(BPPP)
Kajian-kajian yang dijalankan oleh JPN
Hasil pemantauan PPK, JPN

dan lain-lain
Matlamat KSS

Kurikulum sains bertujuan untuk melahirkan murid


yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang s & t dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap
saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
Justeru, murid mempunyai landasan s & t untuk
melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan
budaya s & t ke arah pembentukan masyarakat bersifat
ikram, dinamik, progresif, bertanggungjwab terhadap
alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.
INPUT PROSES OUTPUT
Berilmu

Seimbang dari segi JERI

Dinamik dan Progresif


Pengetahuan
Boleh menyelesaikan
Masalah
Kemahiran Individu/
Saintifik & PEMBELAJARAN Ahli Ikram
Kemahiran BERFIKRAH Masyara
Berfikir kat/ Bertanggungjawab
Rakyat
Negara Berupaya belajar sepanjang
Sikap saintifik hayat
dan nilai murni
Boleh membuat keputusan
yang rasional

Nota: JERI adalah jasmani, emosi, rohani Mengamalkan


dan intelek budaya S & T
OBJEKTIF KSS
1. Memperoleh pengetahuan sains , kaitkannya dengan fenomena alam
semula jadi dan pengalaman harian.
2. Memahami pengetahuan sains yang berkaitan dengan
perkembangan s & t, pengurusan alam semula jadi , proses industri.
3. Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik
4. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berlandaskan sikap
saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, membuat
keputusan & mengkonsepsikan.
5. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
6. Menilai maklumat s & t dengan bijak dan berkesan.
7. Menangani cabaran dalam bidang s & t , sedia beri sumbangan.
8. Menyedari kepentingan pengurusan alam semula jadi untuk
keberterusan hidup manusia sejagat.
9. Menghargai sumbangan s & t terhadap pembangunan negara &
kesejahteraan manusia sejagat.
10. Menyedari penemuan melalui penyelidikan sains adalah usaha
manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena
alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat.
PENEKANAN DALAM
KURIKULUM SAINS YANG
DISEMAK SEMULA (KSS)

Pembelajaran berfikrah melalui


pendekatan inkuiri penemuan
Kemahiran dalam kurikulum sains
Sikap saintifik dan nilai murni dalam
kurikulum sains.
PEMBELAJARAN
BERFIKRAH

BERFIKIR !!!!
PENGETAHUAN

Pembelajaran
Berfikrah

INKUIRI

CABARAN
Pembelajaran berfikrah boleh
dicapai melalui pendekatan
inkuiri-penemuan yang
mengintegrasikan pemerolehan
pengetahuan dan penguasaan
kemahiran serta penerapan sikap
saintifik dan nilai murni.
Kriteria untuk aktiviti p & p
yang berfikrah:
Melibatkan murid secara aktif
Berteraskan kemahiran berfikir, strategi berfikir serta
kemahiran saintifik.
Dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid.
Bukan berbentuk rutin.
Murid sedar secara eksplisit kemahiran yang digunakan.
Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan
Murid dilibatkan dalam aktiviti penyelesaian masalah,
membuat keputusan atau mengkonsepsikan.
Penerapan kemahiran berfikir dan strategi berfikir adalah
secara terancang.
KEMAHIRAN

Kemahiran Saintifik Kemahiran Berfikir

KEMAHIRAN KEMAHIRAN KRITIS KREATIF


PROSES SAINS MANIPULATIF

Memerhatikan Menggunakan & Mencirikan Menjanakan idea


mengendalikan
Mengelaskan peralatan & bahan Membandingkan & Menghubung-
sains dgn betul. membezakan kaitkan
Mengukur dan
menggunakan Menyimpan Mengumpulkan & Membuat
nombor peralatan dan mengelaskan inferens
bahan sains dgn
Membuat inferens betul dan selamat. MENAAKUL
Membuat urutan Meramalkan
Meramalkan Membersihkan Menyusun mengikut Membuat
peralatan sains keutamaan hipotesis
Berkomunikasi dgn cara yang
betul. Menganalisis Memsintesis-kan
Menggunakan
perhubungan Menggendalikan Mengesan Mengitlakkan
ruang dan masa spesimen dengan kecondongan
betul dan cermat. Mebuat
Mentafsirkan data
Menilai gambaran mental
Melakar spesimen,
Mendefinisikan peralatan dan Membuat simpulan Menganalogi
secara operasi bahan sains dgn
tepat. Mereka cipta
Mengawal
pembolehubah STRATEGI BERFIKIR
Membuat hipotesis Mengkonsepsikan

Mengeksperimen Menyelesaikan masalah

Membuat keputusan
BERFIKIRAN KRITIKAL DAN S MINAT DAN BERSIFAT INGIN
ANALITIS TAHU
I
LUWES DAN BERFIKIRAN
K
TERBUKA A JUJUR DAN TEPAT DALAM
MEREKOD DAN MENGESAHKAN
P DATA

BAIK HATI,KASIH SAYANG DAN S


IKARAM RAJIN DAN TABAH DALAM MENJALANKAN
A SESUATU
PERKARA
I
BERSIFAT OBJEKTIF N
T BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS
KESELAMATAN DIRI DAN RAKAN SERTA
I TERHADAP ALAM SEKITAR
SISTEMATIK
F
I
BEKERJASAMA K MENYEDARI BAHAWA SAINS MERUPAKAN
SALAH SATU CARA UNTUK MEMAHAMI
ALAM
D
ADIL DAN SAKSAMA A
N MENGHARGAI DAN MENGAMALKAN
KEHIDUPAN
BERANI MENCUBA YANG BERSIH DAN SIHAT
N
I
BERFIKIR SECARA MENGHARGAI KESAIMBANGAN ALAM
RASIONAL L SEMULA JADI
A
I
YAKIN DAN BERDIKARI BERHIMAH TINGGI DAN HORMAT-
MENGHORMATI
M
MENSYUKURI NIKMAT YANG U
MENGHARGAI SUMBANGAN SAINS DAN
DIKURNIAKAN TUHAN R TEKNOLOGI
N
I
Peringkat dalam penerapan sikap
saintifik dan nilai murni
Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan
sikap saintifik dan nilai murni

Memberi perhatian serta respons kepada sikap


saintifik dan nilai murni yang berkaitan.

Menghayati sikap saintifik dan nilai murni yang


berkenaan

Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni yang


berkenaan

Menjadikan sikap saintifik dan nilai murni yang


berkenaan sebagai budaya kehidupan.
Penerapan unsur patriotisme
melalui pengajaran dan
pembelajaran sains
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INKUIRI PENEMUAN

Pembelajaran
Berfikrah
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INKUIRI PENEMUAN

PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL MASTERI
Pembelajaran
Berfikrah

SAINS, TEKNOLOGI & MASYARAKAT KONSTRUKTIVISME


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

INKUIRI PENEMUAN

EKSPERIMEN

PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL MASTERI
Pembelajaran
Berfikrah

SAINS, TEKNOLOGI & MASYARAKAT KONSTRUKTIVISME


Penggunaan sumber luar bilik
darjah dalam p & p
Lawatan
Kajian lapangan
Menggunakan spesimen yang sebenar
Mendapat maklumat daripada pakar
dalam bidang yang berkaitan
Penggunaan teknologi
dalam p & p
Sebagai sumber data
Menjadikan pembelajaran lebih
menarik dan berkesan
Memudahkan pembelajaran terarah
kendiri dan pembelajaran mengikut
kadar sendiri
PENILAIAN merangkumi tiga
aspek berikut:

Pengetahuan
Kemahiran saintifik dan kemahiran
berfikir
Sikap saintifik dan nilai murni
Tujuan Penilaian adalah
untuk:
Menilai status kemajuan dan penguasaan
murid terhadap kandungan kurikulum
secara formatif dan sumatif.
Mengesan kelemahan murid untuk
merancang tindakan susulan.
Mendapatkan maklumbalas untuk
mempertingkatkan strategi p & p yang
diamalkan oleh guru.
Reka bentuk Kurikulum
Objektif

Pengalaman
Kandungan pembelajaran
Mata Pelajaran

Penilaian

Komponen Kurikulum dalam Reka Bentuk Kurikulum dan


interaksi antara komponen ini

(dipetik daripada Giles, McCutchen dan Zechiel, 1942)


TEMA

Bidang Pembelajaran
BP
Hasil Pembelajaran
Umum, HPU

Hasil Pembelajaran
HP
HP A1
Hasil Pembelajaran
A2
Cadangan Aktiviti Khusus, HPK
Pembelajaran, CAP A3
Tema: Jirim di sekeliling kita (KIMIA)
Cadangan Aktiviti
BP Hasil Pembelajaran Pembelajaran
HPU

Ikatan 2. Mensintesiskan idea tentang Membincangkan pembentukan ion,


Kimia pembentukan ikatan ion. penentuan cas dan susunan elektron
dalam pembentukan sebatian ion.
Aras 1
Menjelaskan melalui contoh Menyediakan garam sebatian ion
pembentukan ion. contohnya, magnesium oksida, MgO;
Menulis susunan elektron bagi ion natrium klorida, NaCl;, kuprum (II)
yang terbentuk. klorida, CuCl2 dan magnesium oksida,
MgO.
Aras 2
Menerangkan pembentukan ikatan Mengkaji pembentukan ikatan ion
ion. melalui animasi dan simulasi
HPK komputer.
Aras 3
Melukis gambar rajah susunan Melukis gambar rajah susunan
elektron bagi menunjukkan elektron dalam proses pembentukan
pembentukan ikatan ion. ikatan ion.
Membuat gambaran mental
pembentukan ikatan ion. Membincangkan kewujudan daya
tarikan elektrostatik antara ion
berlawanan cas dalam pembentukan
ikatan ion.
FIZIK
Cadangan Aktiviti
BP Hasil Pembelajaran Pembelajaran
HPU

Sifat 1. Mensintesiskan teori kinetik jirim.


Jirim Membuat pemerhatian serta
Aras 1 perbincangan terhadap situasi untuk
Menjelaskan melalui contoh idea mendapat idea bahawa:
mengenai unit binaan asas jirim. (a) Bahan terdiri daripada zarah yang
Menerangkan unit binaan asas jirim. seni.
Menjelaskan melalui contoh idea (b) Zarah sentiasa bergerak secara
mengenai pergerakan zarah. rawak.
Menerangkan pergerakan zarah. (c) Terdapat daya tarikan dan daya
Menjelaskan melalui contoh idea tolakan yang kuat atau lemah
kewujudan daya antara zarah. antara zarah dalam pepejal, cecair
Menerangkan kewujudan daya dan gas.
HPK antara zarah.
Membuat pemerhatian dan
Aras 2 perbincangan ke atas sifat fizik
Menjelaskan melalui contoh sifat pepejal, cecair dan gas dari segi
fizik pepejal, cecair dan gas. bentuk, ketermampatan,
pengembangan dan resapan.
Aras 3
Mengkonsepsikan teori kinetik jirim. Menjalankan aktiviti untuk
mengkonsepsikan teori kinetik jirim.
Tema: Menyiasat Sel sebagai Unit Asas Kehidupan (BIOLOGI)
BP Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti
Pembelajaran
HPU
Kom- 1. Mensintesiskan idea tentang Menjalankan perbincangan tentang
posisi kandungan bahan kimia dalam sel. perkara berikut:
kimia (a) Unsur dalam sel iaitu karbon,
Aras 1 hidrogen, oksigen, nitrogen,
dalam Menyatakan unsur dalam sel. sulfur, fosforus, kalsium, kalium,
sel Menyenaraikan sebatian kimia magnesium, klorin, natrium dan
dalam sel. ferum.
(b) Kehadiran dan kepentingan
Aras 2 sebatian kimia dalam sel.
Menerangkan kepentingan sebatian
organik dalam sel. Nota:
Menerangkan kepentingan air dalam Sebatian kimia dalam sel dihadkan
sel. kepada karbohidrat, lipid, protein, asid
HPK nukleik dan air.
Aras 3
Mereka bentuk eksperimen untuk Merancangkan dan menjalankan
menghaji kandungan air dalam daun eksperimen untuk mengkaji
pada peringkat pertumbuhan yang kandungan air dalam daun pada
berbeza. peringkat pertumbuhan yang berbeza.
Membandingkan dan membezakan
kandungan air dalam daun pada
peringkat pertumbuhan yang
berbeza.
Tema: Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup (SAINS TG 4)
BP Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti
Pembelajaran
HPU

Koordi 3. Menganalisis koordinasi saraf. Mengumpulkan dan mentafsirkan data


nasi tentant perkara berikut:
Badan Aras 1 (a) Reseptor dan efektor.
Menerangkan reseptor. (b) Tindakan refleks dan arka refleks.
Menerangkan efektor. (c) Reseptor regang dan kinestesis.

Aras 2 Membincangkan tindakan refleks


Menjelaskan dengan contoh dalam kehidupan harian seperti
tindakan refleks. menarik tangan apabila tangan terkena
Menerangkan arka refleks. objek panas.
Membuat urutan lintasan yang dilalui
HPK oleh impuls dalam tindakan refleks. Menjalankan aktiviti mengkaji:
(a) Tindkan refleks dan melakarkan
Aras 3 gambarajah arka refleks untuk
Menerangkan reseptor regang. menunjukkan pengaliran impuls.
Menerangkan kinestesis. (b) Kinestesis.
Menerangkan kepentingan
kinestesis dalam koordinasi badan. Membincangkan kepentingan
kinestesis dalam koordinasi badan.
Tema: Memperkenalkan Sains (SAINS TG 1)
Cadangan Aktiviti
BP Hasil Pembelajaran Pembelajaran
HPU
Penge- 5. Menganalisis kuantiti terbitan. Membincangkan maksud kuantiti
nalan terbitan.
kepada Mengenal pasti kuantiti asas bagi
Aras 1
sains Menerangkan maksud kuantiti kuantiti terbitan contohnya luas,
terbitan. isipadu, laju, daya dan ketumpatan
yang digunakan dalam kehidupan
Aras 2 harian.
Menyatakan kuantiti terbitan dalam Nota:
Kuantiti terbitan yang kompleks seperti daya dan
unit SI. ketumpatan boleh dibincangkan semasa mempelajari
Mencerakinkan kuantiti terbitan BP berkaitan.
kepada kuantiti asas.
HPK Mengumpulkan dan mentafsirkan data
Aras 3 tentang kuantiti asas dan kuantiti
Menyelesaikan masalah terbitan yang digunakan dalam
penghitungan yang melibatkan kehidupan harian.
kuantiti asas dan kuantiti terbitan. Menyelesaikan masalah penghitungan
dalam kehidupan harian yang
melibatkan kuantiti asas dan kuantiti
terbitan.
HP dalam sesuatu BP:

Disusun secara berurutan daripada


mudah ke kompleks
HP sebaik-baiknya dipelajari
mengikut urutannya dalam setiap BP
Hasil Pembelajaran Umum:
Domain kognitif Domain afektif:
mengetahui menyedari
memahami menghargai
mengaplikasikan menghayati
menganalisis mengagumi
mensintesiskan menyayangi
menilai mensyukuri
mengamalkan
Hasil Pembelajaran Khusus:

Dituliskan dalam bentuk:


objektif perlakuan yang boleh diukur
menggabungjalinkan unsur pengetahuan
dengan kemahiran sesuai dengan hasrat
HPU
ARAS dalam Hasil
Pembelajaran Khusus(HPK)
Tiga aras:
Aras 1 (paling asas)
Aras 2
Aras 3
Aras memberi maklumat tentang:
skop dan kedalaman HPK
urutan kesukaran konsep dan kesukaran
kemahiran
cadangan urutan langkah pengajaran dan
pembelajaran
Cadangan Aktiviti Pembelajaran (CAP):
Cadangan Guru digalakkan
pengalaman mengubahsuai
pembelajaran untuk aktiviti p & p
murid. mengikut
Memberi maklumat kecerdasan, tahap
skop dan kedalaman kebolehan murid
HP dan keadaan
Satu CAP mungkin sekeliling murid.
untuk satu atau lebih Guru digalakkan
HP atau beberapa mereka bentuk
CAP untuk satu HP. aktiviti tambahan
yang inovatif dan
berkesan.
Penulisan HP
Rujuk kepada Jadual 2 & 3, m.s. 18-
20, Modul Menghayati Kurikulum
Sains
Contoh HP (Kimia):
Membandingkan dan membezakan
sifat sebatian ion dan sebatian
kovalen.
Mengkonsepsikan struktur atom
Mengawal pemboleh ubah dalam
eksperimen berkaitan dengan faktor
yang mempengaruhi kadar tindak
balas.
Bolehkah anda terangkan apa yang dimaksudkan dengan
HP ini?
Contoh HP (Fizik):
Membandingkan dan membezakan
antara jarak dan sesaran.
Mengkonsepsikan teori kinetik jirim
Mengenal pasti pemboleh ubah yang
mempengaruhi kelakuan suatu gas.

Bolehkah anda terangkan apa yang dimaksudkan dengan


HP ini?
Contoh HP (Biologi):
Membandingkan dan membezakan
antara sel haiwan dengan sel tumbuhan.
Menyelesaikan masalah berkenaan
pencemaran udara dan air di suatu
tempat tertentu.
Mengawal pemboleh ubah dalam
penyiasatan berkaitan dengan faktor
yang mempengaruhi kadar fotosintesis.

Bolehkah anda terangkan apa yang dimaksudkan dengan


HP ini?
Contoh HP (Sains Tg 1):
Mengawal pemboleh ubah dalam
eksperimen untuk menyiasat
hubungkait antara ketumpatan dan
keapungan.

Bolehkah anda terangkan apa yang dimaksudkan dengan


HP ini?
Contoh HP (Sains Tg 4):
Membandingkan dan membezakan
perubahan kimia dengan perubahan
fizik.
Mengkonsepsikan sistem pengelasan
mikroorganisma.
Mengawal pemboleh ubah dalam
penyiasatan berkaitan dengan faktor
yang mempengaruhi aktiviti
mikroorganisma.
Bolehkah anda terangkan apa yang dimaksudkan dengan
HP ini?
Asas pemilihan kandungan kurikulum sains:

Persediaan untuk FOKUS


melanjutkan pelajaran
dan menceburi dalam
kerjaya yang berkaitan

Asas pengetahuan dan


kemahiran disiplin yang
berkaitan dengan
perkembangan terkini
Asas pemilihan kandungan kurikulum sains:

Persediaan untuk FOKUS


melanjutkan pelajaran
dan menceburi dalam
kerjaya yang berkaitan

Asas pengetahuan dan Keperluan


kemahiran disiplin yang negara
berkaitan dengan
perkembangan terkini
Asas pemilihan kandungan kurikulum sains:

Persediaan untuk FOKUS Tanggungjawab sebagai


melanjutkan pelajaran
pengurus alam
dan menceburi dalam
kerjaya yang berkaitan

Penghayatan dan amalan


Asas pengetahuan dan Keperluan sikap saintifik dan nilai
kemahiran disiplin yang negara murni
berkaitan dengan
perkembangan terkini
Arahan untuk Aktiviti 2,3 dan 4
Setiap kumpulan diberi tugasan ketiga-tiga Aktiviti 2,3
dan 4 untuk diselesaikan dalam masa 40 minit.
Kumpulan boleh membahagi-bahagikan ahli
kumpulannya kepada kumpulan kecil untuk
menjalankan tugasan ini. Pada akhir 40 minit, Ketua
Kumpulan hendaklah mengumpulkan semua ahli
kumpulan untuk membincangkan hasil kerja mereka
demi mencapai persetujuan (10 minit). Selepas itu,
hasil tugasan ini hendaklah ditampalkan di papan
kenyataan atau dinding yang disediakan khas. Setiap
kumpulan digalakkan meneliti hasil kerja kumpulan
lain untuk mendapat satu gambaran yang lebih
menyeluruh tentang kurikulum sains yang berkenaan.
Aktiviti 2:
Berdasarkan HSP kurikulum sains yang disemak
semula, pilih satu BP dan meneliti BP yang
berkaitan untuk menghasilkan peta minda bagi
menunjukkan :

(a) Skop kandungan bagi BP yang berkenaan


(b) Skop kemahiran bagi BP yang berkenaan
(c) Skop sikap saintifik dan nilai murni bagi
BP yang berkenaan.

(Setiap kumpulan harus memilih BP yang


berlainan)
Aktiviti 3:
Dengan menggunakan Borang
Pengurusan Grafik , banding dan
bezakan antara kurikulum sedia ada
dengan kurikulum yang disemak
semula daripada aspek reka bentuk
kurikulum dan penekanan kurikulum.
Aktiviti 4:
Pilih satu Hasil Pembelajaran Umum
dan tunjukkan perkaitannya dengan
Hasil Pembelajaran Khusus dan
Cadangan Aktiviti Pembelajaran
dalam bentuk peta minda.
Apakah perbezaan utama
antara Kurikulum Sains
KBSM Sedia Ada dengan
Kurikulum Sains KBSM
yang disemak semula ?
Lama Baru
Tajuk, subtajuk,skop Selain daripada
kandungan serta tema dan BP(tajuk),
eksperimen kandungan
disenaraikan dalam kurikulum diberi
HSP dalam bentuk hasil
pembelajaran
/objektif perlakuan,
iaitu dinyatakan
secara jelas apakah
tingkah laku yang
harap dikuasai oleh
murid pada akhir
pelajaran.
Lama Baru
Kemahiran kurang Kemahiran berfikir
disuratkan dalam dan kemahiran
objektif saintifik disuratkan
pembelajaran/ hasil dalam hasil
pembelajaran pembelajaran yang
dihasratkan
Kemahiran dan
kandungan
pengetahuan
digabungjalinkan
dalam HP
Lama Baru
Strategi p & p Strategi p & p
menekankan: menekankan:
kesepaduan antara
kesepaduan antara
pemerolehan
pemerolehan
pengetahuan,
pengetahuan,
penguasaan kemahiran
penguasaan kemahiran
dan pemupukan sikap
dan pemupukan sikap
saintifik & nilai murni saintifik & nilai murni
Pendekatan inkuiri
Pendekatan inkuiri
penemuan
penemuan
pemikiran kritis, analitis
pemikiran kritis, analitis
dan kreatif dan kreatif
istilah pembelajaran
berfikrah diperkenalkan
pembelajaran berfikrah
ditekankan.
Lama Baru
Cadangan Aktiviti diberi
Cadangan aktiviti dengan lebih terperinci
adalah bentuk dan lebih pelbagai,
cadangan melibatkan bukan sahaja
eksperimen. eksperimen tetapi
simulasi, lawatan dll.
Sesetengah tajuk atau
subtajuk dari kurikulum
lama telah dicantas atau
ditambah
Pengurangan
kandungan pengetahuan
lebih kurang 5 %
Aktiviti 5: Refleksi
Sudahkah anda menghayati kurikulum
sains yang disemak semula?
Adakah anda merasakan anda masih
belum jelas tentang perkara tertentu?
Sila merenung dan mengisi dua salinan
borang Refleksi yang diberikan. Satu
salinan borang ini perlu dihantar
kepada pihak pengurusan kursus, satu
salinan untuk simpanan anda untuk
tindakan seterusnya. (10 minit)
Soal Jawab
Adakah anda masih mempunyai
soalan berkenaan dengan
kurikulum ini ? Sila bertanya.
Kami akan cuba membantu.
(10 minit)